Jiwa kami masih belum berganjak daripada temasya Sukan Paralimpik yang baru melabuhkan tirainya semalam.
Ini setelah Malaysia menggondol dua pingat terakhir dari Tokyo 2020 yang kebetulan merupakan pingat emas kedua dan ketiga negara pada edisi kali ini.
Bercakap mengenai pingat emas kedua tersebut yang dimiliki oleh pemain badminton negara Cheah Liek Hou, kemenangan tersebut cukup istimewa buatnya dan Malaysia.
Bukan saja pemain berusia 33 tahun itu menjadi pemenang badminton perseorangan pertama dalam sejarah penganjuran Sukan Paralimpik memandangkan ini adalah kali pertama sukan badminton dipertandingkan di temasya terbabit.
Kejayaan ini bertambah manis apabila ia dikongsi bersama jurulatih beliau, Rashid Sidek yang juga pernah bergelar pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996 dalam acara perseorangan lelaki.
Pada waktu itu, Rashid Sidek menjadi pemain perseorangan pertama Malaysia untuk memenangi pingat menerusi sukan badminton di Sukan Olimpik.
Ads
Wow, sejarah sememangnya boleh berulang! Kedua-dua jaguh ini berjaya melakukan ‘the unthinkables’ untuk pemain generasi akan datang contohi.
Untuk pengetahuan, sebelum menjadi jurulatih Liek Hou bermula tahun 2019, Rashid Sidek pernah melatih bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
“Sebagai jurulatih yang dapat ‘memberi’ seorang pemain pingat emasnya di Sukan Paralimpik, bagi saya ia adalah satu pencapaian yang membanggakan untuk saya. Saya dah nak dekat ( untuk menangis) tapi saya tahan (ketawa). Tapi memang ada rasa sebak.
“Dia mengharapkan pingat emas. Saya pun sebagai jurulatih mengharapkan kejayaan pada anak buah saya,” katanya dalam temubual bersama Astro Arena.
Ads
Liek Hou sendiri menyifatkan kemenangan ini adalah milik bersama jurulatihnya.
“Tak ada dia, saya tidak akan sampai ke tahap begitu bagus.”
“Setelah menang, saya hanya ingin lepaskan tekanan (lalu beliau menjerit kepuasan di tepi gelanggang). Saya cuma ingin pergi ke (Rashid) dan berterima kasih kepadanya,” kata Liek Hou.
*
Dalam pada itu, Rashid Sidek turut merakamkan momen istimewa kelmarin. Tanpa dirancang, beliau sempat melakukan ‘reunion’ dengan rakan podium lama beliau di Tokyo 2020.
Ads
Setelah 25 tahun berlalu, kelmarin beliau bertemu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Atlanta 1996, Paul-Erik Hoyer dari Denmark dan naib juara pada waktu itu, Dong Jiong dari China! Pada waktu itu, Rashid tewas kepada Dong Jiong di peringkat separuh akhir namun menebus kekecewaan dengan mengenepikan pemain Indonesia, Hariyanto Arbi untuk memiliki pingat gangsa.
Masing-masing nampaknya telah memainkan peranan di Sukan Paralimpik kali ini.
Hoyer yang kini merupakan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) merupakan individu penting dalam memastikan sukan badminton membuat ‘debut’ di Tokyo 2020. Sementara itu, Dong Jiong kini bergelar jurulatih badmintin sama seperti Rashid.
“Amat istimewa apabila kami bertiga dapat berada di sini; masing-masing mempunyai peranan istimewa dalam acara para badminton. Banyak telah berubah, rambut sudah beruban dan macam-macam lagi. (ketawa)
“Ini adalah tugas baru untuk saya (sebagai jurulatih para) dan saya gembira dapat berkongsi ilmu serta pengalaman dengan pemain muda sambil menaikkan standard sukan para badminton,” katanya kepada BWF.
Nampaknya perbuatan “bodoh” dua pemuda yang dilihat sengaja memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin basuh memerangkap diri sendiri.
Perbuatan kejam tidak masuk akal yang berjaya dirakam melalui CCTV di kedai dobi berkenaan menyaksikan perbuatan kejam dua pemuda yang dengan selamba menangkap seekor ibu kucing bunting yang sedang berehat di bawah meja berkenaan.
Tanpa ada perasaan belas dengan haiwan bunting itu, seorang darinya dilihat menjinjit kucing berkenaan ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi, mengambil pakaiannya dan kemudian berlalu pergi mendapat kecaman luar biasa dari orang ramai yang mahu perbuatannya itu dihukum.
Bukan itu saja, Persatuan Haiwan Malaysia sudah membuat laporan polis berkaitan kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan yang tidak berdosa ini.
Dalam satu kenyataan, Animal Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor.
Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi ini dan tinggal berhampiran kedai dobi. Manakala ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut.
Namun amat menyedihkan apabila ibu Kucing malang berserta anak dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi hari Selasa 11 September 2018. Perilaku kejam ini tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukanlah menzahirkan budaya Malaysia yang penuh harmonis dan lemah lembut.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Diharapkan pelaku dijatuhi hukuman setimpal kelakuan zalim di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Bukti rakaman CCTV dan beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan wajah pelaku telah dirakamkan dan diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sehingga terhukumnya pelaku.
Ingatan buat orang ramai khususnya para remaja, adakalanya kita menyangka perbuatan itu boleh membuat hati kita riang tertawa tetapi natijah di sebalik perbuatan kejam ini tidak seharusnya berlaku dan dilakukan.
Merafak sembah dan ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-50 , Tengku Permaisuri Norashikin!
Sentiasa tampil anggun dalam apa jua gaya, siapa sangka permaisuri kesayangan rakyat Selangor lahir pada 4 June 1971 dan kini sudah pun mencapai usia 50 tahun. TAPI, baginda permaisuri langsung tidak kelihatan dimamah usia dan kekal awet muda.
Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, ucapan tahniah dan selamat lahir dititipkan dengan memuat naik beberapa keping gambar Tengku Permaisuri Norashikin sehingga menarik perhatian warganet.
“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan…
“…dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” tulis ucapan tersebut.
Meninjau ke ruangan komen rata-rata posting ini dihujani ucapan netizen yang mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat hari lahir kepada Tengku Permaisuri Norashikin.
Tak kurang juga yang tidak percaya dengan usia Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak kelihatan seperti 50 tahun sebaliknya dipuji awet muda seperti umur 30-an.
Sebagaimana kita tahu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memang cantik dan ayu dari dulu lagi. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah. Daulat Tuanku!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya nama beliau tidak perlu perkenalkan lagi, sebut sahaja Ebit Lew, pasti semua rakyat Malaysia sudah mengenali sosok tubuh pendakwah dan aktivis bebas ini bukan?
Beliau cukup terkenal dengan sifat dermawan dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak tanpa mengira kerakyatan, agama dan bangsa.
Namun jika sebelum ini beliau banyak melakukan ativiti kebajikan didalam negara, terbaru pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan untuk beberapa keluarga mangsa tragedi kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia (TNI).
Menerusi perkongsian di laman media sosialnya, Ebit Lew telah mengambil keputusan untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada beberapa keluarga mangsa kapal selam tersebut dengan satu jumlah yang agak besar.
Isteri Sebak
Menurutnya lagi, titik permulaan hatinya terdektik mahu menghulurkan bantuan kepada mereka adalah ketika isteri ustaz Ebit melihat berita dan sebak mendengar khabar duka dari negara jiran itu. Ebit Lew juga memaklumkan beliau memaklumkan akan memberi RM25,000 atau lebih kurang Rp17,000,000 kepada 5 buah keluarga.
Selain daripada itu, Ustaz Ebit juga berpeluang membuat panggilan video bersama keluarga salah seorang daripada mangsa iaitu isteri Serda Diyut Subandriyo.
Beliau dapat berhubung dengan ahli keluarga Serda Diyut atas bantuan daripada satu badan bukan kerajan (NGO) Indonesia iaitu Aksi Cepat Tanggap bagi membolehkannya bertanya khabar serta memaklumkan bantuan yang ingin diberi.
Susulan daripada itu, rata-rata warganet meninggalkan komen memuji dan respect dengan tindakan Ebit Lew ni.
Apa-apapun, semoga kesemua ahli keluarga 53 kru kapal yang terkorban agar terus kuat serta tabah menempuh kehidupan yang mendatang. Semoga kisah yang dipaparkan oleh Ustaz Ebit kali ini membuka mata dan hati individu lain untuk turut sama memberikan bantuan jika berkemampuan.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...