Kes rogol dan bunuh yang melibatkan pramugari Philippine Airlines itu telah tersebar meluas sehingga ke media di Malaysia memandangkan keadilan masih belum dapat ditegakkan.
Sedikit info mengenai Christine; gadis jelita ini berasal dari General Santos City, Filipina dan merupakan anak kedua daripada 2 orang adik-beradik.
Setelah memperolehi sijil sarjana muda dengan kepujian dari University of the Philippines Mindanao di Davao City, dia berpindah semula ke Manila untuk bertugas sebagai seorang pramugari bersama Philippine Airlines.
Kini dengan pembongkaran kes rogol dan bunuh yang menimpa Christine, ia telah menyemarakkan rasa amarah di kalangan masyarakat rantau ini memandangkan status semasa kes tersebut seakan samar-samar.
Pihak polis dilaporkan telah mengeluarkan maklumat yang tidak lengkap dan proses autopsi juga seakan-akan telah dilambat-lambatkan.
Selepas mereka mereman 3 orang suspek daripada 11 orang lelaki yang imejnya telah tersebar kepada pengetahuan orang ramai, polis membuat kenyataan bahawa kes ini telahpun ‘selesai’.
Apa Sebenarnya Yang Terjadi Pada 31 Disember 2020?
Menurut laporan awal, Christine kali terakhir dilihat berada di kawasan awam semasa sedang mendaftar masuk ke City Garden Hotel di Makati City bersama 3 lagi kawan lelakinya ke bilik bernombor 2209. Mereka dikenali sebagai Rommel Galida, Gregorio Angelo Rafael de Guzman dan John dela Serna.
Ketiga-tiga lelaki ini dikatakan merupakan kawan homoseksual Christine dan baru saja bertemu dengan mangsa pada 31 Disember lalu.
Semasa mereka menyambut tahun baru 2021, lebih ramai kawan lelaki kepada kawan mereka ini menyertai grup tersebut di bilik hotel. Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya 9 orang lelaki lain berada di situ, membuatkan Christine dikelilingi oleh 12 orang lelaki, minimum.
Menurut peguam kepada keluarga Christine, 9 orang lelaki tadi dikatakan datang dari bilik bertentangan (bernombor 2207). Kali terakhir keluarganya mendapat panggilan daripada Christine adalah pada jam 12.30 tengah malam selepas tahun baru.
Dia tidak dapat dihubungi 10 jam kemudian.
Ads
Keadaan Tak Sedarkan Diri Dalam Tab Mandi
Rakan Christine, Rommel Galida menemui Christine pada jam 10 pagi di dalam tab mandi bilik hotel mereka dalam keadaan tertidur. Dia kemudian memeriksa semula Christine pada tengah hari itu dan mendapatinya sudah kelihatan tenat. Tiga lelaki tersebut terus memanggil bantuan kecemasan. Bantuan CPR diberikan oleh Gregorio tanpa jaya.
Christine dibawa terus ke Makati Medical Center dan disahkan telah meninggal dunia setelah tiba di sana.
Pada waktu tersebut, kesemua 9 orang lelaki lain yang berada di bilik hotel itu telah lama menghilangkan diri.
Buat masa ini, antara kesan yang dilaporkan berada pada tubuh mangsa adalah kesan lebam dan kecederaan pada kaki Christine, namun laporan penuh masih belum diterima daripada pakar.
*
Ads
Implikasi daripada kejadian ini, 11 orang lelaki telah dikenal pasti sebagai suspek di bawah pertuduhan rogol dan bunuh selepas menemui kesan sperma dalam kemaluan mangsa tanpa perlu menunggu laporan autopsi. 11 orang itu termasuklah 3 orang lelaki asal yang bersama-sama dengan Christine.
(Dari Kiri): Rommel, John Reyes, John Paul, Gregorio, Louie & Clark..
(Dari Kiri): Rey, Mark, Jammyr, Valentine dan Eduard..
Dari pihak keluarga Christine pula, mereka berkata laporan autopsi oleh PNP mengenal pasti koyakan pada bahagian jantung dan itu yang mengakibatkan kematiannya. Bagaimanapun, laporan itu masih belum lengkap dan mereka masih perlu menunggu satu lagi autopsi untuk disiapkan.
Kini, ramai tertanya-tanya bagaimanakah Christine boleh berada di dala tab mandi. Dan apa sebenarnya yang terjadi dari jam 12.30 malam itu hingga jam 10 pagi kemudian?
Buat masa ini, pihak polis sedang mencari lebih banyak suspek yang masih belum menyerah diri.
Di media sosial seperti YouTube pula, lebih banyak akaun yang telah memuat naik foto dari kamera keselamatan CCTV hotel tersebut; seperti di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini hari terakhir kita di bulan Ramadan. Ternyata Ramadan begitu cepat berlalu pergi dan tidak tahu adakah kita berpeluang dapat melaluinya lagi atau tidak pada tahun hadapan.
Sebagaimana kita tahu, Ramadan ada bulan penuh kerahmatan, keampunan serta penuh keredhaan. Beruntung bagi jiwa-jiwa yang memahami pegertian Ramadan ini sebenar-benarnya. Kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu kerana sebagai umat akhir zaman, usia kita jauh lebih pendek sekitar 65 tahun berbanding umat terdahulu yang hidup 1000 tahun. Beruntung bagi mereka yang merasai nikmat Lailatul Qadar iaitu malam lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan esok hari raya Aidilfitri, mulai malam ini kita akan bertakbir selepas selesai menunaikan solat fardu Maghrib. Jika di kampung, kita dapat menyaksikan tradisi kunjung mengunjung di setiap rumah tetapi tahun ini kita boleh lakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja iaitu di kediaman kita sendiri susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagi yang pertama kali nak buat tu terutama kalangan remaja, ini bacaan lengkap ya untuk korang hafalkan beserta maksudnya.
Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya, Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan petang
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci.
Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri; Benar janjinya, menolong hambanya, memulihkan tenteranya dan mengusir musuh-musuh (Nabi)nya sendirian.
Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.
Ini maksud di sebalik takbir kita laungkan
Ramai antara kita bertanya, apa maksud di sebalik takbir kita laungkan.
Sebenarnya ada pelbagai amalan yang digalakkan untuk kita lakukan sebagai bukti tanda bersyukur kita kepada Allah SWT. Antara amalannya ialah takbir raya yang membawa maksud kita mengagungkan akan kebesaran Allah dengan zikir tertentu.
Amalan takbir raya ini kita lakukan bagi menzahirkan rasa syukur kerana atas keizinan Allah SWT memberi kita peluang untuk beribadah sepanjang bulan mulia ini. Ia antara syiar yang disunatkan untuk kita laksanakannya.
Selain itu antara kepentingan takbir raya juga adalah sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan. Ia juga menjadi lambang penyatuan ummah kerana umat islam melaungkan takbir ini di seluruh dunia. Mendengar laungan takbir ini juga mampu menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk saling bermaafan serta penyubur ukhwah dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan sesame umat Islam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu klip berdurasi 36 saat baru-baru ini menjadi tular di media sosial dan diperbualkan oleh warganet.
Klip tersebut menunjukkan kehadiran Pangeran Abdul Mateen Bolkiah di sebuah majlis bersantap lengkap dalam persalinan baju Melayu biru gelap.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah kemunculan seorang gadis jelita yang dilihat berjalan sedikit di belakang Pangeran Mateen hingga ke bahagian dalam dewan dan seterusnya mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Pangeran Mateen.
Klip ini sekaligus menimbulkan persoalan di hati remaja perempuan seluruh negara; siapakah gadis tersebut dan apakah hubungannya dengan Pangeran Mateen?
— ˢᵒᵐᵉ ᵖᵒˢⁱᵗⁱᵛⁱᵗʸ ᶠᵒʳ ʸᵒᵘʳ ᵗⁱᵐᵉˡⁱⁿᵉ (@sosmedlembut) July 4, 2021
Pertama sekali, klip tersebut telah dipotong pendek daripada video asal berdurasi lebih 8 minit.
Ia telah dirakam sempena majlis persandingan pasangan pengantin Abhar dan Farah di Dewan Utama Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong pada 6 Julai 2019.
Oleh itu, ia adalah klip lama yang kembali ditularkan.
Mengenai gerangan gadis yang kelihatan sepanjang video itu pula, ia sebenarnya telah menjadi topik perbualan ramai sebelum majlis persandingan itu lagi. Jadi, siapakah si cantik manis ini?
Gadis ini tidak lain tidak bukan ialah Anisha Isa-Kalebic.
Ada yang mengatakan Anisha ialah sepupu kepada Pangeran Mateen. Ada juga yang berkata mereka berdua telah berkawan rapat sejak kecil lagi. Well, kami tidak dapat mengesahkan kedua-dua kenyataan ini.
Bagaimanapun, berikut adalah beberapa info yang boleh kita hadam mengenai Anisha.
Menurut sumber yang selalu melaporkan perihal keluarga diraja Brunei, Anisha ialah cucu kepada Pehin Dato Haji Isa yang merupakan salah seorang penasihat kepada paduka ayahanda Pangeran Mateen; yakni Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Sebelum korang sakan mencari akaun Instagram-nya, gadis yang menetap di Bath, United Kingdom ini tidak lagi memilikinya walaupun dahulu pernah mencipta akaun bernama @anishaik.
Dahulunya, Anisha akan memuat naik foto yang menampakkan kejelitaan aslinya tanpa solekan tebal dan karakternya cukup elegan serta sofistikated; persis seorang bakal puteri diraja. Kami pantas teringatkan karakter Duchess of Cambridge, Kate Middleton sebelum mengahwini Putera William pada tahun 2011.
Seperkara lagi yang menarik tentang Anisha adalah dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Danial Isa yang dikhabarkan bersahabat baik dengan Pangeran Mateen.
Apapun perhubungan yang mungkin (atau mungkin tidak) terjalin di antara Pangeran Mateen dan Anisha Isa-Kalebic, apa yang pasti, mereka berdua amat sepadan bersama ibarat pinang dibelah dua.
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap sekumpulan individu yang didakwa memukul seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu, baru-baru ini.
Menurut Intan, kejadian tersebut adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku. Dalam satu hantaran di Instagram, dia menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperasaan.
“Ya Allah, sakit dada tengok video ini. Teringat ayah sendiri.
“Kalau pun pak cik ini salah, kalian semua tiada hak nak pukul, tendang dekat muka, seret dan pijak dia. Kejam. Mana ihsan kalian sesama manusia?” tulisnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut berharap agar lelaki tersebut mendapat keadilan, dan pelaku diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
“Tak mengapa. Allah Maha Adil. Semoga yang pukul pak cik ini semua akan dapat balasan setimpal. Sumbat semua dalam lokap.
“Yang pukul ini semua terpaling hebat. Dengan mak cik mulut puaka itu semua sekali, semoga Allah beri balasan pada kalian semua, amin,” katanya lagi.
Sekadar info, satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian di mana seorang lelaki OKU dipukul dan disepak oleh beberapa individu yang dipercayai peniaga dan pelanggan di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.
Kejadian itu dikatakan berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa didakwa terlanggar sebuah gerai, menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.
Rentetan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar mengesahkan tiga lelaki, termasuk seorang peniaga, telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut. Kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 60 tahun itu ditahan baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...