Kerohanian

“Pandangan, Pendapat Diberi dan Diterima Dalam Suasana Harmoni…”, Ustaz Don Selesai Jumpa Jabatan Mufti dan KDN

Share

Terbaru, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid meluahkan rasa syukur selepas sesi pertemuan dengan wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Ustaz Fawwaz Fadhil pada Isnin, 10 Jun.

Agamawan yang berasal dari Pulau Pinang itu berkata melalui Facebook miliknya, kunjungannya disambut baik dan beliau sempat bertukar-tukar fikiran.

kredit: FB Ustaz Don

“Pertemuan yang diatur bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM ,  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  wakil Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil pagi tadi berjalan dengan lancar. Alhamdulillah”

“Pandangan dan pendapat diberi dan diterima dengan terbuka dalam suasana yang sangat harmoni. Terima Kasih kerana menjemput dan menerima kehadiran kami. Semoga pertemuan tadi memberi manfaat yang lebih besar buat semua. InshaAllah”

kredit: FB Ustaz Don

Sebelum ini, media berkongsi agensi kerajaan persekutuan telah memanggil Ustaz Don bagi mendapatkan perincian berhubung kontroversi dan merungkai permasalahan.

Selain itu, media juga turut melaporkan pendakwah selebriti direhatkan daripada bersiaran dalam program Salam Baitullah selepas Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan itu.

Hal itu berikutan susulan pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW hingga mengundang pelbagai kritikan daripada beberapa pihak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
ZOE