Parti Politik Bakal Dibenarkan Buka Cawangan Di Universiti. Apa Itu AUKU?

Share

Baru-baru ini, isu AUKU kembali hangat diperkatakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Malah, dia turut memberi banyangan bahawa parti politik bakal dibenarkan untuk membuka cawangan di universiti. Namun, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membenarkan ia berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN : Dua Tahun Berturut-Turut Bergelar Pendebat Terbaik, Muhammad Ilham Hafiz Azmi Cemerlang Bersama Pasukan Debat UIAM

Adakah pemansuhan AUKU dapat betul-betul digunakan secara positif oleh mahasiswa?

Katanya, pelbagai pindaan telah dilakukan pada akta itu yang meliputi aspek kegiatan pelajar dan urus tadbir universiti. Pelajar di institut pengajian tinggi juga telah diberikan pelbagai kelonggaran untuk menceburkan diri dalam bidang politik.

Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya suatu hari nanti parti politik bakal dibenarkan untuk membuka cawangan di institusi itu.

“Kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya.

“Semua perkara itu telah dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk perkara-perkara yang dicadangkan (penubuhan cawangan parti politik di universiti),” katanya.

Khaled Nordin berkata sedemikian di Dewan Rakyat, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin sama ada KPT akan memberi kelonggaran tersebut.

Apa Itu AUKU 1971

Bagi korang yang masih menuntut di peringkat kolej dan universiti, pastinya korang serba sedikit tahu mengenai isu AUKU yang mengekang kebebasan pelajar untuk bersuara dan mengadakan aktiviti. Namun bagi yang tidak berapa familiar dengan kewujudan akta ini, kami ada jawapan mengapa ia bertukar menjadi salah satu isu hangat.

Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun AUKU 1971 adalah satu akta yang sebahagiannya berada di bawah kuasa Kementerian Pendidikan. Walaupun idea asalnya adalah untuk mengawal soal pentadbiran dan perjalanan universiti agar lebih teratur, namun secara tidak langsung, sebahagian daripada dasar AUKU sebenarnya menghalang pembabitan pelajar dengan parti politik, persatuan sekerja dan penggabungan badan-badan pelajar.

Inilah yang membangkitkan kemarahan ramai mahasiswa Malaysia yang mendakwa AUKU sebagai penghalang suara mereka daripada didengari, sebagai punca hilangnya kuasa autonomi oleh pihak universiti sendiri dalam membuat keputusan tertentu dan akhir sekali menjadi punca ketidak adilan kepada pelajar universiti secara amnya.

Apa pendapat korang, adakah mahasiswa Malaysia dapat memastikan penglibatan mereka dalam hal dunia politik selepas ini tidak akan membayangi matlamat sebenar mereka di universiti iaitu untuk menuntut ilmu?

Adakah mahasiswa Malaysia sudah bersedia untuk memegang kuasa kebebasan?

BACA LAIN : Anak Imigran Dan Bekas Pelajar Universiti Stanford, Rishi Sunak Kini Bergelar Perdana Menteri Britain

Sumber : ( 1 )

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana