Pandai-Pandai Sebar Info Palsu Virus Corona Di FACEBOOK, Seorang Suspek Dari Bangi Ditahan

Share

 

Dalam kita teruja untuk mengetahui informasi terbaru mengenai wabak virus Corona yang semakin menular, jangan pula kita sesuka hati dan sesedap kata menyampaikan sebarang maklumat yang salah mengenainya.

 

Seorang suspek berusia 34 tahun telah ditahan semalam di kediamannya di Bangi, Selangor setelah disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai virus Corona.

Penahanan tersebut telah dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut MCMC,

“Penahanan ini bagi membantu siasatan terhadap satu kandungan yang dimuat naik di Facebook pada 26 Januari 2020. Kandungan mengenai wabak virus Corona itu didapati palsu.”

Suspek yang dirampas telefon bimbit dan kad sim bagaimanapun tidak bertindak sendirian. MCMC sedang giat untuk mengesan 3 lagi suspek untuk membantu siasatan.

Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Ini jelas menunjukkan ketegasan pihak berkuasa untuk memastikan sebarang aktiviti memulakan, menyampaikan dan menyebarkan berita palsu di platform media sosial dapat dibendung.

Jangan main-main tau!

*

Biarlah pihak yang lebih pakar untuk menyelesaikan perkembangan terbaru mengenai virus ini.

Seperti di China, hospital khas untuk merawat pesakit virus Corona telahpun siap tak sampai seminggu!

Published by
FZ