Sumber foto: The Star

Kebanyakan sektor pelancongan sudah pun mulai dibuka secara berperingkat dan khabarnya Pulau Langkawi juga dijangka akan dibuka kepada pelancong pada 16 September ini sempena dengan Hari Malaysia.

Dalam kegembiraan kita mendengar banyak lokasi pelancongan yang sudah dibuka, ada beberapa perkara yang korang perlu ambil kira sebelum membuat keputusan beriadah di tempat awam.

Seperti di Port Dickson, individu yang tidak lengkap menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkelah dan perkhemahan di pantai peranginan daerah itu.

Pantai Port Dickson Hanya Dibenarkan Untuk Pengunjung Yang Lengkap Divaksinasi
Penguatkuasa sedang memeriksa pengunjung yang datang untuk memastikan mereka sudah menerima dua dos suntikan vaksin di kawasan pantai Port Dickson (Sumber foto: Harian Metro)

Keputusan ini adalah seperti yang telah digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak pantai itu dibuka pada 26 Ogos lalu.

Ads

Semua aktiviti berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan kecuali kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga yang sama.

Aktiviti perkelahan serta perkhemahan dibenarkan dalam daerah yang sama dan individu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi menyertai aktiviti dengan SOP yang ketat.

Pantai Port Dickson Hanya Dibenarkan Untuk Pengunjung Yang Lengkap Divaksinasi
Foto: Tech ARP

Pengunjung juga diingatkan perlu patuh dengan mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di kawasan pantai selain mematuhi protokol kesihatan umum.

Ads

Selain itu juga, hanya peniaga yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan berniaga untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pengunjung yang datang beriadah.

Ha, nampaknya bukan hanya kedai-kedai di pusat membeli-belah sahaja yang akan menyemak status vaksinasi pelanggan, malah kini ada juga pusat riadah terbuka seperti pantai di Port Dickson yang turut mempunyai pegawai penguatkuasa untuk memeriksa sama ada pengunjung sudah divaksinasi atau tidak.

Ads

Tak mustahil juga lebih banyak pusat-pusat pelancongan yang akan turut mengenakan arahan yang sama, iaitu hanya pengunjung yang sudah menerima vaksin lengkap sahaja dibenarkan berkunjung ke sana.

Betul tak?

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI