Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, akhirnya berakhir hujung minggu lalu dengan kadar peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus. Maka, tahniah diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang keluar mengundi demi memperjuangkan masa depan negeri yang lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Raih Mandat Rakyat: Altimet Tak Sabar Nak Bertugas Sesudah Subuh, 2 Jaguh Bola Sepak Turut Menang!
Malangnya, ia datang dengan pengorbanan kecil iaitu dakwat kekal pada jari anda setelah mengundi. Namun, usah khawatir atau resah kerana Remaja ada menyenaraikan lima cara untuk hilangkan dakwat kekal tersebut dengan pantas dan berkesan!
Glo Active Foam Liquid Lime
Cecair pencuci pinggan mangkuk ini bukan sahaja berkesan dalam memastikan pinggan mangkuk kita bersih setelah selesai makan. Namun, ianya juga berkesan untuk memastikan dakwat kekal hilang dari jari anda!
Hanya perlu sapukan beberapa titis cecair pencuci ini pada jari anda, gosok dengan span, dan bilas dakwat dengan air suam. Mudah bukan?
Ubat Gigi Colgate Optic White Exfoliating Mineral
Selain memberus gigi dengan ubat gigi, anda juga boleh menggunakannya untuk menghilangkan dakwat kekal yang degil. Tambahan pula, ubat gigi ini terkenal dengan tahap keberkesanannya dalam mengurangkan kesan pewarnaan.
Anda hanya perlu membasahkan jari anda, perah ubat gigi dalam kuantiti yang mencukupi, gunakan kain untuk menggosoknya lalu biarkannya selama seminit sebelum di bilas dengan air.
VEET Hair Removal Cream
Anda fikir VEET hanya bagus untuk menghilangkan bulu di kaki anda? Haaa..jangan terkejut kerana produk ini juga mampu membuat dakwat kekal hilang dengan pantas!
Bukan itu sahaja, formula krim yang diperbuat untuk kulit sensitif dengan vitamin tambahan dan aloe vera turut akan memberikan penghidratan semula kepada jari jemari anda.
Anda hanya perlu menyalut jari dengan krim VEET dan kemudian tunggu selama 5 minit sebelum membilasnya dengan air. Mudah bukan?
Nano Magic Sponge Eraser
Sponge Eraser ini bukan sahaja bagus untuk menghilangkan kotoran yang sukar. Ia juga boleh mengeluarkan dakwat kekal di jari anda.
Untuk menghilangkan kotoran ink tersebut, anda perlu terlebih dahulu merendam span tersebut di dalam air dan kemudian menggunakannya untuk menggosok jari anda yang berdakwat secara perlahan.
Silkygirl Quikclean Nail Polish Remover
Aseton bukan sahaja digunakan untuk mengeluarkan cat kuku dan varnis kerana ia juga boleh membantu untuk melarutkan dakwat di jari anda!
Dalam kebanyakan senario, aseton berkesan dalam menghilangkan kesan dakwat, namun sekiranya digunakan secara berlebihan kulit anda mungkin akan merah-merah! Haiyooo
Oleh itu, kami mencadangkan untuk menggunakan produk seperti penanggal pengilat kuku kerana formulanya telah dibuat untuk lebih lembut pada kulit!Hanya perlu tuangkan sedikit cecair penanggal pengilat kuku tersebut ke atas kapas, sapu pada dakwat, bilas dan ulang sehingga dakwat hilang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Guardian