Paris Hilton Bergelar Ibu Di Usia 41 Tahun Dengan Kaedah Ibu Tumpang

Share

Kehadiran cahaya mata sulung bagi selebriti terkenal Hollywood, Paris Hilton dan pasangannya, Carter Reum telah mencetuskan reaksi gembira dalam kalangan para peminat mereka di seluruh dunia.

Foto Via thecoast.net.nz

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Hilton berkongsi sekeping gambar memaparkan dia memegang tangan bayinya.

“You are already loved beyond words,” tulis Hilton berserta emoji hati biru.

 

Sebelum itu, berita gembira ini turut dikongsikan Paris kepada Majalah People mengenai perkembangan terbarunya. Namun, sebelum berita kelahiran bayi lelaki itu, ramai yang tidak tahu bahawa pasangan sama cantik sama padan itu telah menggunakan keadah ibu tumpang ataupun ‘surrogacy’.

ARTIKEL BERKAITAN  : Lahir Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang, Ini 5 Fakta Tentang Anak Sulung Priyanka Chopra & Nick Jonas

Paris mengakui selamat menimang cahaya mata lelaki hasil kaedah ibu tumpang lewat perkahwinan bersama suaminya.

“Adalah impian saya selama ini untuk menjadi seorang ibu. Saya dan Reum amat bahagia kerana telah berkahwin dan kini memulakan fasa hidup baharu sebagai sebuah keluarga.

Kehadiran bayi lelaki yang di usianya menjangkau 41 tahun membuatkan impiannya menjadi nyata.Paris dan Reum sebelum ini turut menjalani kaedah rawatan IVF sewaktu pandemik Covid-19 untuk memastikan mendapat telur yang baik dan sihat apapbila diperlukan kelak.

Foto Via Instagram Paris Hilton

“Kami mula melakukan IVF untuk tujuan mendapat bayi di masa akan datang. Jadi sewaktu pandemik, disebabkan banyak masa terluang , kami fikir itu masa terbaik untuk menjalani proses tersebut.

Meninjau ruangan komen posting berkenaan, ramai rakan selebriti Hilton mengucapkan tahniah termasuk Kim Kardashian, Chrissy Teigen, Lindsay Lohan, Demi Lovato, Rosario Dawson, Poppy Delevingne, Ashley Tisdale, Naomi Campbell dan Heidi Klum.

Untuk info, bayi lelaki tersebut merupakan anak pertama Hilton, manakala Reum memiliki seorang anak perempuan berusia 10 tahun menerusi perkahwinan dengan bintang realiti Laura Bellizzi sebelum ini. Paris Hilton mendirikan rumah tanga di usia 40 tahun bersama Carter Reum dalam satu majlis yang diadakan di Estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat pada 11 November 2021.

Congrats Paris dan Reum!!!

Sebelum ini, Miss World 2000 dan pelakon popular, Priyanka Chopra dan pasangannya Nick Jonas turut menggunakan kaedah ibu tumpangan ini.

BACA LAGI : Selain Priyanka Chopra, Lihat 5 Lagi Selebriti Bollywood Pernah Gunakan Khidmat Ibu Tumpang

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana