Percubaan kenderaan yang ‘menyelit’ di tol plaza sebelum palang diturunkan semata-mata demi mengelak daripada membayar cas tol bukanlah satu perkara asing di lebuh raya Malaysia.

Perbuatan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja dilakukan pemandu kereta bahkan juga oleh penunggang motosikal yang degil inginkan jalan mudah dan mengambil laluan tol kenderaan bertayar empat.

Mereka tidak sedar bahana yang diletakkan ke atas diri sendiri sekiranya mereka tidak mampu mengelak daripada palang tol biarpun sudah mengikut rapat kenderaan di hadapan.

Papar Nombor Plat Kereta , Hati-Hati Yang Suka ‘Menyelit’ Tak Mahu Bayar Tol

Sekiranya pemandu gagal untuk ‘mengagak’ jarak dengan tepat atau lebih malang lagi, jika kereta di hadapan menekan brek kecemasan.. tidak fasal-fasal mereka sudah ‘menyondol’ dan berlakulah pelanggaran.

Ads

Menyusahkan orang betul!

Nasib baiklah kini wujud teknologi seperti dashcam yang boleh merakam bukti golongan ‘penyelit’ ini.

Baca Artikel Berkaitan : Dash Cam Terbaik Untuk Kereta Korang, Bajet Bawah RM150

Ads

Syarikat konsesi yang mengendalikan tol plaza di seluruh negara juga semakin bijak dan berani memaparkan senarai nombor plat kenderaan yang melanggar etika melalui paparan sistem kamera litar tertutup (CCTV) canggih.

Tinjauan REMAJA semasa melalui plaza tol Guthrie berdekatan Bukit Jelutong baru-baru ini menemui sekeping kertas yang menyenaraikan nombor plat kenderaan ‘penyelit’. Sebelum ini, ia pernah tular di media sosial dan terbukti, ia bukanlah omong semata.

Ia benar-benar ditampal untuk memberi amaran kepada pengguna lebuhraya yang merancang melepasi plaza tol tanpa membayar. Malu dapat, dakwaan di sisi undang-undang pun dapat. Aduh..

Ads

Papar Nombor Plat Kereta , Hati-Hati Yang Suka ‘Menyelit’ Tak Mahu Bayar Tol

Carian REMAJA di bahagian komen menemui perkongsian tip sekiranya berdepan golongan ‘penyelit’.

Syor warganet, apa kata korang perlahankan kenderaan selepas membayar dan semasa keluar daripada tol plaza jika korang diikut rapat oleh kenderaan di belakang. Melalui cara ini, pengimbas dapat merakamkan tindak-tanduk kenderaan tersebut agar mereka tidak terlepas.

Bagus juga inisiatif ini. Barulah si ‘penyelit’ gusar dan tahu makna tanggungjawab serta etika.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI