[ Part 2 ] Girls, Perempuan Asia Pun Boleh Jadi Pakar Bedah! Dr. Amalina Ajak Yakinkan Diri

Share

 

Walaupun jumlah pelajar perempuan di peringkat universiti semakin meningkat, namun tahap keyakinan mereka untuk melangkah jauh dalam bidang kerjaya masing-masing lalu mengejar impian masih samar-samar.

 

Memasuki tahun 2018, sudah 14 tahun pemegang anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 iaitu Dr. Nur Amalina Che Bakri mendedikasikan hidup beliau di United Kingdom untuk mengejar impian.

Tatkala ramai pelajar Malaysia yang berdepan kesukaran untuk meneruskan kecemerlangan di bumi asing, beliau kekal fokus dalam bidang surgikal dan hasilnya, beliau terpilih sebagai 10 doktor pelatih terbaik di United Kingdom.

 

Ya, bukan mudah untuk sampai ke tahap itu.

Namun anak Malaysia ini sudah membuktikan ia juga bukan mustahil.

 

#workharderplayharder Preach!

 

“Pengalaman saya di United Kingdom lebih sedekad lama telah mengubah pemikiran saya untuk sentiasa positik. Saya percaya semua orang mempunyai matlamat dalam hidup mereka. Namun untuk merealisasikan matlamat itu, masih ramai juga yang kurang keyakinan diri dan enggan keluar dari zon selesa terutamanya pelajar perempuan.

“Oleh sebab itu, saya libatkan diri dalam beberapa kempen untuk memperkasakan wanita. Saya tahu mereka boleh lakukannya,” kata beliau.

Dr Amalina kini melibatkan diri dalam Independent Women Campaign (IWC) dan juga merupakan pengasas kepada akaun @independentwomencan di media sosial. Ia merupakan inisiatif untuk memperkasakan wanita agar berani mengejar impian, sentiasa kuat dan menjadi lebih berdikari, from time to time.

Baca: [ Part 1 ] Seimbang 4 Tugasan Dalam Satu Masa, Dr. Amalina Pernah Abaikan Kesihatan Diri

 

* * * * *

Akaun Independent Women Can yang diasaskan oleh Dr. Amalina bersama rakannya.

Jika korang perhatikan kepada posting Dr. Amalina di Instagram, pasti korang perasan hashtag #ilooklikeasurgeon yang selalu digunakan beliau. Ini adalah saty lagi kempen yang dibawa Dr. Amalina bersama rakanya untuk memberi kesedaran bahawa karier sebagai seorang pakar bedah bukan sahaja untuk lelaki dan bangsa Caucasian saja.

“Dunia sudah berubah. Kami ingin masyarakat menerima perbezaan – bukan saja perbezaan jantina tetapi juga perbezaan latar belakang.

“Buat masa ini, kami menyokong kempen UN Women #HeForShe dan kami percaya lelaki yang kuat akan menyokong wanita yang kuat. Bukan kami ingin menidakkan kepentingan lelaki dan peranan mereka, tetapi ini adalah untuk memberi lebih kesedaran tentang hak wanita.”

* * * * *

 

Endahkan Saja Kritikan Tak Membina

Impak yang diterima Dr, Amalina sejak terpilih sebagai antara doktor pelatih terbaik itu memang besar. Besar sungguh sehingga beliau menjadi ikutan popular di media sosial terutamanya di Twitter. Setiap thread yang dimuat naik pasti menjadi perhatian ramai orang.

Sama ada beliau menyentuh tentang topik perubatan, kehidupan peribadi ataupun tentang apa-apa berita viral, ada saja followers yang setia membalas dengan komen mereka.

But as one says, popularity has its own price. Dr. Amalina juga tidak terlepas daripada menerima komen ‘nakal’ netizen yang selalu muncul seolah-olah. Sudah ibarat medan pertarungan antara followers beliau dan pembuli siber! Walaupun pada mulanya terkesan dengan kecaman tidak masuk akal yang datang secara melulu, Dr. Amalina akhirnya memilih untuk mengendahkannya.

“Sampai bila ingin taksub memikirkan tentang pandangan orang lain? Bagi saya mereka boleh katakan apa saja, saya lebih mengenali diri sendiri dan ini adalah kehidupan yang saya pilih.”

Kadangkala kita lupa Dr. Amalina juga seorang insan biasa macam kita juga, punya emosi, perasaan dan kehidupan sendiri. Lebih baik kita fokuskan saja kepada sumbangan beliau kepada masyarakat terutamanya sebagai suara inspirasi untuk remaja berbanding melelong cerita sensasi sekadar untuk menagih perhatian.

 

We wish you all the best Dr. ! Anda adalah suara millenial masa ini.

Published by
FZ