Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan, Mudah La Nak Travel Lepas Ni!

Share

Pengaruh Oppa di Malaysia memang bukan calang-calang. Ada yang memang sanggup travel ke Korea semata-mata terjebak dengan drama dan penyanyi K-Pop yang mereka gilai.

Maklumlah, nak rasai pengalaman sendiri berada di negara K-Pop. Walaupun belakangan ini kecoh apabila ramai juga rakyat Malaysia terkandas di imigresen atas beberapa faktor yang tidak dapat dipastikan, ia tetap tidak menjadi halangan kepada yang lain untuk ke negara itu.

Bagi mereka yang baru pertama kali nak ke Korea,mesti ada masalah dengan pengunaan bahasa di sana. Walaupun mereka juga pandai berbahasa Inggeris. Namun, kita tidak perlu gusar lagi kerana Korea Selatan telah menyokong penggunaan bahasa Melayu.

Ini dapat dilihat melalui beberapa papan tanda di negara itu mempunyai tulisan yang menggunakan bahasa Melayu. Disebabkan ramai rakyat Malaysia berkunjung ke sana, maka tulisan bahasa Melayu turut disenarai pada papan tanda di sana.

Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan


Sumber: FB

Perkara ini dikongsi seorang pengguna Facebook iaitu Zakaria Azizi di Group Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants). Katanya, kebanjiran pelancong Nusantara ke Korea Selatan sejak belakangan ini membuatkan kerajaan sana berbesar hati memasukkan bahasa Melayu pada papan tanda di kawasan tumpuan pelancongan.

Untuk makluman, bahasa Melayu merupakan bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan sebanyak 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuklah pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera. Bahasa Melayu berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia – bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.

Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan

Hal ini menunjukkan penerimaan bahasa Melayu masih meluas walaupun bukan dari negara asal bahasa tersebut. Usaha yang dilakukan kerajaan Korea harus dipuji walaupun penggunaan tatabahasanya kurang tepat namun penyampaiannya masih boleh difahami.

So tiada masalah lagi kalau korang nak melawat dan travel negara Korea Selatan ni. Let la kita ke negara Kpop ni!

Sumber: Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants), Iluminasi

Published by
Nana