Paris Hilton Kecewa, Kecil Hati Bayi Sulungnya Jadi Bahan Ejekan & Cemuhan Segelintir Netizen

Share

Selebriti popular Hollywood, Paris Hilton menzahirkan rasa kecewa dan sedih apabila cahaya mata sulungnya, Phoenix menjadi bahan ejekan dan cemuhan warganet di media sosial.

Menerusi aplikasi X, Paris atau nama sebenarnya, Paris Whitney Hilton sangat berkecil hati dengan tindakan mereka yang tidak berhati perut, mengejek dan mentertawakan saiz kepala cahaya matanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN  : Paris Hilton Bergelar Ibu Di Usia 41 Tahun Dengan Kaedah Ibu Tumpang

“Hidup sebagai orang popular, saya tidak kisah dikecam namun menjadikan anak saya sebagai bahan ejekan, itu sangat tidak boleh diterima.

“Segala cemuhan membuatkan hati saya remuk dan tiada perkataan dapat digambarkan berapa sakitnya hati saya,” ciapnya.

Mengulas lanjut, dia juga memaklumkan kadang kala tidak mengerti dengan segelintir warganet yang mudah sahaja mengkeji anak kecil yang tidak berdosa.

“Kalau saya tak kongsi gambar anak, orang cakap saya bukan ibu yang baik.

“Kalau saya kongsi gambar kepada umum, akan ada sahaja orang yang memilih untuk menjadi kecam dan pembenci.

“Phoenix adalah dunia saya dan sudah lama saya pasang impian nak jadi seorang ibu tapi apabila ini berlaku, saya sangat kecewa,” katanya lagi.

Sebelum ini, penyanyi lagu Stars Are Blind itu ada memuat naik beberapa foto bayi comelynya itu menerusi Instagram, namun segelintir pengguna media sosial mentertawakan saiz kepalanya yang dikatakan terlalu besar.

Bahkan, ada yang mendakwa anaknya itu bukan lahir daripada rahim Hilton termasuk menyatakan Phoenix bukanlah seorang bayi yang sihat atau normal hanya kerana saiz kepala yang sedikit besar berbanding fizikal bayi biasa.

Sekadar informasi, Hilton berkahwin dengan usahawan yang juga merupakan seorang penulis, Carter Reum pada tahun 2021.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Paris Hilton

Published by
Fath