Pernah berada di fasa umur sama seperti finalis Hero Dewi Remaja 2023, Shalma Ainaa, pelakon dan pengacara televisyen tanah air akui bahawa mereka lebih matang dalam menetapkan hala tuju masing-masing dalam industri.
ARTIKEL BERKAITAN: “Terlebih Yakin Pun Ada…” – Jaga Adab Pekerti, Nasihat Fizo Omar Kepada Finalis Hero Remaja 2023
Shalma yang juga merupakan pengasas jenama pakaian tempatan baru-baru ini dijemput selaku mentor dan juri jemputan bagi rancangan Hero Dewi Remaja 2023 episod 3.
Berkesempatan melihat sendiri gaya pemikiran dan strategi yang disusun oleh setiap finalis, bekas pengacara H-Live ini akui bahawa kualiti yang dipamerkan oleh mereka adalah bermutu tinggi.
“Mereka masih berpegang teguh kepada idea dan strategi masing-masing which is good.
“Setakat ini, saya melihat banyak strategi yang diatur mereka terbukti menjadi dalam menarik perhatian pelanggan. Terutama sekali dari segi memberi hiburan kepada pelanggan, saya rasa sesuai konsep mereka to make people happy while selling,” jelasnya.
Berbicara tentang kepentingan ‘menjual diri’ untuk kekal relevan dalam industri hiburan, usahawan ini jelas sedar bahawa aspek tersebut amatlah penting dan anak muda kini tidak boleh terlalu bergantung kepada rupa semata-mata.
“Bila kita berbicara tentang industri, it goes more than sekadar paras wajah sahaja. Kalau you
nak sustain lama dalam industri, kena sentiasa pergi belajar dan topup ilmu di dada kerana perkara ini yang akan bagi you tujuan dan hala tuju sepanjang karier.“Sebab kadang dunia hiburan ini terlalu hectic dan ada kemungkinan you akan lost. Jadi kalau pandai bawa diri dan menjual diri, itu bonus bagi kamu,” komennya lagi.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.