Siapa sahaja tidak kenal dengan figura terkenal dari Korea Selatan, Song Ji Hyo? Pelakon dan bintang Running Man itu amat disayangi oleh peminatnya dek kerana sifatnya yang rendah diri dan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Song Ji Hyo; Bukan Sahaja Cantik Namun Pandai Menggunakan Bahasa Isyarat
Namun, baru-baru ini kecoh apabila bintang itu mendedahkan pada portal media sensasi, Dispatch berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif Uzurocks, Park Joo Nam yang membelanjakan wang syarikat untuk bayaran kereta Porschenya.
Hal itu menjadi isu besar disebabkan CEO tersebut masih berhutang sebanyak ₩900 juta KRW (kira-kira $671,000 USD) kepada Song Ji Hyo setelah menangguhkan bayaran beberapa projek artis tersebut.
Setakat ini, Uzurocks telah menangguhkan pembayaran mereka kepada bintang Running Man itu sebanyak lapan kali — tarikh pembayaran “yang dijanjikan” mereka ialah 10 Februari, 12 Februari, 28 Februari, 10 Mac, 31 Mac, 10 April dan 30 April.
Setelah sekian lama bersabar, pelakon berusia 41 tahun itu akhirnya mendedahkan realiti sebenar yang berlaku dan penderitaan yang pekerja syarikat itu harus tanggung disebabkan ketamakan CEO syarikat tersebut.
“Saya akan baik-baik saja, walaupun saya tidak mendapat wang itu sekarang. Namun pekerja di syarikat itu menanggung sengsara sehinggakan kad kredit mereka telah ditolak, dan plan talian telefon bimbit mereka turut dipotong.
Yuran pajakan Porschenya sahaja sudah mencecah ₩2.00 juta KRW (kira-kira RM6,736) sebulan. Jumlah wang tersebut merupakan purata gaji sebulan pekerja syarikatnya yang bergantung kepada duit tersebut sebagai kos sara hidup,” katanya.
Pekerja Syarikat Kongsi Jasa Baik Song Ji Hyo
Pekerja syarikat tersebut juga berkongsi cerita tentang bagaimana Song Ji Hyo secara peribadi telah membantu krisis kewangan mereka menggunakan duitnya sendiri.
“Tahun lepas, saya mengalami kemalangan jalan raya dan terpaksa menjalani dua pembedahan. Bil hospital yang mencecah lebih RM33,877 ditanggung sepenuhnya oleh Song Ji Hyo.
Beliau turut berada di sebelah saya ketika kemasukan ke bilik kecemasan dan sanggup menemani saya di wad pada waktu malam. Doktor semua terkejut dengan situasi tersebut,” ujar Pekerja “A”
“Song Ji Hyo juga sentiasa membayar tambang teksi saya selepas tamat jadual pengembaraan. Apabila pengurus sibuk, dia sendiri akan memandu kami ke jadual seterusnya. Bagi saya, dia bukan seorang selebriti, tetapi seorang kakak,” luah Pekerja “F”
Tindakan undang undang juga telah diambil oleh pihak selebriti itu dalam memperjuangkan nasibnya dan pekerja yang lain. Hwaiting, unnie!
BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: SBS, Dispatch