Paras Air Laut Lagi Tinggi Dari Darat, Jakarta Dijangka ‘Karam’ 2023?

Share

Laman media sosial ketika ini, hangat menjadi bualan warganet apabila satu video tular yang memaparkan paras air laut di Jakarta dikatakan semakin meningkat.

Menerusi satu hantaran klip video yang dimuat naik di laman TikTok @akuajaibbb, dilihat paras air laut tersebut telah melepasi separuh daripada ketinggian tembok di sebelah kawasan pejalan kaki yang menjadi laluan penduduk setempat.

Dek kerana itu juga, di tambah pula dengan cuaca yang tidak menentu pada waktu ini, penduduk di sekitar Jakarta turut berkongsikan beberapa klip video menunjukkan kawasan tersebut mengalami air takungan yang deras.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuala Lumpur Bakal Pegang Gelaran ‘Kota Tenggelam’ Seperti Jakarta?

Menjengah ke ruangan, rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang apabila melihat keadaan paras air laut di ibu kota Indonesia semakin meningkat. Selain ada juga yang menitipkan doa agar tidak berlaku perkara yang diingini, yang dapat membahayakan keselamatan penduduk di bandar itu.

Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengumumkan pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur berikutan faktor bencana seperti banjir dan gempa bumi serta populasi penduduk melebihi 10 juta. Ia bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat.

Selain itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden juga pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ibu kota Indonesia itu berpotensi untuk tenggelam dalam tempoh 10 tahun akan datang akibat kesan daripada pemanasan global.

Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, tembok konkrit yang dibina sepanjang 24 kilometer (KM) semakin merekah dek kerana arus air yang deras, menyebabkan air mula memasuki kawasan yang berisiko tinggi untuk banjir.

Darurat iklim itu merisaukan ramai pihak kerana kebarangkalian untuk bandar pesat itu tenggelam sepenuhnya sebelum tahun 2030 selepas melihat peningkataan paras air yang semakin membimbangkan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Pexels Maria Lovnevaya & Tom Fisk

Published by
Fath