Hitam dan putih seringkali menjadi pilihan warna anak muda dalam menghias ruang kediaman mereka. Nampak cool dan trendy, kombinasi dua warna ini memang ‘in’ sepanjang zaman.
Skema warna ini paling mudah digabungkan. Hanya perlu hitam, putih dan kelabu untuk merealisasikan konsep moden bertemakan hitam dan putih.
Konsep ini memberi kesan formal, serius, kemas dan tersusun pada ruang. Sesiapa yang memilih tema ini pastinya seorang yang ada gaya, serius dan jaga penampilan.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu korang alert sebelum memilih konsep ini untuk dekorasi rumah atau ruang bilik.
1. Pastikan kuantiti warna betul, jangan guna warna hitam berlebihan supaya rumah korang tak menjadi gua kelam. Hiks!
2. Tambahkan sedikit warna nature seperti daun hijau atau lantai kayu kerana ia akan menghidupkan ruang. Ruang taklah jadi keras dan kaku nanti.
Berikut merupakan reference lain yang korang boleh rujuk untuk mendapat sedikit sebanak idea mendekorasi rumah.
Itu saja tip yang perlu korang ikut sekiranya nak deko rumah guna warna hitam dan putih. Ia juga memerlukan sedikit keberanian kerana tak ramai orang yang berani menggunakan warna hitam dalam sesebuah ruang.
Selamat mencuba gaiss!
Sumber: Azizul Azli Ahmad
“See You..!” Michael Ang Sudah Ramal 2 Peserta Gegar Vaganza Ini Wajib Ada Di Final
Barisan peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) jelas hadir di pentas program nyanyian popular itu untuk menggarap trofi kemenangan.
Rata-rata peserta pada musim ini bukan calang-calang orangnya. Malah sebahagian besar daripada mereka memiliki pengalaman menyertai program realiti nyanyian sebelum ini. Ini termasuklah Jaclyn Victor (juara Malaysian Idol musim pertama), Tomok (juara One In A Million musim ketiga), Shila Amzah (naib juara One In A Million musim kedua), Dina Nadzir (naib juara Malaysian Idol musim pertama) dan Bob (finalis Akademi Fantasia musim kedua dan Akademi Fantasia Megastar).
Bertemakan Kembali Menyengat bagi episod pembukaan semalam, 13 orang peserta GV9 menyanyikan semula lagu-lagu popular mereka yang sentiasa menjadi siulan ramai.
Seperti dijangka, masing-masing tidak mahu kalah dan memberikan yang terbaik sehinggakan sukar untuk warga maya menentukan siapakah yang memberikan persembahan terbaik semalam; termasuklah ‘pengkritik tetap’ GV setiap musim merangkap pengarah popular, Michael Ang.
Menerusi hantaran di Twitter semalam, kebanyakan persembahan peserta telah mendapat pujian Michael hinggakan beliau mengulang ciapan mengatakan para peserta GV9 “tahun ini banyak best best!”
Katanya, “Kalaulah Malaysia ini tak judge pada rupa dan fizikal, mesti banyak penyanyi dan pelakon-pelakon yang bagus dan power power!” dan pendapat tersebut dipersetujui ramai warga maya.
Berikut merupakan antara komen Michael mengenai persembahan para peserta semalam.
Shila Amzah : OMG Shila really gave her all. Wow, tahun ini memang macam battle of the voices! She really in her own class!
Bob : Bob was so good berdiri bulu roma. Will be rooting for Bob! You go Bob!
VE : First time ada group yang best dan boleh nyanyi! Ini baru group, harmonizing sedap je. Love love this group!
Hazrul : OMG siapa mamat ini! I tak kenal but tone suara dia sedap gila! Best gila suara dia dan lagu ini!
Dina Nadzir : Another great singer that left unheard. Nyanyi macam dengar dekat Spotify!
Tomok : Tomok oh Tomok! What to say? See you at the final aje la!
Jaclyn Victor : What can I say see you in final aje la namanya!
Jacklyn victor or jacklyn. What can I say see u in final aje la namanya!#GegarVaganza9
— Michael Ang (@MichaelAng38) September 18, 2022
*
Haa, adakah korang juga bersetuju dengan pendapat Michael Ang ini?
Keputusan episod pertama ternyata menyebelahi Jaclyn, Shila dan Tomok yang menguasai tiga kedudukan teratas.
Gegar Vaganza musim kesembilan mengembalikan Nabil Ahmad sebagai hos di samping Elly Mazlein. Manakala para jurinya pula terdiri daripada Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Dato’ Syafinaz Selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
3 Idea Fresh Bulan Ini Untuk Dress Kahwin Idaman Kamu
Isi Kandungan
Toggle
Tak lama lagi, musim perkahwinan akan bersambung semula selepas sebulan kita menyambut Syawal.
Mungkin korang tak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, tetapi tak salah kan untuk kita berangan sekejap sambil mengumpul idea dan inspirasi baju perkahwinan kelak.
Mungkin juga ada di kalangan kawan korang yang sedang bersiap sedia untuk bergelar Mrs. pada akhir tahun ini dan memerlukan bantuan dalam bab baju idaman mereka sendiri.
3 orang selebriti telahpun menamatkan zaman bujang mereka baru-baru ini. Jom tengok siapa pereka fesyen pilihan mereka dan idea di sebaliknya.
01
Azura Couture Untuk Dayah Bakar
Isteri kepada Kapten Haniff Hamidi ini sekali lagi memilih rekaan daripada pereka fesyen kegemarannya, Azura Couture untuk kedua-dua majlis resepsi. Majlis pertama memperlihatkan Dayah Bakar dalam rekaan ballgown dempak serba putih.
BACA: OMG Berseri Sangat! Fans Puji Rekaan Baju Nikah Dayah Bakar
“Dari first time jumpa kak Zura, Dayah rasa click sangat dengannya. Dari masa masuk bidang seni sampailah ke hari Dayah kenal Captain, I know memang Azura Couturelah pilihan Dayah.
“Dayah share apa yang di bayangan da kak Zura share idea yang sesuai. Untuk resepsi pertama ni, Dayah request nak macam Cinderella. I trusted her specialty and I let her do the magic. For future brides, I am sharing this to all of you so that you will look the prettiest on your happy day, ” kongsinya di Instagram.
02
Rizman Ruzaini Untuk Dr. Julia
Pereka fesyen duo yang berpengalaman dalam arena pakaian perkahwinan iaitu Rizman Ruzaini menjadi pilihan utama anak kepada Dato Ziela Jalil ini dalam majlis persandingannya. Dr Julia M. Junid memilih dua konsep berbeza bagi kedua-dua majlis resepsi iaitu dress ballgown serba putih dengan perincian sarat.
Satu lagi persalinan yang dipilih Dr. Julia adalah busana songket serba kuning, ungu dan perak untuk majlis bertandang pula. Rata-rata netizen memuji rekaan ballgown ini yang tampak sopan dan kena dengan sosok tubuh Dr. Julia.
03
Sandy Liang Untuk Sheena Liam
Kami tak menyangka pemenang musim kedua Asia’s Next Top Model ini telah merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini bersama temannya, pelukis terkenal Ernest Zacharevic.
Ernest yang popular di kalangan rakyat Malaysia melalui lukisan grafiti di sekitar jalan utama di Ipoh dan Pulau Pinang menjadi lelaki pilihan Sheena Liam yang juga merupakan artis seni embroidery.
Majlis ringkas semalam berlangsung di Vilnius, Lithuania yang juga merupakan negara kelahiran Ernest dan disambut oleh rakan rapat mereka. Sheena menyarung dress Musim Bunga dari Sandy Liang dan but dari Zadiget Voltaire.
So, konsep baju mana yang paling korang suka?
8 Trik Hilangkan Kedutan Pakaian, Baru La ‘On’ Nak OOTD Masa Travel
Isi Kandungan
ToggleSalah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah baju atau pakaian. Especially korang yang suka sangat ambik gambar dan OOTD.
Tapi tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus…
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita terutamanya pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
So lepas ni tak perlu la risau baju berkedut nak OOTD kalau travel ke luar negara. Selamat mencuba!