Kita sering terbaca rungutan dikongsikan di media sosial mengenai syarikat kurier lambat membuat hantaran barang walau penjual sudah memaklumkan ia sudah lama dihantar. Masa yang sama, ada juga barangan yang kita poskan sampai lambat kepada penerima hingga menyukarkan andai bungkusan itu penting.
ARTIKEL BERKAITAN : Parcel Tak Sampai-Sampai, Wanita Ini Dedah Keadaan Gudang Syarikat Kurier J&T Kucar Kacir
Jangan tak tahu ya, rupanya kita boleh laporkan aduan ke SKMM bila barang pos lambat sampai.
Sebenarnya kalau korang beli barang online, tapi barang korang asyik kena sidai kena peram dengan courier tu, korang boleh buat aduan tau!
Kadang tu dah la peram lama, pastu barang tu tetiba hilang la rosak la. So buat je aduan terus.
1. Bukak website ni > Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
2. Click ‘ADUAN BARU’ & isi details tu macam ni.
3. Isi details korang dekat ‘Maklumat Pengadu’.
4. Isi ‘Maklumat Aduan’.
Tulis je semua benda yang korang tak puas hati kat situ.
5. Dekat part ‘Lokasi Masalah’ tu masukkan je area tempat korang tu kat mana.
6. Upload bukti yang korang ada untuk kukuhkan lagi aduan korang tu.
Boleh upload screenshot tracking barang tu ataupun kalau ada audio voice dengan customer service courier tu ke upload je.
7. Tick dekat part pengesahan tu & click ‘Hantar/Submit’.
Senang je kan? Jangan lupa share thread ni dekat orang lain yang maybe tak tahu yang kita boleh aduan sebenarnya dekat SKMM kalau ada masalah dengan syarikat courier.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Twitter Anisssurayaaa
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.