Siapa setuju dengan perkara di atas?
Kala ini di twitter sedang berlegar slogan #PauseMalaysia yang digerakkan oleh parti MUDA yang baru ditubuhkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
#PauseMalaysia adalah satu desakan untuk semua ahli politik berhenti bergaduh berebut takhta kerana rakyat terus menderita dan sengsara.
Dalam satu perkongsian di tweetnya, Syed Saddiq berkata, rakyat Malaysia sudah PENAT.
Penat dengan orang politik, penat dengan perebutan kuasa. Penat dengan politik dua darjat. Penat dengan politik tidak bermaruah yang tidak berprinsip. Saya akur saya ahli politik tapi saya sentiasa bermuhasabah kerana tanpa sokongan rakyat mustahil saya ada pada hari ini.
Sebab itu bagi parti muda, kita ingin mencadang dan mendesak bukan saja bagi kerajaan tapi juga pembangkang.
Kata Syed Saddiq lagi ada tiga perkara yang dilancarkan iaitu:-
https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1313737981849550849?ref_src=twsrc%5Etfw
Desakan #PauseMalaysia ini kini menjadi trending di twitter kala ini.
Secara jujurnya, jika dilihat kepada tweet yang dilontarkan sejak kebelakangan ini, jujurnya rakyat sudah muak dengan tindakan ahli politik. Ditambah pertambahan bilangan mereka positif dijangkiti COVID-19 gara-gara pilihanraya Sabah, ia membuka ruang untuk mengajak rakyat Malaysia melihat tindakan ini bukanlah sesuatu yang bijak termasuk menukar kerajaan baru.
Percaya atau tidak, di saat seorang ahli Parlimen mendakwa dirinya sudah cukup sokongan menjadi Perdana Menteri baru, ada tweet meminta tarikh itu dilakukan pada 10/10/2020 iaitu sama hari jualan besar-besaran dilancarkan portal e-dagang membeli-belah secara dalam talian iaitu Lazada, Shopee dan lain-lain platform untuk melelong Adun-adun yang melompat parti (tidakkah tweet ini sedikit sarkastik dan amat sinis?).
Tapi kami percaya, tak kisahlah apa perbezaan pun sama ada dari segi politik atau pandangan, kita semua sayangkan Malaysia dan mahu lihat negara ini aman damai. Pandangan sesuatu dari aspek positif dan jangan sesekali meletakkan kepentingan peribadi lebih utama.
Apa pandangan korang mengenai kempen #PauseMalaysia ini?