Satu lagi pencapaian terbaik yang diraih Ratu terjun negara, Pandelela Rinong apabila berjaya meraih pingat emas acara 10 meter platform individu wanita di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 semalam.
Menurut Malaysiakini, atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan bertenaga dan menyakinkan untuk mengungguli peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.
Manakala, penerjun tuan rumah, Matsuri Arai hanya mampu mengumpul 342.00 mata untuk pingat perak dan Caeli Mckay dari Kanada meraih gangsa dengan 338.55 mata.
Pandelela merupakan satu-satunya atlet yang berjaya menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.
Pada pusingan separuh akhir, Pandelela menduduki tempat ketiga dengan 333.00 mata di belakang Mckay dengan 343.85 mata, manakala Andrea Spendolini Siriex di tempat kedua dengan 336.00 mata.
Kejayaan ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang membuat ciapan di Twitter dengan mengucapkan tahniah buat Pandelela Rinong.
Ads
Defied the odds and now she stands at the top of the podium! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Mudah untuk kita lakukan sesuatu tindakan, tetapi impak yang terhasil amat besar.. Terutamanya jika korang bergelar Noor Neelofa.
Angkara memuat naik babak tertentu daripada filem Disney, The Lion King sewaktu menonton di pawagam, selebriti dan entrepreneur Noor Neelofa pantas dikecam oleh netizen yang tidak faham mengapa dia perlu melakukan perkara berikut.
Babak yang direkod menggunakan telefon pintar sebelum dimuat naik ke Instagram Story miliknya memaparkan lagu Circle of Life yang dimainkan dalam filem terbabit.
Seperti yang korang tahu, perbuatan merekod dan memuat naik adalah salah di sisi peraturan ketat kesemua pawagam di Malaysia termasuklah TGV Cinemas, GSC Cinemas, MBO dan sebagainya.
Apatah lagi sewaktu wakil media seperti REMAJA menerima jemputan screening awal sesebuah filem, pihak pawagam akan berlaku amat tegas terhadap kesemua wakil media. Kesemua telefon pintar kami akan diambil, dilabel dan disimpan oleh pegawai yang bertugas bagi mengelakkan kejadian ‘filem bocor’.
Lalu, apabila seorang ikon seperti Neelofa yang memiliki 6.8 juta pengikut di akaun Instagram melakukan perbuatan itu, kecohlah warga net jadinya!
Tak Faham Purpose
Tapi, Neelofa Boleh Promosikan Lion King
Lion King Tak Perlukan Promosi Percuma
Dalam satu bebenang pemilik akaun @MegatAliff yang menyuarakan rasa tak puas hati terhadap perbuatan Neelofa itu, wakil daripada GSC Cinemas dan TGV Cinemas hadir memberikan respon mereka.
Hhm, takut juga bila baca..
Twitter
Respon TGV Cinemas
Respon GSC Cinemas
Wow, sampai perlu laporkan kepada Disney yang juga merupakan pergeluar filem The Lion King ke?
Hhm, bagi penulis perbuatan Neelofa itu nyata salah. Sebelum ini, seorang lagi selebriti iaitu Ara Johari juga turut teruk dikecam netizen setelah memuat naik Instagram Story semasa menonton filem Avengers Infinity War.
Tapi isu ini boleh diselesaikan dengan permohonan maaf Neelofa kepada semua. Ini kerana beliau adalah ikon yang dipandang tinggi oleh ramai peminat terutamanya di kalangan remaja. Perbuatan mengaku kesalahan tersebut boleh menyelesaikan hal ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gempa yang melanda Sulawesi Tengah sehingga membantai Kota Palu ternyata menyimpan banyak cerita aneh. Setakat hari ini, seramai 1302 korban telah dijumpai dan masih banyak lagi terperangkap di bawah runtuhan.
Sebenarnya banyak petanda aneh muncul sebelum gempa dan sesudah gempa. REMAJA senaraikan kejadian aneh yang berlaku sehingga mengakibatkan Palu dan Donggala mengalami situasi amat teruk. Namun sebelum itu, korang perlu tahu ini.
Kota Palu mempunyai daya tarikan pelancongan di mana alam semulajadinya sangat cantik dan menawan. Gambar di bawah jadi bukti. Namun selepas tsunami dan gempa, segalanya berubah. Baca apa kejadian aneh yang terjadi.
Ini salah satu tempat pelancongan yang popular. Kepulauan Togean ini berada di Kecamatan Tojo UnaUna, Palu, Sulawesi Tengah.Inilah Gunung Gawalise yang cukup indah. AmazingkanIni pula Danau Lewuto yang amat mendamaikan
1.Air laut surut secara tiba-tiba
Seorang saksi kejadian, Adrian berkata, dia berada di pinggir pantai anjungan
Nusantara bagi menyaksikan satu acara pantai iaitu Festival Pesona Palu Lomoni bersama lebih 1000 pengunjung. Katanya dia berasa pelik kerana menyaksikan air pantai surut secara tiba-tiba. Tidak lama selepas itu, muncul tsunami yang membuatkan ribuan orang panik.
Gempa terjadi diikuti 30 minit kemudian tsunami
Sebenarnya kejadian gempa diikuti tsunami di Kota Palu ini agak aneh kerana amat jarang berlaku dua fenomena agak serentak. Selepas gempa kuat 7.4 skala ritcher berlaku, di sebalik penduduk mula panik, datang pula tsunami setinggi 5 meter yang terus memburukkan keadaan di Kota Palu, Sulawesi. Tsunami ini merobohkan banyak bangunan tinggi dan menghanyutkan rumah penduduk.
Pakar geologi luar negara pelik dengan gelombang tsunami terlalu besar
Sejumlah ilmuan terkejut dengan dua fenomena alam iaitu gempa dan tsunami. Lebih mengejutkan lagi, gelombang tsunami yang dihasilkan terlalu besar berbanding tsunami sesebelum ini. Menurut Jason Patton, seorang ahli geologi di firma konsultan temblor dan bekerja di Humbildt State University di Californiamembuat pakar mengakui kes sebegini jarang terjadi. Ia mendatangkan minat kepada pakar untuk membuat kajian lebih mendalam tentang fenomena aneh ini.
Selepas gempa meruntuhkan kota Palu, tsunami setinggi 5 meter tinggi terus merobohkan dan menghancurkan lebih banyak bangunan, kenderaan serta mengorbankan 700 orang. Beberapa kota termasuk Donggala juga mengalami tsunami ini tetapi tidak sekuat Kota Palu.
Menurut pakar, gelombang besar tsunami biasanya dihasilan apa yang disebut sebagai gempa bumi magathrust. Dalam keadaan ini, sebahagian besar kerak bumi bergerak secara vertikal di sepanjang laluan.
Situasi ini mampu memicu gelombang air dengan ketinggian dan kecepatan yang cukup besar sehingga ribuan milimeter dari pusat gempa. Pada 2004, gempa bumi megathrust berkekuatan 9,1 skala richter menghentam Sumatera yang mengakibatkan tsunami dari Acheh hingga ke Afrika Selatan.
Sebahagian kota yang terselamat. Pemandangan dari udara
Satu kampung lenyap ditelan bumi Seorang lelaki yang terselamat, Arman berkata satu kampung telah lenyap ditelan bumi selepas berlaku putaran air lumpur yang mana videonya menjadi viral.Menurut lelaki yang pernah ke kampung itu di Kelurahan Petobo, Kecamatan Palu Selatan, jalan ke kampung itu terputus, tidak boleh dimasuki malah rumah-rumah juga sudah hilang ditelan bumi.
Tambahnya lagi, jalan raya ke kampung itu terbelah dua, apabila gempa berlaku ia mengakibatkan rekahan kemudian diikuti gelombang tsunami.
Inilah jambatan Ponulele yang menjadi ikon pelancongan di Palu tapi kini musnah dan runtuhPemandangan pantai Talise sebelum tsunami melandaTempat pelancongan uni di Pusentasi. Jernih dan membiru airnya
5. Kampung tertimbus 4 meter ke dalam lumpur
Gempa besar ini sememangnya sukar dijangka. Tidak hairanlah banyak daerah-daerah belum menerima bantuan sepenuhnya termasuk di Doggala, Sigi dan Palu.Struktur jalan raya yang banyak terbelah menyukarkan operasi.
Menurut pegawai pemerintah, sebuah kampung tertimbus sedalam 4 meter. Selepas jambatan putus, ada jalan menurun ke bawah tetapi sangat dalam dan operasi sukar dilaksanakan kata Bupati Sigi M Irwan Lapata yang bertindak mengetuai operasi menyelamat di sini. Mayat diangkat sendiri oleh masyarakat setempat dan kami bersama-sama berganding menjayakannya.
6. 1203 terkorban dan dijangka lebih
Sejak gempa dan tsunami terjadi, Indonesia menubuhkan Tim Aksi Cepat Tangkap (ACT) bagi menghadapi musibah ini. Ternyata dari pencarian ini mereka menemui 1203 mayat.
Naib Presiden ACT, Insan Nurrohman yang memberikan perincian mayat membahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, Daerah Petobo yang rata-ratanya mati akibat tsunami iaitu seramai 700 orang.
Jumlah orang hilang seramai 46 orang tempatan dan 61 orang warga asing dan kesemuanya masih dalam pencarian.
7. Pegawai trafik korbankan diri demi nyawa ratusan penumpang
Seorang lelaki yang bertugas sebagai pegawai trafik udara, Anthonius Gunawan Agung rela membahayakan nyawasendiri demi menyelamatkan ratusan nyawa penumpang.
Pada saat gempa mula mengocang lokasinya bertugas, di saat rakan lain sudah melarikan diri, lelaki agung ini tetap menjalankan tugasnya memberi pelepasan kepada pilot yang mana kesemua penumpang selamat. Dia akhirnya terjun dari tingkat 4 malangnya alami kecederaan parah dan meninggal. Lelaki ini dinaikkan pangkat atas jasanya. 8. Pilot cerita bagaimana kapal terbang bergegar kuat
Seorang pilot pesawat Maskapai Batik Air ID 6231 turut menceritakan detik sebelum nahas terjadi. Dia ketika itu sedia berlepas sebelum gempa kuat menghentak landasan di Bandara Sis Al-Jufrie.
Pilot ini tidak menyedari gempa terjadi biarpun kapal terbangnya bergegar kuat di mana ketika itu, pegawai trafik udara, Anthonius Gunawan Agung kelihatan tenang membenarkan dia menerbangkan pesawatnya dari Palu menuju Makassar.
Moga Allah melindungi Malaysia dari sebarang bencana. Amin ya rabbalalamin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nasib setiap orang tidak sama. Tidak semua insan dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan. Lebih menyedihkan, masih terdapat pelajar yang mengikat perut kerana tidak mempunyai wang.
Oleh sebab itulah, seorang peniaga prihatin berkongsi rezeki selain menyedekahkan makanan di gerainya kerana pernah melalui pengalaman sebagai seorang pelajar.
Menerusi sebuah perkongsian yang tular dimuat naik oleh pengguna Twitter (Hfnz9), seorang wanita dipercayai berniaga nasi lemak mempunyai niat yang baik untuk membantu para pelajar dalam kesusahan.
Peniaga di sebuah gerai bernama Kafe N24 Streetcafe Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor ini dilihat menampal nota dan ditujukan kepada para pelajar di kawasan sekitar.
Nota tersebut tertulis bahawa mana-mana pelajar yang tidak mempunyai wang belanja mencukupi untuk makan supaya tidak menahan lapar dan boleh sahaja menjamah hidangan di gerainya secara percuma.
Menurut peniaga itu, dia juga pernah menjadi pelajar suatu ketika dahulu dan memahami sekiranya duit perbelanjaan tidak mencukupi untuk membeli makanan.
Rata-rata netizen terharu dengan sikap peniaga yang berhati mulia ini. Di ruangan komen perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan semoga peniaga itu dimurahkan rezeki kerana berniat baik untuk menyedekahkan makanan bagi membantu pelajar dalam kesempitan wang.
Foto Via Komen
Kisah ini mungkin boleh memberi sedikit pengajaran kepada semua bahawa indahnya berkongsi rezeki.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...