Typical Malaysian! Kalau cakap kasar orang marah, tanya mana adab. Tapi kadang kala perangai kita pun tak masuk akal juga sebab akan susahkan orang lain.
Gara-gara panik konon akan berlaku lockdown di Malaysia, rata-rata rakyat membeli barangan dalam jumlah yang banyak. Habis berduyun-duyun memasuki pasaraya dan membuat pembelian secara pukal.
Alih-alih Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hanya diadakan Perintah Kawalan Pergerakan di mana semua rakyat diminta menghadkan pergerakan perjalanan mereka bagi mengawal wabak dari tersebar kepada orang lain.
Kesannya mana-mana yang dah penuhkan troli masing-masing rasa malas hendak menunggu giliran membayar dan meninggalkan pasaraya begitu sahaja hingga mengakibatkan kerosakan pada barangan basah.
Mesti kita fikir, ada orang lain tolong letak semula di rak. Kalau blah pun bukan orang tahu sebab semua berpusu-pusu membeli sampaikan beratur panjang pun sanggup. Ermm bila kita nak berubah mentaliti begini ya. Sedih!
Bacalah perkongsian dari warga fb, Ummu Athirah Yusof mengenai panic buying ini.
Panic buying -Troli-troli yang ditinggalkan~
Tadi sedang beratur nak membayar, ternampak troli-troli bersusun yg ditinggal dari semalam dalam pembelian panic..
Ada ayam yang dah busuk, sayur yang dah layu, makanan sejuk beku yang terbiar…
Bila tanya pada adik kaunter.. katanya ditinggalkan sebab tak mampu nak beratur panjang, ada yang kata sbb terlalu ramai orang hingga berakhirnya waktu operasi..
Tindakan kita menyebabkan..
1. Barang jadi rosak.
2. Pembaziran
3. Menyusahkan petugas untuk menyusun semula..
Jika kita tak dapat membantu, Janganlah sampai menyusahkan..
Tak minta kutuk, jadikan pengajaran.
Berubahlah. Kita dah masuk 2020, hidup pun jangan selalu menyusahkan orang lain.Permudahkan urusan orang lain maka Allah akan mudahkan urusan hidup kita juga.