
Pelakon utama Itaewon Class, Park Seo Joon khabarnya bakal membintangi filem The Marvels dan akan digandingkan bersama pelakon Hollywood, Brie Larson.
Menurut laporan eksklusif Star News, baru-baru ini Park Seo Joon telah pun menyelesaikan internal review dan perbincangan setelah menerima tawaran untuk menjadi salah seorang pelakon dalam siri Marvel itu.

Pelakon berusia 33 tahun ini akan berangkat ke Amerika Syarikat pada pertengahan tahun ini, selepas menyelesaikan penggambaran filem terbarunya Concrete Utopia untuk memulakan penggambaran The Marvels.
The Marvels dibintangi oleh Brie Larson sebagai Kapten Marvel dan Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau. Disebabkan The Marvels adalah sekuel kepada Captain Marvel yang merupakan filem superhero wanita pertama Marvel mendapat kutipan lebih daripada $1.1 billion USD, maka penonton meletakkan harapan yang tinggi untuk filem sekuel ini.
Jika memang benar Park Seo Joon bakal membintangi filem box office ini, sudah tentu ia bakal memberikan satu impak positif terhadap industri lakonan Korea kerana berjaya membawa pelakon mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Sama-sama kita nantikan update daripada pelakon Korea ini sendiri. Harapnya menjadilah ya. Hiks!
Sumber: (1)
Ed Sheeran Sahkan Bakal Buat Penampilan Di MAMA 2021

Baru-baru ini, Anugerah Muzik Asia Mnet 2021 (MAMA) telah pun mengumumkan secara rasmi pencalonan kategori pada tahun ini yang dijadualkan bakal berlangsung pada 11 Disember depan.
Terbaharu, acara hiburan tahunan ini telah mengesahkan kehadiran Ed Sheeran ke MAMA 2021. Mnet telah mengadakan sidang media global dan Ketua Penerbit Mnet, Park Chan Wook berkongsi info bahawa Ed Sheeran telah disahkan akan menghadiri acara anugerah itu.

Khabarnya, Ed Sheeran juga bakal membuat persembahan pada acara gilang-gemilang itu, memandangkan beliau merupakan penulis lirik lagu Permission To Dance yang dinyanyikan oleh kumpulan BTS.

Selain itu, kemunculan Wanna One turut dinanti kerana mereka akan bersatu semula untuk membuat persembahan pada MAMA 2021.
Nah, mesti peminat kpop dah tak sabar nak menyaksikan MAMA 2021 kan? Siapa yang bakal membolot kategori yang dipertandingkan nanti? Sama-sama kita saksikan pada 11 Disember depan.
Sumber: (1)
Tak Sangka Rupanya Bila Mak Ayah Rajin Sedekah, Hati Anak-Anak Akan Lembut

Sedekah antara amalan mulia dituntut. Ia juga sebagai satu cara membantu orang lain. Jika ramai tahu pahala sedekah digandakan puluhan kali atas satu kebaikan kita lakukan, tapi rupanya pahala sedekah ini turut berkait dengan kehidupan anak-anak.
Jika selama ini sesetengah ibu bapa mungkin “pening” layan karenah anak yang keras hati dan susah mendengar cakap tapi rupanya bila mak ayah rajin sedekah, hati anak-anak akan lembut. Wow, amazingkan.
Baca juga bagaimana ibu bapa boleh mendidik dan melayan anak-anak terutama di peringkat remaja kerana masa itulah anak-anak menjadi kawan kepada kita.
Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-
- Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.
- Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.
- Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.
ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)
Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-
Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.
Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.
Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.
Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.
ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)
Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.
Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-
- Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.
Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).
ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)
Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.
Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.
Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.
Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.
Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
“Ya Rabbku, berilah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa.” (Al-Quran, Ali Imran: 38).
Sumber: FP Alhabib Quraisy Baharun / FB Majlis Ilmu
Bait Lirik G-Eazy Dalam Lagu Terbaru YUNA Dituju Khas Kepada Ex-GF, Halsey?

This is one triangle conundrum..
Penyanyi Malaysia, Yuna kembali menyengat menerusi 2 lagu pertama daripada albumnya yang akan datang, Rouge. Selepas peminat menerima baik single Forevermore pada bulan lalu, Yuna ‘memanjakan’ semula peminat dengan single kedua berjudul Blank Marquee bersama..
wait-for-it
G-Eazy! Ya, rapper dari Amerika Syarikat itu adalah penyanyi kedua yang berkolaborasi bersama Yuna selepas Usher menerusi ‘Crush’.
Blank Marquee menceritakan tentang bagaimana seorang rakan atau kekasih mempergunakan kita untuk pergi lebih jauh dalam hidup, karier atau apa-apa motif yang dimilikinya. Kita ni kononnya hanyalah batu loncatan untuk si dia ke hadapan.
Menariknya, setelah mendengar dan menonton klip video Blank Marquee, penulis perasan ada hubung kait lagu tersebut dengan sebuah lagu popular yang dinyanyikan oleh bekas kekasih G-Eazy, Halsey.
Ouh, what is the scoop?
Menerusi lagu Without You yang selalu korang dengar di radio, Halsey menceritakan tentang bagaimana G-Eazy seorang rakan telah meninggalkannya setelah berjaya mencapai matlamat sebenar iaitu mencipta nama dalam karier.
Antara lirik yang disebut Halsey adalah:
Tell me how’s it feel sittin’ up there
Feeling so high but too far away to hold me
You know I’m the one who put you up there
Name in the sky
Does it ever get lonely? Thinking you could live without me
Okay..
Menerusi Blank Marquee pula, ia bermula dengan bahagian Yuna yang menceritakan tentang bagaimana lelaki tersebut seharusnya berterima kasih kepadanya atas segala bantuan yang diberikan. Sekarang, lelaki itu pula yang cuba untuk memijak kepala.
Senang cerita, nak sailang lah ni!
G-Eazy hadir dengan beberapa lirik yang – hhm – seperti ditujukan kepada seseorang. Halsey, take note.
Hold on, hold on. Let me tell my side.
Adakah G-Eazy merasa triggered dengan Without Out?
Who am I without you? I said I’m the same a** dude.
G-Eazy menempelak kononnya dia menggunakan Halsey sebagai boneka untuk lebih dikenali pada mata media dan peminat.
Nah, now don’t try to start me. Think I’m your John to your Paul McCartney.
G-Eazy memberi amaran agar Halsey tidak lagi menjaja cerita kononnya dipergunakan oleh G-Eazy.
Yeah you were right beside me. Next day try to criticize me.
To be fair, Halsey enggan membuka kisah lama dalam temu ramah bersama majalah Glamour pada Januari lalu. Katanya, dia berada dalam industri ini untuk berkarya dan bukannya menjadi tajuk cerita utama tabloid.
Namun pada bulan Februari lalu, Halsey menyanyikan lagu Without You semasa di rancangan Saturday Night Live (SNL). Pada pertengahan persembahan, beberapa ayat permohonan maaf dipancarkan pada latar belakang seolah-olah ia merupakan ayat yang datang daripada G-Eazy.
Used to love me now you despise me.
Well, obviously.
But at this point, nothing could surprise me. I know.
Mungkinkah ada perkaitan atau ia hanyalah kebetulan? Hanya Yuna dan G-Eazy saja yang tahu. Mungkin juga REMAJA mengambil Blank Marquee ke luar konteks lagu tersebut yang sememangnya bercakapkan mengenai isu mempergunakan orang lain.
Apa-apa pun, cuba korang dengan dan tonton klip video Blank Marquee ini.