Pantone Mengumumkan Kuning Dan Kelabu Sebagai Warna Rasmi 2021. Simbolik Yang Melambangkan Kekuatan Dan Harapan.

Share

Setiap tahun Institut Warna Pantone akan mengumumkan warna yang bakal menjadi tema untuk tahun-tahun berikutnya. Jika tahun ini warna biru klasik dipilih untuk melambangkan nilai elegan dan kesederhanaan dalam menempuh sebuah era baru, namun siapa sangka dunia dilanda ‘mendung’ sepanjang tahun disebabkan pandemic Covid-19.

Oleh itu tahun hadapan, rona kelabu dan kuning telah digarap sebagai rona yang melambangkan segala yang perlu dilakukan pasca Covid-19. Rona kuning yang dipangil Illuminating (Pantone 13-0647) dan kelabu yang digelar Ultimate Gray (Pantone 17-5104) dipilih bersama kerana menurut Laurie Pressman, naib presiden Institut Warna Pantone, “Tiada satu warna yang boleh melambangkan maksud kepada keadaan yang berlaku sekarang.

Sumber gambar: via Pantone

“Kita semua sedar yang kita tidak boleh melakukan ini sendirian. Kini kita memiliki kefahaman yang dalam tentang mengapa kita saling memerlukan antara satu sama lain dan pentingnya untuk memiliki sokongan emosi serta harapan.”

Rona-rona ini juga dijangka akan muncul di dalam ekosistem dunia fesyen. Dalam siaran media Pantone yang diuar-uar kepada umum, warna Illuminating yang diselingi oleh sentuhan Ultimate Grey menyampaikan mesej cahaya matahari dan kekuatan. Ultimate Grey memberikan titik pantulan yang hebat dengan Illuminating membawa sedikit kesegaran yang diterapkan pada selendang, kasut, beg tangan, selendang dan baju.

Sumber gambar: via Pantone

Dengan kehadirannya yang bertenaga, gabungan Ultimate Grey dan Illuminating adalah ramuan yang bagus untuk pakaian aktif. Kontras warna antara Illuminating dan Ultimate Grey menambah daya tarikan untuk pakaian luar.

***P/S – So, tahun depan warna baju raya penulis adalah kuning. Sampin pula akan ku pilih warna kelabu. Wait, ruang tamu rumah pun nak tukar warnalah, jadi kuning lembut. Why not kan?

Sumber: Pantone

Published by
Fiezreen