Siapa sahaja tidak kenal dengan figura terkenal dari Korea Selatan, Song Ji Hyo? Pelakon dan bintang Running Man itu amat disayangi oleh peminatnya dek kerana sifatnya yang rendah diri dan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan.
Namun, baru-baru ini kecoh apabila bintang itu mendedahkan pada portal media sensasi, Dispatch berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif Uzurocks, Park Joo Nam yang membelanjakan wang syarikat untuk bayaran kereta Porschenya.
Hal itu menjadi isu besar disebabkan CEO tersebut masih berhutang sebanyak ₩900 juta KRW (kira-kira $671,000 USD) kepada Song Ji Hyo setelah menangguhkan bayaran beberapa projek artis tersebut.
Setakat ini, Uzurocks telah menangguhkan pembayaran mereka kepada bintang Running Man itu sebanyak lapan kali — tarikh pembayaran “yang dijanjikan” mereka ialah 10 Februari, 12 Februari, 28 Februari, 10 Mac, 31 Mac, 10 April dan 30 April.
Ads
Setelah sekian lama bersabar, pelakon berusia 41 tahun itu akhirnya mendedahkan realiti sebenar yang berlaku dan penderitaan yang pekerja syarikat itu harus tanggung disebabkan ketamakan CEO syarikat tersebut.
“Saya akan baik-baik saja, walaupun saya tidak mendapat wang itu sekarang. Namun pekerja di syarikat itu menanggung sengsara sehinggakan kad kredit mereka telah ditolak, dan plan talian telefon bimbit mereka turut dipotong.
Yuran pajakan Porschenya sahaja sudah mencecah ₩2.00 juta KRW (kira-kira RM6,736) sebulan. Jumlah wang tersebut merupakan purata gaji sebulan pekerja syarikatnya yang bergantung kepada duit tersebut sebagai kos sara hidup,” katanya.
Pekerja Syarikat Kongsi Jasa Baik Song Ji Hyo
Ads
Pekerja syarikat tersebut juga berkongsi cerita tentang bagaimana Song Ji Hyo secara peribadi telah membantu krisis kewangan mereka menggunakan duitnya sendiri.
“Tahun lepas, saya mengalami kemalangan jalan raya dan terpaksa menjalani dua pembedahan. Bil hospital yang mencecah lebih RM33,877 ditanggung sepenuhnya oleh Song Ji Hyo.
Beliau turut berada di sebelah saya ketika kemasukan ke bilik kecemasan dan sanggup menemani saya di wad pada waktu malam. Doktor semua terkejut dengan situasi tersebut,” ujar Pekerja “A”
“Song Ji Hyo juga sentiasa membayar tambang teksi saya selepas tamat jadual pengembaraan. Apabila pengurus sibuk, dia sendiri akan memandu kami ke jadual seterusnya. Bagi saya, dia bukan seorang selebriti, tetapi seorang kakak,” luah Pekerja “F”
Ads
Tindakan undang undang juga telah diambil oleh pihak selebriti itu dalam memperjuangkan nasibnya dan pekerja yang lain. Hwaiting, unnie!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: SBS, Dispatch
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah kami ucapkan buat Yonnyboii dan pasangannya Nik Nazira!
Hanya mengambil masa sebulan bertunang, penyanyi muda berbakat besar Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin telah selamat bernikah semalam iaitu pada 26 November 2021 dengan pasangannya Nik Nazira Nariman, 22.
Gambar Pertunangan: Instagram Nik Nazira
Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu selamat bernikah. Alhamdulillah.
Hal ini agak mengejutkan kerana sebelum ini mereka memaklumkan majlis perkahwinan mungkin diadakan pada Januari 2022. Yonnyboii memuat naik satu perkongsian di laman sosial dengan caption ringkas memperkenalkan isterinya.
Malah menerusi Instagram isteri kepada pelantun suara lagu ‘Salahku’, Nik Nazira turut memuat naik gambar persandingan selepas mereka bernikah. Majlis ini hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan ia dijalankan secara tertutup.
Walau bagaimanapun, majlis persandingan akan diadakan pada tahun hadapan berkemungkinan sama tarikh dengan perancangan awal yang didedahkan kepada media.
Posting tersebut dibanjiri komen positif dari rakan artis, kenalan rapat dan juga peminat mereka. Rata-rata mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan agar penikahan Yonnyboii dan Nik Nazira terus berkekalan hingga ke akhir usia dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah.
Gambar : Instagram Yonnyboii
Dah jodohkan…bagus la mempercepatkan benda yang baik. Sama cantik sama padan pasangan ni kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Anak mana yang rela melihat ibu jatuh sakit, lebih-lebih lagi untuk bersedia menerima takdir kehilangannya… Sama sekali tidak.
Sama seperti penyanyi dan pelakon berkaliber Kilafairy, yang mengharapkan ada keajaiban berlaku kepada ibunya tercintanya itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Stories, pelakon filem popular Hoore! Hoore! itu menitipkan harapan yang tinggi ada keajaiban yang berlaku agar ibunya kembali sihat dan sembuh daripada penyakit tersebut.
Menerusi hantaran berkenaan, bintang itu memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan ibunya.
Malah, Kilafairy yang lebih disapa Kila turut memaklumkan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk kehilangan ibu tersayangnya.
“Mengharapkan ada keajaiban berlaku. Saya tidak akan biarkan awak pergi, mama,” coret Kilafairy ringkas.
Terdahulu, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu.
Remaja mendoakan agar ibu Kilafairy diberikan kesembuhan seperti sedia kala…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Buat sekian lama, industri perfileman Hollywood telah menceburi genre filem yang diadaptasi dari siri anime Jepun yang popular. Lihat sahajalah filem adaptasi seperti Astroboy dan Alita: Battle Angel yang kekal diminati sehingga kini.
Animasi ‘Saint Seiya’ kini dikenali peminat anime di segenap pelusuk dunia.
Justeru itu tidak pelik apabila filem Knights of the Zodiac yang diadaptasi dari manga ‘Saint Seiya’ karya Masami Kurumada bakal ditayangkan pada 12 Mei 2023 di pawagam berdekatan. Filem aksi fantasi arahan Tomek Bagiński ini dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Mackenyu, Famke Janssen, Madison Iseman, Diego Tinoco, Mark Dacascos, Nick Stahl, dan Sean Bean.
Watak Seiya dimainkan oleh pelakon Jepun, Mackenyu Arata.
Sedikit sinopsis mengenai filem ini, Seiya (Mackenyu) merupakan seorang remaja jalanan yang keras kepala dan kerap menghabiskan masanya dengan ‘street fighting’ untuk mendapatkan wang demi mencari kakaknya yang diculik. Namun apabila salah satu pertarungannya mendedahkan kuasa mistiknya, Seiya mendapati dirinya terjerumus ke dalam dunia dewa-dewa suci dan harus melindungi dewi perang yang dihidupkan semula dalam tubuh seorang gadis muda.
Poster rasmi filem Knights of the Zodiac.
Dari awal filem lagi, penonton sudah dihidangkan dengan aksi perlawanan yang memuaskan dari watak utama, Seiya. Plot filem ini yang disusun kemas dan teratur juga membuatkan penonton mudah fokus dan cepat faham. Meskipun anda bukan peminat tegar anime ‘Saint Seiya’ sekalipun, dari awal 15 minit filem tersebut sudah cukup untuk memberikan pemahaman tentang latar belakang cerita tersebut.
Lakonan yang mantap oleh setiap pelakon juga harus dipuji terutama dari segi adegan pergaduhan yang amat meyakinkan dan penuh dengan impak. Namun sedikit mengecewakan ialah visual CGI yang dipamerkan agak tidak meyakinkan dan kurang realistik. Kurang syok sedikit apabila ada beberapa adegan perlawanan yang kelihatan ‘fake’ di layar skrin besar.
Bagaimanapun, jalan cerita yang dipamerkan cukup memuaskan hati. Terutamanya, apabila penonton sendiri dapat menyaksikan ‘character development’ yang ditunjukkan oleh watak Seiya dalam mencapai misinya sebagai pelindung dewi Athena.
Haaa… sekiranya anda berminat untuk saksikan filem fantasi yang penuh aksi ini, jangan lupa untuk terjah pawagam berdekatan bermula 12 Mei ini tau!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...