Belum habis pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kini satu lagi malapetaka melanda bumi Pakistan. Jika di Malaysia, di awal tahun, kita berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Tapi cuba korang bayangkan jika suhu cuaca melampau sehingga 50 darjah celcius?
Hal ini yang sedang berlaku di Pakistan, apabila suhu udara saat ini dikatakan lebih dari suhu terpanas pada tahun 2015 iaitu ketika dua gelombang panas di India (30 darjah celcius) dan Pakistan.
Disebabkan itu, lebih 4,000 orang dilaporkan mati kerana panas yang ekstrem, lapor The Sun
.Manakala, menurut laporan Kompas.com, Bandar Jacobabad, Sindh di Pakistan merupakan kawasan yang terpanas di dunia.
Suhunya bukan sahaja terpanas di dunia namun berbahaya untuk kerana telah mencecah 52 darjah celcius.
“Ketika cuaca menjadi sangat panas, Anda berasa tak mampu lagi berdiri dengan kaki sendiri,” kata seorang penduduk.
“Ketika suhu mencecah 50 darjah celcius, penduduk tak berani nak keluar kerana terlalu panas,” kata seorang peniaga, Abdul Baqi.
Sebentar tadi, penulis cuba lihat cuaca terkini di Pakistan di Google masih tinggi iaitu 40 darjah celcius. Apapun, mari la kita berdoa agar saudara kita di Pakistan dilindungi dari cuaca panas ini.
sumber: Kompas.com