Panjat Dinding Parkir Tingkat 16, Remaja Mati Terjatuh Ketika Ambil Gambar Di Genting Highlands

Share

Tahun ini saja, sudah ada beberapa kes kematian yang berkaitan extreme selfies. Namun, keghairahan mengambil gambar sehingga mengabaikan keselamatan masih juga berlaku.

Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun menemui ajal selepas terjatuh daripada tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor, mangsa, P. Kanesh Naidu mati serta merta setelah terjatuh ke tingkat 7 hotel berkenaan.

Mangsa tiba di parkir tingkat 16 hotel bersama tiga rakan dilaporkan keluar daripada kenderaan seorang diri dan memanjat dinding parkir untuk mengambil gambar, sebelum tergelincir dan terjatuh.

via GIPHY

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada di kepala dan badan, konsisten dengan kecederaan jatuh dari tempat tinggi,” kata Supt Mohamad Mansor. Siasatan awal turut menunjukkan tiada unsur niat jahat dalam insiden ini.

So guys, memangla syok kalau dapat insta-worthy shots tu. Tapi, please consider keselamatan korang jugak. Jangan disebabkan gambar, nyawa tergadai k!

Sumber: NST

Published by
Ajim