Dedikasi dan keteguhan yang ditunjukkan oleh pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min Young ternyata cukup luar biasa apabila beliau sanggup mengurangkan berat badan sehingga 37 kilogram demi projek drama terbarunya.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 K-Drama Wajib Layan Bulan September: Gandingan Ji Chang Wook & Wi Ha Joon, Arthdal Chronicles Kembali!
Berita ini dikongsikan melalui akaun Instagram syarikat penyiaran, TVN, yang memperlihatkan beliau memegang watak Kang Ji Won, seorang wanita yang mengidap kanser dalam drama berjudul ‘Marry My Husband’.
Drama ‘Marry My Husband’ merupakan adaptasi dari sebuah webtoon yang mengisahkan kisah seorang wanita yang meninggal dunia akibat kanser setelah menyaksikan suaminya terlibat dalam hubungan sulit dengan sahabat baiknya.
Keajaiban bermula apabila dirinya diberi peluang untuk kembali ke sepuluh tahun yang lalu dan memulakan hidup baru.
Walaupun ramai yang memuji usahanya, gambar terkini pelakon berusia 37 tahun itu yang menunjukkan pipinya yang cengkung turut menarik perhatian warganet, dengan kebanyakan menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan kesihatan pelakon tersebut.
“Berat badan turun sehingga 37 kilogram adalah terlalu mendadak untuk seseorang yang berusia. Semoga dia dapat pulih ke berat badan asalnya,” komen seorang individu.
“Sangat bahaya untuk kesihatannya, perlukah syarikat televisyen buat permintaan seperti ini yang sangat berisiko?” komen warganet lain.
“Dia nampak sangat sakit. Rasanya guna efek solekan sahaja sudah boleh nampakkan yang dia tidak sihat, tidak perlu sampai turunkan berat sebanyak itu,” kata seorang peminat.
Buat makluman, drama ‘Marry My Husband’ akan mula ditayangkan di TVN bermula Januari tahun hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo