Julai lalu, kita baru sahaja mendapat khabar bahawa kesemua suspek yang membuli sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan akan mendapat hukuman gantung dan ini juga sekaligus menunjukkan keadilan telah pun berpihak kepada arwah dan juga keluarganya.
Bukan setakat itu, malah kes arwah Amirul Nashriq juga berkemungkinan akan dibuka semula bagi menuntut keadilan kerana kematiannya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, selain ada juga mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Terbaru, filem thriller suspense berjudul A Place Called Silence yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Sam Quah telah mencipta fenomena luar biasa di China apabila mencatat kutipan sebanyak 1.3 billion RMB (kira-kira RM 815 juta) dan kini ia sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Ogos.
Filem hebat ini bakal mencipta impak besar kepada penonton dan masyarakat kerana ia akan membuatkan penonton berfikir tentang isu-isu yang sering dianggap tabu seperti buli sekolah, keganasan rumah tangga, dan juga pembunuhan bersiri.
Dalam pada itu, Sam Quah juga berjaya mengupas sisi gelap tingkah laku manusia dengan cara yang begitu mendalam, memaksa penonton untuk berdepan dengan kebenaran yang pahit dan sering diabaikan.
Tambahan, filem ini turut menekankan mesej kepada orang ramai apakah yang akan berlaku sekiranya tindakan berdiam diri dilakukan sehingga memudaratkan mangsa dan A Place Called Silence mengisahkan tentang siri pembunuhan berantai yang menakutkan bermula sejak kematian tragis seorang pelajar akibat perbuatan buli berterusan.
Plot filem ini memfokuskan kepada Lin Zai Fu (dibintangi oleh Wang Chuan Jun), seorang penjaga sekolah dan bapa kepada Hui Jun (dibintangi oleh Josie Xu), seorang pelajar yang kehilangan nyawanya akibat buli sekolah.
Disebabkan rasa dendam oleh kematian anaknya, Zai Fu bertindak membalas dendam bukan sahaja kepada pembuli tetapi juga terhadap orang mendiamkan diri dengan membiarkan kekejaman itu berlaku.
Ads
Dalam waktu yang sama, Li Han (dibintangi oleh Ning Chang) merupakan ibu Xiao Tong yang hidup dalam keadaan tertekan tetapi memilih untuk terus berdiam diri walaupun menyaksikan penderitaan anak perempuannya dibuli sekolah sehingga pada satu hari kes kehilangan pelajar seorang demi seorang turut melibatkan anaknya berlaku.
Sementara itu, pegawai polis Dai Guo Dong (Francis Ng) yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini akan menunjukkan bagaimana satu demi satu siri cerita dikembangankan melalui filem ini, pastinya akan membuatkan jiwa penonton lebih ‘meronta’!
Selepas menempa kejayaan besar di China, filem A Place Called Silence mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula pada 8 Ogos. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang penuh emosi ini dan katakan tidak kepada keganasan dan buli!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum album studio ketujuh Taylor Swift yang berjudul Lover bakal menemui para peminat.
Kebelakangan ini juga, penyanyi lagu Me itu turut memberi hint kepada peminat yang juga dipanggil Swifties mengenai lagu di dalam album tersebut.
Terbaru, Taylor berkongsi satu foto di laman instagramnya seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa dia akan berkolaborasi dengan teman baiknya, Selena Gomez dan bekas musuh, Katy Perry.
Dalam foto tersebut dilihat ada perkataan cats dikatakan ada kaitan dengan peminat penyanyi lagu I Kiss A girl iaitu KatyCats.
Sementara itu, peminat mengaitkan penyanyi lagu Love You Like A Song itu dengan perkataan ‘fearless’ memandangkan Selena juga menggunakan perkataan tersebut di bio Instagramnya.
Setakat ini, Taylor tidak memberikan apa-apa pengesahan mengenai perkara tersebut. Album itu bakal keluar pada 23 Ogos ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Istana Budaya berubah imej sepanjang persembahan Ella Unplugged in Kuala Lumpur malam semalam. Mana tidaknya, Ella membawa Istana Budaya ke era 80an dimana muzik Rock menjadi kegilaan. Persembahan yang berdurasi selama 2 jam itu, dibahagikan kepada 3 segmen Peace (Akustik), Love (Asli), dan Rindu (Rock and Roll).
Jika diberi nama unplugged, pasti persembahan bercirikan akustik bukan? Tapi tidak pada Ella, pada segman akhir, Ella membawa rakan seperuangannya seperti LORD, Edrie Hashim ke pentas Istana Budaya sambil mengimbau kembali kenangan dengan gesekkan gitar lagu Dua Insan, Puteri Kota, Kesal, Bayangan, Gerimis Cinta dan Gemilang dan banyak lagi.
Usia Ratu Rock itu bukan penghalang untuk beraksi lincah di atas pentas. Meskipun sudah bergelar isteri, malah berhijab, namun showmanship wanita itu tidak sedikit pun kurang. Suara Ella masih maintain persis 20 tahun lepas. Kagum betul peminat-peminat Ella tengok semalam.
Tak senang duduk peminat yang berada di dalam Panggung Sari Istana Budaya. Rasa macam nak bangun dan turut headbanging. Tahniah REMAJA uacpkan kepada Projekt Ella Sdn Bhd, dan seluruh team produksi kerana mengembalikan zaman kegilangan Ratu Rock Malaysia.
Tiket masih lagi dijual untuk malam ini dan malam esok. Ella Unplugged in Kuala Lumpur berkampung di Istana Budaya selama 3 hari! Pada yang telepas malam semalam, tiket masih dijual di kaunter Istana Budaya malam ini dan malam esok.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian tersebut secara tidak langsung telah menarik perhatian warganet yang turut menzahirkan rasa kagum dengan kasih sayang usahawan Rumah Terapi Alam itu terhadap anaknya.
Memaklumkan hampir enam tahun beliau tidak membeli kereta baharu, Rozita memaklumkan ganjaran tersebut hanya diberikan selepas si anak membuktikan kejayaan.
Selain demi memastikan puterinya mudah berulang-alik ke universiti, Bonda Rozita berkunjung ke bilik pameran kenderaan untuk mencari kenderaan yang sesuai buat Ain.
“Saya bukan suka kereta yang high perfomance. Saya suka pelaburan dan hartanah sahaja. Untuk Ain, saya belikan Mercedes-Benz dan suruhnya cuba masuk ke dalam Lamborghini.
“One day, maybe Ain boleh beli Lamborghini harga RM3.5 juta. Jadikan ia sebagai satu peperiksaan dan explore diri boleh capai atau tidak?
“Jika Ain boleh capai, itu sebagai reward diri. Mommy beri target value bisnes. Saya tidak akan beri hadiah mewah selagi tidak membuktikan kepada saya,” katanya.
Pada masa sama, beliau menitipkan nasihat buat Ain agar tidak terus terleka dan terus memajukan diri.
“Pesan saya kepada Ain, orang hebat mindset seperti roket. Suka membuat perubahan diri, suka duit dan pencapaian. Perlu selalu upgrade semangat dan cita-cita. Jangan jadi seperti orang yang sama sampai mati!” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi peminat K-Pop, sudah pasti ramai yang mengetahui penyanyi sensasi, G-Dragon bakal melakukan konsert jelajah dunia solo Übermensch di beberapa destinasi termasuk Kuala Lumpur,...