Nama Christine Angelica Dacera, 23 kini meniti di bibir penduduk Filipina.
Kes rogol dan bunuh yang melibatkan pramugari Philippine Airlines itu telah tersebar meluas sehingga ke media di Malaysia memandangkan keadilan masih belum dapat ditegakkan.
Sedikit info mengenai Christine; gadis jelita ini berasal dari General Santos City, Filipina dan merupakan anak kedua daripada 2 orang adik-beradik.
Setelah memperolehi sijil sarjana muda dengan kepujian dari University of the Philippines Mindanao di Davao City, dia berpindah semula ke Manila untuk bertugas sebagai seorang pramugari bersama Philippine Airlines.
Kini dengan pembongkaran kes rogol dan bunuh yang menimpa Christine, ia telah menyemarakkan rasa amarah di kalangan masyarakat rantau ini memandangkan status semasa kes tersebut seakan samar-samar.
Pihak polis dilaporkan telah mengeluarkan maklumat yang tidak lengkap dan proses autopsi juga seakan-akan telah dilambat-lambatkan.
Selepas mereka mereman 3 orang suspek daripada 11 orang lelaki yang imejnya telah tersebar kepada pengetahuan orang ramai, polis membuat kenyataan bahawa kes ini telahpun ‘selesai’.
Apa Sebenarnya Yang Terjadi Pada 31 Disember 2020?
Menurut laporan awal, Christine kali terakhir dilihat berada di kawasan awam semasa sedang mendaftar masuk ke City Garden Hotel di Makati City bersama 3 lagi kawan lelakinya ke bilik bernombor 2209. Mereka dikenali sebagai Rommel Galida, Gregorio Angelo Rafael de Guzman dan John dela Serna.
Ketiga-tiga lelaki ini dikatakan merupakan kawan homoseksual Christine dan baru saja bertemu dengan mangsa pada 31 Disember lalu.
Semasa mereka menyambut tahun baru 2021, lebih ramai kawan lelaki kepada kawan mereka ini menyertai grup tersebut di bilik hotel. Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya 9 orang lelaki lain berada di situ, membuatkan Christine dikelilingi oleh 12 orang lelaki, minimum.
Menurut peguam kepada keluarga Christine, 9 orang lelaki tadi dikatakan datang dari bilik bertentangan (bernombor 2207). Kali terakhir keluarganya mendapat panggilan daripada Christine adalah pada jam 12.30 tengah malam selepas tahun baru.
Dia tidak dapat dihubungi 10 jam kemudian.
Rakan Christine, Rommel Galida menemui Christine pada jam 10 pagi di dalam tab mandi bilik hotel mereka dalam keadaan tertidur. Dia kemudian memeriksa semula Christine pada tengah hari itu dan mendapatinya sudah kelihatan tenat. Tiga lelaki tersebut terus memanggil bantuan kecemasan. Bantuan CPR diberikan oleh Gregorio tanpa jaya.
Christine dibawa terus ke Makati Medical Center dan disahkan telah meninggal dunia setelah tiba di sana.
Pada waktu tersebut, kesemua 9 orang lelaki lain yang berada di bilik hotel itu telah lama menghilangkan diri.
Buat masa ini, antara kesan yang dilaporkan berada pada tubuh mangsa adalah kesan lebam dan kecederaan pada kaki Christine, namun laporan penuh masih belum diterima daripada pakar.
*
Implikasi daripada kejadian ini, 11 orang lelaki telah dikenal pasti sebagai suspek di bawah pertuduhan rogol dan bunuh selepas menemui kesan sperma dalam kemaluan mangsa tanpa perlu menunggu laporan autopsi. 11 orang itu termasuklah 3 orang lelaki asal yang bersama-sama dengan Christine.
(Dari Kiri): Rey, Mark, Jammyr, Valentine dan Eduard..
Dari pihak keluarga Christine pula, mereka berkata laporan autopsi oleh PNP mengenal pasti koyakan pada bahagian jantung dan itu yang mengakibatkan kematiannya. Bagaimanapun, laporan itu masih belum lengkap dan mereka masih perlu menunggu satu lagi autopsi untuk disiapkan.
Kini, ramai tertanya-tanya bagaimanakah Christine boleh berada di dala tab mandi. Dan apa sebenarnya yang terjadi dari jam 12.30 malam itu hingga jam 10 pagi kemudian?
Buat masa ini, pihak polis sedang mencari lebih banyak suspek yang masih belum menyerah diri.
Di media sosial seperti YouTube pula, lebih banyak akaun yang telah memuat naik foto dari kamera keselamatan CCTV hotel tersebut; seperti di bawah.