Setiap tahun Institut Warna Pantone akan mengumumkan warna yang bakal menjadi tema untuk tahun-tahun berikutnya. Jika tahun ini warna biru klasik dipilih untuk melambangkan nilai elegan dan kesederhanaan dalam menempuh sebuah era baru, namun siapa sangka dunia dilanda ‘mendung’ sepanjang tahun disebabkan pandemic Covid-19.
Oleh itu tahun hadapan, rona kelabu dan kuning telah digarap sebagai rona yang melambangkan segala yang perlu dilakukan pasca Covid-19. Rona kuning yang dipangil Illuminating (Pantone 13-0647) dan kelabu yang digelar Ultimate Gray (Pantone 17-5104) dipilih bersama kerana menurut Laurie Pressman, naib presiden Institut Warna Pantone, “Tiada satu warna yang boleh melambangkan maksud kepada keadaan yang berlaku sekarang.
“Kita semua sedar yang kita tidak boleh melakukan ini sendirian. Kini kita memiliki kefahaman yang dalam tentang mengapa kita saling memerlukan antara satu sama lain dan pentingnya untuk memiliki sokongan emosi serta harapan.”
Ads
Rona-rona ini juga dijangka akan muncul di dalam ekosistem dunia fesyen. Dalam siaran media Pantone yang diuar-uar kepada umum, warna Illuminating yang diselingi oleh sentuhan Ultimate Grey menyampaikan mesej cahaya matahari dan kekuatan. Ultimate Grey memberikan titik pantulan yang hebat dengan Illuminating membawa sedikit kesegaran yang diterapkan pada selendang, kasut, beg tangan, selendang dan baju.
Ads
Dengan kehadirannya yang bertenaga, gabungan Ultimate Grey dan Illuminating adalah ramuan yang bagus untuk pakaian aktif. Kontras warna antara Illuminating dan Ultimate Grey menambah daya tarikan untuk pakaian luar.
Ads
***P/S – So, tahun depan warna baju raya penulis adalah kuning. Sampin pula akan ku pilih warna kelabu. Wait, ruang tamu rumah pun nak tukar warnalah, jadi kuning lembut. Why not kan?
Sumber: Pantone
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak malang nasib yang dihadapi produksi filem aksi, James Bond.
Bukan sekali, bukan dua kali tetapi filem ini telah ditangguhkan tayangannya beberapa kali disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020.
Akhirnya pada minggu ini, peminat francais James Bond boleh menarik nafas lega dan merasa teruja apabila filem terbarunya berjudul No Time To Die telah selamat ditayangkan secara rasminya.
Bertempat di London, ia telah meraikan ulang tahun James Bond ke-60. Bukan hanya para pelakonnya seperti Daniel Craig dan Rami Malek yang meraikan tayangan perdana itu.
Mereka bertuah apabila majlis tersebut menyaksikan pasangan diraja Britain iaitu Putera Charles, Camilla Parker-Bowle, Putera William dan Kate Middleton mencemar duli untuk sama-sama memeriahkan acara yang cukup penting bagi dunia seni di bumi Inggeris itu.
Sebagai tetamu yang diraikan, tumpuan jelas terarah kepada Kate Middleton dan semua tidak sabar menantikan pemilihan gaun bagaimanakah yang akan disarungkan beliau. Ini kerana Kate jarang sekali mengecewakan peminat diraja Britain setiap kali beliau berjalan di karpet merah (which is rare).
Sekali lagi, Kate berjaya mencuri tumpuan apabila beliau tampil dalam persalinan gaun sekuin serba keemasan yang direka khas oleh pereka fesyen Inggeris, Jenny Packham dengan potongan cape dramatik.
Fun Fact! Gaun ini rupa-rupanya MEMANG merupakan gaun yang direka Jenny untuk disarungkan oleh seorang ‘Bond Girl’.
Kongsi Jenny, gaun ini adalah sebahagian daripada koleksi kapsul kolaboratif dengan EON Production sempena kemunculan filem James Bond kali ini.
Koleksi kapsul ini terdiri daripada lapan gaun khas oleh Jenny Packham sebagai ‘penghormatan’ atau ‘tribute’ kepada lapan karakter wanita yang pernah mewarnai francais filem James Bond.
Cumanya, demi mematuhi kod pemakaian Kate, gaun asal yang mempunyai potongan yang lebih seksi pada bahagian dada telah dinaikkan sedikit menjadi potongan ‘V-neck’.
To celebrate the forthcoming 60th anniversary of James Bond, @jennypackham has collaborated with EON Productions on an exclusive capsule collection of evening wear gowns. The eight designs pay homage to the series’ legacy of powerful female characters. pic.twitter.com/YNDSuehpHn
Selain gaun Kate Middlton, gaun lain termasuklah persalinan:
Gaun sutera jingga
‘Wrap dress’ mengilau
dan gaun hitam dengan perincian lengan telus pandang (transparent).
Dalam pada itu, ramai juga beranggapan Kate melakukan ‘tribute’ kepada mendiang Puteri Diana yang pernah menyarungkan gaun metalik dengan potongan bahu ‘statement’ dan bahagian bodice yang kelihatan seakan sama.
Untuk pengetahuan, Diana memakainya untuk tayangan perdana filem James Bond A View to a Kill pada tahun 1985.
Pendapat ini sebenarnya boleh diterima kerana Kate kerap juga menjadikan Diana sebagai inspirasi fesyennya dan selalu mencuri peluang untuk melakukan ‘tribute’ kepada mendiang ibu mertuanya itu.
Tanggapan bahawa supermodel terkenal di seluruh dunia hanya memakai produk berjenama mewah saja dalam rutin kecantikan harian mereka ternyata meleset.
Nampaknya, mereka turut bergantung harap kepada produk kecantikan dan penjagaan kulit yang mampu milik serta dimiliki oleh ramai remaja di luar sana.
Sebelum ini, REMAJA pernah berkongsi berkenaan beberapa jenis produk drugstore yang digunakan oleh teman wanita Zayn Malik iaitu Gigi Hadid. Ada di antara senarai produk tersebut telah menjadi kewajiban buatnya sejak zaman sekolah lagi.
Baru-baru ini menerusi hantaran Instagram Story, Gigi kongsikan rutin penjagaan kulitnya selepas menamatkan sesi photoshoot.
Bukan hanya senarai produk Gigi ini mudah digunakan malahan juga popular dan mampu milik. Gigi terlebih dahulu meletakkan ‘disclaimer’ bahawa dirinya tidak dibayar untuk mencadangkan produk-produk ini dan dia benar-benar menggunakan.
Selain daripada 5 produk ini, Gigi juga pernah berkongsi mengenai semburan deodoran yang digunakan olehnya daripada BLUME.
Penulis sendiri tidak sabar untuk mencuba cadangan Gigi Hadid ini!
Sebagai seorang model profesional, tentunya dia telah memperolehi pelbagai tip dan trik menjaga kulit daripada pakar serta jurusolek terkenal di backstage.
Mungkin ramai sneakerheads akan bersetuju jika kami katakan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun ialah dua buah negara yang sedang menguasai pasaran kasut jenis sneakers pada masa ini.
Walaupun kedua-dua negara berada jauh di antara satu sama lain, masing-masing agresif mengeluarkan rekaan sneakers terbaik saban tahun.
Jika Amerika Syarikat berbangga dengan jenama klasik dan malar segar seperti Nike, Converse, New Balance, Skechers, Under Armour dan banyak lagi jenama lain, Jepun pula gah dengan jenama-jenama inovatif seperti Asics, Onitsuka Tiger, Mizuno, Comme des Garcons dan sebagainya.
Tetapi, bukan jenama besar ini saja yang menjadi faktor penguasaan AS dan Jepun dalam pasaran sneakers. Ia juga disebabkan oleh kewujudan stor sneakers berskala besar dari AS dan Jepun yang mempunyai puluhan malah ratusan cawangan di serata dunia.
Selama berpuluh-puluh tahun di Amerika Syarikat, stor Foot Locker sudah sebati dalam kalangan pembeli di sana. Di Jepun pula sejak tahun 2000, individu penting di sebalik kenaikan pasaran sneakers di sana ialah Hidefumi Hommyo yang memperkenalkan stor atmos.
Kini dengan lebih 49 buah cawangan fizikal di serata dunia termasuklah 10 buah stor di luar Jepun, atmos sudah menjadi jenama stor sneakers terkenal. Heck, Malaysia juga mempunyai cawangan atmos Kuala Lumpur secara atas talian dan stor fizikal di Suria KLCC.
All in all, baik Foot Locker dan atmos adalah di antara stor penting bagi sneakerheads.
*
Justeru, apabila Foot Locker pada hari ini mengumumkan ia akan membeli saham atmos bernilai USD360 juta, tentulah update ini akan mengubah landskap dunia sneakers.
Pembelian tersebut bukan saja akan menjadikan Foot Locker – sebuah stor dari AS – sebagai kuasa baharu pasaran sneakers Jepun yang dilaporkan bernilai USD6 bilion. Ia juga akan memberi impak kepada cawangan atas talian atmos di benua Asia.
Untuk pengetahuan, Foot Locker kini mempunyai hampir 2000 buah stor fizikal di Amerika Syarikat termasuk beberapa cawangan ‘secondary’ seperti Kids Foot Locker, Champs dan Footaction. Bagaimanapun di benua Asia, Foot Locker hanya mempunyai 20 buah stor fizikal sahaja. Ia membuktikan mereka masih belum benar-benar menguasai pasaran Asia. (1)
Justeru, pembelian atmos oleh Foot Locker dianggap sebagai satu pembelian strategik yang akan melebarkan pengaruh Foot Locker di Aasia, yang juga merupakan zon ekonomi ketiga terbesar dunia. Foot Locker juga akan memiliki kelebihan stor atas talian atmos yang telah menyumbang 60 peratus daripada keuntungan penuh atmos pada tahun 2020.
Okay enough with the economic pointers.
Apabila atmos dibeli oleh Foot Locker, adakah sneakerheads di Asia selepas ini akan lebih mudah mendapatkan stok model-model kasut yang sukar didapati sebelum ini?
TBH, sukar untuk kita jangkakannya. Jika dilihat kepada model sneakers yang diperkenalkan oleh Foot Locker Malaysia sepanjang tahun 2021, jujurnya tidak semua sneakers yang direbut oleh sneakerheads akan dijual di Foot Locker. Kebanyakan yang ada di sana adalah kasut kategori general sale dan bukan edisi terhad mahupun kolaborasi istimewa.
Waktu puncak di Foot Locker pula pada pendapat kami adalah semasa mereka menganjurkan jualan pertengahan serta akhir tahun. Selebihnya, jarang sekali kami melihat ‘sneakers hangat’ ada dijual di Foot Locker Malaysia.
NAMUN, dari sudut positif pula; setelah atmos dibeli Foot Locker, satu berita baik untuk sneakerheads adalah kita boleh jangkakan lebih banyak model kolaborasi yang akan muncul.
atmos terkenal sebagai stor yang ‘rajin’ berkolaborasi dengan jenama-jenama sneakers seperti Nike, adidas dan New Balance. Tahun ini saja, atmos telah melancarkan model kolaborasi seperti Nike Lebron 18 Low ‘Sakura’ & ‘Viotech’, adidas ZX8000 ‘G-SNK4’, New Balance 57/40, adidas ZX ‘Setsubun’ dan beberapa lagi model menarik.
Oleh itu, kami teruja untuk melihat sekiranya budaya kolaborasi ini akan muncul di Foot Locker tidak lama lagi.
Adakah korang teruja seperti kami? Ataupun korang rasakan pembelian atmos oleh Foot Locker ini adalah satu bentuk kerugian kerana ia hanya mengehadkan kepelbagaian stor dalam pasaran sneakers dunia?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...