
Belum habis pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kini satu lagi malapetaka melanda bumi Pakistan. Jika di Malaysia, di awal tahun, kita berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.

Tapi cuba korang bayangkan jika suhu cuaca melampau sehingga 50 darjah celcius?
Hal ini yang sedang berlaku di Pakistan, apabila suhu udara saat ini dikatakan lebih dari suhu terpanas pada tahun 2015 iaitu ketika dua gelombang panas di India (30 darjah celcius) dan Pakistan.
Disebabkan itu, lebih 4,000 orang dilaporkan mati kerana panas yang ekstrem, lapor The Sun.
Manakala, menurut laporan Kompas.com, Bandar Jacobabad, Sindh di Pakistan merupakan kawasan yang terpanas di dunia.
Suhunya bukan sahaja terpanas di dunia namun berbahaya untuk kerana telah mencecah 52 darjah celcius.
“Ketika cuaca menjadi sangat panas, Anda berasa tak mampu lagi berdiri dengan kaki sendiri,” kata seorang penduduk.
“Ketika suhu mencecah 50 darjah celcius, penduduk tak berani nak keluar kerana terlalu panas,” kata seorang peniaga, Abdul Baqi.
Sebentar tadi, penulis cuba lihat cuaca terkini di Pakistan di Google masih tinggi iaitu 40 darjah celcius. Apapun, mari la kita berdoa agar saudara kita di Pakistan dilindungi dari cuaca panas ini.
sumber: Kompas.com
“Saya Kutip Serpihan Otak Anak Satu-Satu”, Keluarga Pelajar Nafi Kepala Anak Terbelah Dua

“Saya kutip serpihan otak anak yang berterabur di padang sekolah. Satu-satu saya pungut sampai habis. Dia anak sayakan! Luah Roslan bin Samad, 55 tahun.
Inilah luahan sedih bapa kepada pelajar, Nur Afini Roslan yang maut ketika sedang menjalani raptai sukan sekolahnya di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan sekitar jam 10.30 pagi dua hari lalu.
Dimaklumkan, bilah mesin pisau pemotong rumput dari traktor yang sedang menjalankan kerja-kerja di padang sekolah berkenaan melayang sejauh 30 meter lalu mengenai tiga orang pelajar. Sedihnya, Nur Afini maut di tempat kejadian manakala dua lagi cedera.

Di wajahnya jelas kesedihan yang cukup ketara. Setiap kali ke kubur anak, dia akan menangis pilu. Jiwanya bagai dirobek. Dia sama sekali tidak menyangka, menghantar anak ke empatnya pagi itu, sekitar jam 10.40 pagi, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan anaknya ditimpa tragedi.
Berkongsi secara bersemuka dengan Majalah Remaja, Roslan berkata, selepas mendapat panggilan telefon, dia bergegas menuju ke tempat anaknya terbaring kaku.
“Ketika saya sampai, otak anak sudah ditutup dengan plastik. Mungkin dilakukan pihak lain. Tapi bila terpandangkan serpihan otaknya, saya kutip satu persatu dan letakkan di dalam plastic.
“Luluh hati ini. terus terang saya katakan kalau anak saya masih hidup dan dia cedera ketika itu, pihak yang memotong rumput itu mungkin sudah lama kena tumbuk dengan saya.
“Saya sayangkan anak saya. Saya yang hantar dia setiap hari ke sekolah. Kalau ada latihan sukan, arwah akan maklumkan waktu baliknya dan kemudian saya akan jemput.
“Malah saya jugalah yang pujuk arwah untuk diserapkan ke sukan bagi mewakili Negeri Sembilan berbanding dia mewakili Pahang dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang lalu,” katanya yang sesekali dilihat meraup telapak tangannya.


Mengakui “jiwanya” agak terbeban dalam sehari dua ini kerana dikunjungi dan didatangi ramai pihak namun dia akui dia perlu menerima situasi dan tragedi anaknya adalah sesuatu yang telah terjadi.
“Arwah tak mungkin hidup balik. biar banyak saya fikirkan tentang dirinya, masa depannya tetapi semua ini tak akan berulang. Ikutkan saya nak tengok arwah membesar dan seterusnya membina masa depannya. Tapi semua ini tak akan berlaku lagi,’ katanya yang sama sekali sukar menerima kenyataan bahawa kebanyakan akhbar dan media online melaporkan kepala anaknya terbelah dua.
Nafi kepala anak terbelah dua
Jelas ibu arwah, Zalina Mohd Yusof, 48 tahun, dia juga mempersoalkan isu ini. Ikutkan kepala terbelah dua ini ada macam-macam tafsiran dan pemikiran orang terhadap isu diperkatakan tetapi pihak keluarga yang melalui semua keadaan sukar ini.
“Apa maksud terbelah dua? Kalau ikutkan, terbelah dua ini terbahagi dua tapi sebenarnya hanya sedikit tempurung kepala anak yang terkena bilah pisau ini,” katanya memaklumkan hanya tahu kemalangan menimpa anaknya sekitar jam 11pagi selepas dimaklumkan oleh anak perempuannya, Nor Annisaa, 19 yang menuntut di Matrikulasi Gambang, Kuantan.

Dalam pada itu, Roslan yang terawal sampai di lokasi kejadian berkata, memang tempurung kepala anaknya pecah, kira-kira sebesar tapak tangan tetapi tidaklah sampai terbelah dua.
“Keadaan muka arwah elok seeloknya. Mukanya pun sangat bersih semasa kami selesai memandikan jenazahnya. Nampak seperti dalam keadaan tidur. Sangat cantik dan berseri,” katanya.
“Tak akan beri anak lain sekolah di situ…”
Tragedi yang menimpa, bukan sedikit ingatan untuk dipadamkan. Terlalu pahit dan sukar untuk dia menerima berita ini. Jelas Roslan, biar apa pun penambahbaikan dilakukan oleh pihak sekolah selepas tragedi ini, kenangan pahit itu tetap akan ada.
“Saya tak akan sekolahkan anak lelaki bongsu saya di situ lagi. Tu sekolah saya dulu. Semua adik beradik saya sekolah di situ dulu. Nak lalu bawa motor pun tak sanggup lagi selepas peristiwa ini. Biarlah pergi jauh. Kenangan pahit itu ada dan tak akan padam biar selama mana pun,” katanya mengakui dia tidak sempat berborak dengan anaknya pada pagi kejadian.

Ditanya tentang tindakan kepada pihak kontraktor, buat masa ini Roslan akui dia belum berbincang dengan isterinya, anak-anak serta adik beradiknya tentang saman atau tindakan selanjutnya.
“Buat masa ini belum fikir lagi. Anak saya pun sudah tak ada. Saya terlalu sayangkannya. Susah nak cakap tentang isu ini,” katanya mengakui sesekali hatinya lemas dengan semua yang mendatang.
Sepi Dari Pengunjung, ‘Si Bulus’ Di Pantai Kucing Perlukan Bantuan Orang Ramai

Situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akibat penularan pandemik Covid-19 di negara kita bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, tetapi haiwan terutamanya kucing jalanan.
Ramai antara kita yang tidak dapat keluar rumah apatah lagi untuk mengunjungi tempat yang menjadi ‘rumah’ kucing jalanan.
Tapi, tahukah anda bahawa terdapat satu pulau di Malaysia yang dihuni ratusan ekor kucing? Lebih menarik lagi, kesemua kucing ini sangat dahagakan perhatian. Oleh itu, sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk membelai kucing-kucing itu sepuas hati!
Selain itu, beliau turut risau kerana dana bagi bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk si bulus semakin berkurangan sejak pelaksanaan PKP.
“Sebelum ini orang ramai akan datang bermain dengan kucing di sini sambil membawa bekalan makanan serta keperluan lain bagi kucing yang menjadi penghuni pantai ini.
Beliau juga berkata mereka memerlukan kira-kira RM20,000 setiap bulan bagi perbelanjaan makanan dan keperluan lain untuk kucing di pantai itu.
Fairservis yang berasal dari New York, Amerika Syarikat berkata jumlah perbelanjaan untuk seekor kucing di pusat itu hampir RM100 sebulan.
Selain itu, kucing-kucing yang dibuang orang di pantai berkenaan ada yang sakit dan memerlukan rawatan di klinik haiwan.
Pantai bagi si bulus ini juga memerlukan bantuan sukarelawan untuk menguruskan kucing-kucing di sana kerana jumlahnya semakin meningkat kian hari.
“Kami dapati setiap hari jumlah kucing yang dibuang pemilik juga meningkat sepanjang PKP, jadi ini menyukarkan kami untuk menguruskan kucing akibat kekangan dana,” katanya lagi.
Untuk info, Cat Beach atau Pantai Kucing di Teluk Bahang, Pulau Pinang adalah tempat perlindungan kucing di pantai.
Pantai Kucing ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang mana misi utamanya adalah untuk menyelamatkan dan menyediakan tempat perlindungan buat kucing-kucing terbiar. Kini, terdapat lebih daripada 250 ekor kucing telah mendiami kawasan ini dan menjadikannya habitat tetap mereka.
Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan bantuan boleh berhubung dengan Teviot Fairservis dan sukarelawan Pantai Kucing di laman Facebook Cat Beach.
Qabil Irfan Raih Kejuaraan Berganda, 10 Fakta Pelumba ‘Cilik’ Mini GP Ini

Itulah yang boleh pelumba cilik negara, Qabil Irfan terus membuktikan dominasi sebagai juara dunia 2023 dalam kategori 190cc apabila berjaya mencatat kejuaraan berganda dengan kelebihan masa sebanyak 9.300s di perlumbaan pertama dan perlumbaan kedua.
ARTIKEL BERKAITAN : Mahir Berbahasa Sepanyol & Itali, Kenali Habib Anak Melayu Pertama Jadi Mekanik MotoGP
Begitupun, terdapat drama dan situasi yang berlaku dalam baki empat pusingan perlumbaan apabila Syahmi Aiman dari Negeri Sembilan dan Rakshith Dave dari India terlibat dalam kemalangan. Situasi ini memberi ruang kepada penganjur kejohanan untuk menamatkan perlumbaan lebih awal.
Keputusan rasmi mengesahkan dominasi kukuh Qabil dengan kelebihan catatan masa 6.919 saat di hadapan Farish Hafiy.
“Ini rezeki saya di Sepang, rezeki saya jadi juara. Kita tak tahu di Langkawi nanti bagaimana. Saya harap saya dapat kekal di hadapan dan doakan saya nanti,” kata Qabil.
Sementara itu, bagi kategori 160cc di perlumbaan pertama, juara baru tercipta apabila pelumba antarabangsa dari Indonesia, Kenzie Akbar mencipta sensasi dengan catatan masa terpantas 15 minit 15.299 saat, sekali gus mengenepikan pesaing terdekat, Nguyen Viet Tuan dari Vietnam dan Airel Marzuki dari Terengganu.
Fakta Menarik Qabil Irfan
Qabil Irfan adalah contoh terbaik bagaimana bakat dan kerja keras dapat membawa seseorang mencapai kejayaan dalam bidang yang diminati.
Pencapaian Awal: Qabil Irfan memulakan kariernya dalam sukan permotoran pada usia yang sangat muda. Dia dikenali sebagai salah satu bakat muda yang cemerlang dalam perlumbaan Mini GP di Malaysia.
Bakat Luar Biasa: Qabil Irfan telah menunjukkan bakat luar biasa dalam perlumbaan motor. Walaupun usianya masih muda, dia berjaya mengatasi ramai pelumba lain yang lebih berpengalaman.
Penyertaan dalam Kejohanan Antarabangsa: Selain berjaya di peringkat nasional, Qabil Irfan juga telah mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan Mini GP di peringkat antarabangsa. Ini menunjukkan potensi besar yang dimilikinya untuk bersaing di arena global.
Sokongan Keluarga: Keluarga Qabil Irfan sangat menyokong minat dan bakatnya dalam sukan permotoran. Sokongan ini memainkan peranan penting dalam kejayaannya setakat ini.
Disiplin dan Latihan: Qabil Irfan dikenali sebagai seorang pelumba yang sangat berdisiplin. Dia menghabiskan banyak masa untuk berlatih dan memperbaiki kemahirannya di litar perlumbaan.
Matlamat Masa Depan: Qabil Irfan mempunyai matlamat untuk menjadi salah satu pelumba motor terbaik di dunia. Dia berhasrat untuk terus bekerja keras dan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kariernya.
Inspirasi kepada Remaja: Kejayaan Qabil Irfan menjadi inspirasi kepada ramai remaja di Malaysia. Dia menunjukkan bahawa dengan dedikasi dan kerja keras, sesiapa sahaja boleh mencapai impian mereka.
Keperibadian Rendah Diri: Walaupun berjaya dalam kariernya, Qabil Irfan tetap seorang yang rendah diri dan sentiasa bersyukur atas sokongan yang diterimanya dari keluarga, rakan-rakan, dan peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.