Parking Percuma Dengan Pasang Jalur Gemilang Di Kereta, Tapi Hanya Di Negeri…

Share

Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti di dalam negara sekarang disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Walaupun masih tidak dibenarkan ke luar negara, kita seharusnya bersyukur kerana di Malaysia terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Bagi tetap menyemarakkan rasa patriotik dan sayangkan negara, meskipun tahun ini tiada perarakan atau sambutan besar-besaran bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 — namun Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tampil dengan satu inisiatif yang kreatif.

Kalau korang jalan-jalan ke Kuantan pada 24 hingga 31 Ogos ini, korang tidak perlu membayar parkir jika kenderaan yang korang pandu dipasang dengan Jalur Gemilang..maknanya korang akan dapat parkir PERCUMA!

Tawaran parkir percuma sempena Merdeka itu diumumkan oleh MPK menerusi posting di Facebook rasminya.
Namun untuk mendapatkan parkir percuma sepanjang korang berada di Kuantan, ini beberapa syarat yang ditetapkan MPK :

– Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz sekurang-kurangnya 1 bendera berukuran minima 27cm x 14 cm.

– Ada beberapa cara pemasangan yang ditetapkan seperti dalam gambar.

Kalau menepati segala syarat di atas, kenderaan korang akan dibenarkan untuk parkir secara percuma dan tiada sebarang kompaun akan dikeluarkan walaupun korang tidak meletakkan kupon atau menjelaskan caj parkir secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo.

Tapi harus diingatkan tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja dan bagi mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan — tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang.

Best kan?

Sambil itu, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang percutian nanti.

Sumber : Facebook MPK

Published by
Ruziana Zainal