Viral di media sosial apabila terdapat lambakan parcel yang belum sempat dihantar gara-gara permintaan menghantar bungkusan sepanjang PKP dikatakan naik mendedak dek kerana ramai yang membeli secara online.
Sumber Gambar : Pexels
Syarikat kurier J&T Express sekali lagi dilaporkan mengalami masalah apabila perkara itu didedahkan melalui satu perkongsian yang dibuat pengguna Facebook sejak semalam serta komen-komen yang ditinggalkan di kiriman Facebook Makaner
Menurut hantaran Facebook yang bernama Nur Sirah, beliau ingin mendapatkan barang pesanan miliknya yang telah kelewatan untuk diterima selama 6 hari. Ini berlaku di gudang milik syarikat itu di Sri Kembangan.
Gadis ini sempat menasihatkan agar menghentikan dahulu mengunakan perkhidmatan j&t di kawasan Selangor. Tambahan lagi, banyak barangan penghantaran telah tersadai dan staff juga ramai tak ada. Staff yang tinggal juga melaporkan menerima mengalami gangguan sistem.
Luahan Hati Pekerja J&T
Namun, beberapa hari lepas seorang pekerja syarikat kurier terkemuka di Malaysia ini telah mendedahkan masalah dalaman yang dialami oleh J&T EXPRESS !!
Sumber Gambar : The Star
Baca perkongsian di bawah :
Ads
J&T EXPRESS !!
pihak J&T 2021 januari sudah mula menggila sekali lagi terhadap staff pekerja dengan memotong cara mendapatkan komisen.
pihak J&T sudah mengatur langkah dengan membuang elaun komisen runner start bulan januari, maksudnya jika barang tak capai 1200 penghantaran, elaun komisen tidak dapat. elaun penghantaran hanya dikire selepas 1201.
Start januari komisen 1200 parcel delivery kerja wat amal,lebih 1200 baru di kira contoh kalau bulan januari delivery 1500 parcel dia hanye bayar komisen yg 300 parcel sahaje sebab dah lepas 1200 kan,1200 parcel tu dia burn.so 300 parcel x 60sen hanya dapat rm180 sahaje.memang celaka kan,sifat belah kasihan tak ada lasung,dah macam komunis pihak orang atasan ni.
Ads
Komisen pikcup dari 4% dah jadi 1%,komisen admin clark lagi la semua dia potong.lepas ni ape pulak dorang nk potong?
dengan pengurangan komisen dari pihak atasan J&T, langsung tiada pembincangan dengan pihak staff yang lain tanpa persetujuan.. pihak atas mengambil kesempatan dalam kesempitan orang bawahan!nak cakap rugi pasal kes covid19?company j&t ni tak pernah tutup selama wabak covid19 ni melanda di negara kita,malahan barang semasa PKP bertimbung2 sampai tak cukup staff dorang ambil partime.lagi mau sembang company rugi ke?
orang bawahan sudah mula utk berbincang dan memberi pendapat tapi tidak diendahkan.. hanya alasan orang atas membandingkan kenapa syarikat penghantaran lain bole buat, J&T tak bole?! shit.
ini kah kukubesi yang mula membiak??!!
Ads
jika barang korang oder tu lambat, harap nya paham la situasi kami ye.. dengan kekurangan runner, dengan pemotongan tiada komisen, hanya bergantung basic semata, semangat berkerja pun dah hilang.. gone! sampai staff pun boikot atas ketidakkan perihatinan dari pihak atasan..
Tinjauan kami di facebook rasmi J&T Express – Malaysia tiada kenyataan balas mengenai isu ini.
La patut la barang penulis tak sampai-sampai lagi, ini rupanya yang mereka tengah alami.
Mahkamah Agung Korea telah menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun enam bulan terhadap penyanyi Seungri atas sembilan pertuduhan termasuk pelanggaran Akta Hukuman Berat, Jenayah Seksual, Perjudian, pelanggaran Akta Transaksi Pertukaran Asing, pengantaraan pelacuran, pembelian perkhidmatan pelacuran dan hasutan keganasan khas.
Bermula pada Disember 2015 hingga Januari 2016, Seungri dituduh menjadi pengantara pelacuran sebanyak beberapa kali untuk pelabur di Taiwan, Jepun dan Hong Kong serta menggunakan perkhidmatan pelacuran untuk dirinya sendiri bagi menarik pelaburan kelab perniagaannya.
Tambahan pula, dia telah menggelapkan 528 juta won daripada kelab Burning Sun dengan alasan untuk kegunaan jenama bagi Monkey Museum, sebuah bar di Gangnam. Selebriti ini turut menggelapkan kira-kira 20 juta won dana syarikat daripada Yuri Holdings atas alasan bayaran peguam untuk pekerja.
Selain itu, Seungri telah didakwa kerana menggunakan kira-kira 2.2 bilion won untuk berjudi di kasino hotel di Las Vegas dari tahun 2013 hingga 2017.
Walaupun Seungri sepatutnya dibebaskan pada September tahun lalu, tapi ia telah ditangguhkan dan dia ditahan di penjara tentera. Kini, Seungri sedang dipindahkan ke penjara swasta dan akan menetap di sana sehingga Februari tahun hadapan untuk baki sembilan bulan hukumannya.
Walau bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan mahkamah kerana meringankan hukuman dari tiga tahun penjara menjadi satu tahun enam bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai rakyat bersatu turun padang demi membantu mereka yang terkesan dengan musibah banjir ini.
Umpama pepatah berbunyi “ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.. Peribahasa yang mempunyai maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sepakat antara satu sama lain. Begitulah apa yang berlaku kini di Malaysia.
Tidak terkecuali badan kebajikan yang sering melakukan aktiviti sukarelawan ini adalah komuniti Sikh dari Gurdwara Sahib Petaling Jaya (GSPJ) yang memfokuskan kepada penyediaan makanan percuma untuk mangsa banjir di tempat-tempat yang terjejas sekitar Shah Alam, Klang, Puchong dan Hulu Langat.
Mereka menyediakan makanan yang berasaskan vegetarian untuk disumbangkan kepada mana-mana kawasan yang boleh dicapai di sekitar Lembah Klang.
Namun, ada segelintir individu yang mempersoalkan status halal makanan tersebut memandangkan mangsa banjir terdiri daripada pelbagai kaum sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial.
Sumber : Facebook
Seorang pengguna Twitter meluahkan kekecewaannya apabila dia mendapati ada individu yang mempertikaikan status halal makanan yang dimasak komuniti Sikh.
Melihat situasi yang hangat dibincangkan ketika ini, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai hukum tersebut.
Ya. Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab (People of the Book) selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka. Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. God bless them. https://t.co/BP7ix7956w
Beliau menerusi hantaran di Twitternya berkata, perkara itu tidak menjadi masalah selagi ia tidak melibatkan haiwan sembelihan bukan Muslim.
“Ya. Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab (People of the Book) selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka.
“Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. God bless them,” katanya.
Dr Zulkifli menambah, hal itu terpakai dalam isu agihan bantuan, atau rumah terbuka oleh mereka yang berlainan agama dan faham mengenai konsep halal.
“Adapun bagi kedai makan, carilah yang ada logo halal JAKIM. Itu bermakna ia sah dari segi syarak dan sah kualiti kebersihan.”
Jadi, diharap jelas la jika ada yang terasa ragu-ragu terhadap makanan tersebut . Tak salah bertanya jika tak tahu. Bagus juga, sekurang-kurangnya kita dapat menambah ilmu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung semalam menyaksikan Malaysia mendahului negara Jiran, Indonesia dengan kemenangan 3 gol berbalas 2.
Sebelum perlawanan bermula lagi sudah berlaku kekecohan di Stadium Utama Gelora Bung Karno dengan insiden penyokong Indonesia membaling batu sewaktu penyokong Malaysia memasuki stadium tersebut.
Situasi ini dipandang serius oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila beliau telah mengeluarkan kenyataan di media sosialnya bahawa akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatannya, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahwari susulan daripada insiden yang berlaku.
Kredit foto: Fox Sports
Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.
Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.
Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.
Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang. Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, dilihat masih ada dikalangan rakyat Indonesia yang memohon maaf di ruangan komen kenyataan Syed Saddiq di Instagram, tentang insiden yang berlaku semalam.
Nah, dalam setandan pisang tidak semuanya busuk. Bukan semua masyarakat di Indonesia bersikap kasar dan biadap. Bukan menyebelahi mereka, tetapi janganlah sampai kita bergaduh sesama sendiri sehingga mengeruhkan lagi keadaan.
Apa-apa pun, doakan yang terbaik bagi kedua-dua negara. Kita kan serumpun. Peace no war!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...