Parcel Tak Sampai-Sampai, Wanita Ini Dedah Keadaan Gudang Syarikat Kurier J&T Kucar Kacir

Share

Viral di media sosial apabila terdapat lambakan parcel yang belum sempat dihantar gara-gara permintaan menghantar bungkusan sepanjang PKP dikatakan naik mendedak dek kerana ramai yang membeli secara online.

Sumber Gambar : Pexels

Syarikat kurier J&T Express sekali lagi dilaporkan mengalami masalah apabila perkara itu didedahkan melalui satu perkongsian yang dibuat pengguna Facebook sejak semalam serta komen-komen yang ditinggalkan di kiriman Facebook Makaner

Menurut hantaran Facebook yang bernama Nur Sirah, beliau ingin mendapatkan barang pesanan miliknya yang telah kelewatan untuk diterima selama 6 hari. Ini berlaku di gudang milik syarikat itu di Sri Kembangan.

Gadis ini sempat menasihatkan agar menghentikan dahulu mengunakan perkhidmatan  j&t di kawasan Selangor. Tambahan lagi, banyak barangan penghantaran telah tersadai dan staff juga ramai tak ada. Staff yang tinggal juga melaporkan menerima mengalami gangguan sistem.

Luahan Hati Pekerja J&T

Namun, beberapa hari lepas seorang pekerja syarikat kurier terkemuka di Malaysia ini telah mendedahkan masalah dalaman yang dialami oleh J&T EXPRESS !!

Sumber Gambar : The Star

Baca perkongsian di bawah :

J&T EXPRESS !!

pihak J&T 2021 januari sudah mula menggila sekali lagi terhadap staff pekerja dengan memotong cara mendapatkan komisen.

pihak J&T sudah mengatur langkah dengan membuang elaun komisen runner start bulan januari, maksudnya jika barang tak capai 1200 penghantaran, elaun komisen tidak dapat. elaun penghantaran hanya dikire selepas 1201.

Start januari komisen 1200 parcel delivery kerja wat amal,lebih 1200 baru di kira contoh kalau bulan januari delivery 1500 parcel dia hanye bayar komisen yg 300 parcel sahaje sebab dah lepas 1200 kan,1200 parcel tu dia burn.so 300 parcel x 60sen hanya dapat rm180 sahaje.memang celaka kan,sifat belah kasihan tak ada lasung,dah macam komunis pihak orang atasan ni.

Komisen pikcup dari 4% dah jadi 1%,komisen admin clark lagi la semua dia potong.lepas ni ape pulak dorang nk potong?

dengan pengurangan komisen dari pihak atasan J&T, langsung tiada pembincangan dengan pihak staff yang lain tanpa persetujuan.. pihak atas mengambil kesempatan dalam kesempitan orang bawahan!nak cakap rugi pasal kes covid19?company j&t ni tak pernah tutup selama wabak covid19 ni melanda di negara kita,malahan barang semasa PKP bertimbung2 sampai tak cukup staff dorang ambil partime.lagi mau sembang company rugi ke?

orang bawahan sudah mula utk berbincang dan memberi pendapat tapi tidak diendahkan.. hanya alasan orang atas membandingkan kenapa syarikat penghantaran lain bole buat, J&T tak bole?! shit.

ini kah kukubesi yang mula membiak??!!

jika barang korang oder tu lambat, harap nya paham la situasi kami ye.. dengan kekurangan runner, dengan pemotongan tiada komisen, hanya bergantung basic semata, semangat berkerja pun dah hilang.. gone! sampai staff pun boikot atas ketidakkan perihatinan dari pihak atasan..

 

Tinjauan kami di facebook rasmi J&T Express – Malaysia tiada kenyataan balas mengenai isu ini.

La patut la barang penulis tak sampai-sampai lagi, ini rupanya yang mereka tengah alami.

Sumber : Makaner, Muhammad Zaki

Published by
Nana