Parlimen Masih Berbudaya ‘Ageist’, Syed Saddiq Diejek Tak Tentu Fasal Sebelum Sempat Buka Mulut

Share

Tidak sah sekiranya dunia politik Malaysia tidak bergelora pada hari pertama Parlimen bersidang.

Terlalu banyak isu yang berlaku pada hari ini yang boleh dikupas. Namun satu yang paling utama pada pandangan REMAJA adalah budaya ‘ageist’ yang masih sebati dengan dunia kepimpinan tanah air.

Satu klip video daripada sidang Parlimen hari ini itu telah menerima retweet daripada ahli Parlimen Muar.

Ia menunjukkan bagaimana ahli Parlimen Jelebu, Tanjong Karang, Baling, Padang Rengas dan Jempol tidak ‘menyempat’ untuk menyindir Syed Saddiq sebelum dia sempat untuk membuka mulut berkenaan penyingkiran (kini bekas) speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff.

Kita ketepikan dahulu inti pati yang ingin diperkatakan oleh Syed Saddiq dalam ucapannya itu dan pandangan politiknya. Apa yang kami ingin fokuskan adalah suara seorang perwakilan muda yang tidak diendahkan.

Apa yang lebih jelas adalah cara ‘Yang Berhormat’ senior ini berperilakukan ‘ageist’ dan seakan-akan menidakkan peluang seorang ahli Parlimen muda untuk menyampaikan sesuatu dengan cara menyindir dan mengejek.

Apa mungkin benar pemikiran kami selama ini bahawa warga Malaysia hanya akan dipandang secara serius selepas seseorang itu melepasi usia 35 tahun? Jika belum mencapai usia itu, kita diajar untuk duduk diam dan jangan sesekali membantah apa yang diperkatakan oleh mereka yang lebih berusia.

Apa benar belia sekarang masih tidak dibenarkan untuk bebas bersuara sedangkan kita mencanai idea bahawa kebebasan bersuara itu adakah hak semua orang.

Sampai bila gaiss? Bukankah kita ini generasi pemimpin pelapis?

Nampaknya, sentimen yang dirasai oleh REMAJA ini turut dikongsi bersama oleh netizen yang rata-rata tidak faham mengapa budaya ‘mengejek’ dan memintas percakapan ahli perlimen lain ini masih diteruskan walaupun kita sudah memasuki tahun 2020?

Menurut pemilik akaun Twitter @ShaanGom dari Kota Kinabalu, apa yang berlaku pada hari pertama persidangan Parlimen sebentar tadi sebenarnya jelas menunjukkan bagaimana cara golongan remaja dan belia Malaysia dilayan dan dipandang rendah.

“Susah sangatkah mahu tutup mulut sekejap dan dengar apa yang dia (Syed Saddiq) ingin sampaikan. Ini belum mula bercakap dah kena ejek,” catatnya.

Beberapa akaun Twitter lain turut bersetuju dengan kenyataan malah sudah merasa muak dengan budaya mengejek ini.

Kata @FxrxhSyahirah, “Jujurnya, sidang parlimen akan membuatkan saya cringe kerana sifat tidak matang para menteri. Sidir, jerit-jerit, maki. OMG mereka semua kelihatan amat tidak profesional.”

Ada juga yang menyifatkan ahli Parlimen senior ini tidak tahu membezakan di antara sidang Parlimen dan kedai kopi. Kata @zenneei, “Mereka yang lebih tua itu patut malu. Bagilah peluang orang muda-muda bercakap, baru tahu adab dan peraturan parlimen.”

*

Bagi remaja seperti kita yang duduk di luar bangunan Parlimen dan hanya menonton klip seperti ini pada setiap hari persidangan Parlimen, mungkin kita tidak merasai impak budaya ‘ageist’.

Realitinya, ahli pemimpin muda negara kini masih berdepan dengan cabaran besar untuk mewakili orang muda di arena politik. Suara kita masih diendah-endahkan. Hari ini mungkin Syed Saddiq yang diejek. Esok lusa, entah siapa lagilah yang akan menerima nasib yang sama.

Ingat, respect goes both ways.

Jom lihat beberapa pemimpin wanita kita yang lebih berintegriti berbanding sebilangan Yang Berhormat di dalam video di atas.

 

Published by
FZ