Ramai di kalangan masyarakat kita sudah sedia maklum tentang bahaya merokok dan ada diantara mereka yang beralih arah kepada vaping kerana menganggap ia lebih selamat.
Vape yang dijual di pasaran kini terdiri daripada campuran cecair khas yang digunakan untuk menghasilkan wap cecair seakan-akan asap. Cecair khas itu biasanya mengandungi bahan seperti glycerin dan propylene glycol. Selain itu, bahan pewarna, perisa dan juga nikotin turut dicampurkan ke dalam sesetengah jenis cecair vape.
Namun benarkah vape ini benar-benar selamat?
Beru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Faris Ifwat Mohamad Fauzi yang juga merupakan seorang penguna vape berkongsi pengalamannya yang hampir maut akibat masalah paru-paru yang juga dikenali sebagai spontaneous pneumothorax
.Kisah yang dikongsikan melalui hantaran Facebooknya ini diharap dapat menginsafkan serta membangkitkan lagi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai bahaya dan kesan buruk akibat ketagihan vape dan rokok.
Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada vaping dan smoking.
Iaitu komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini menyebabkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.
Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube untuk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik. Jika lambat tebuk kemungkinan paru-paru saya akan berhenti dan boleh menyebabkan kematian.
Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke 4.
Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru-paru saya seperti biasa.
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya, ahli keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara mara saya, doktor-doktor, jururawat dan semua staff Hospital Teluk Intan dan rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya dan menolong dari segi mental dan fizikal dan menziarahi saya semasa terlantar di hospital.
Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari-hari tanpa vape dan rokok (pening nak demam semua ada yelah terpaksa berhenti mengejut).
Untuk kawan-kawanku beringatlah sesama kita betapa bahayanya benda alah ni. Dulu saya seperti anda semua tak percaya. Bila dah kena kat diri sendiri baru ada akai orang cakap 😂.
Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana bila mula-mula kena. Rasa sakit dia rasa macam susah nak bernafas, nafas jadi pendek dan tercungap-cungap, macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas. Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.
Sekian dari saya Mohamad Faris Ifwat. Check in Hospital Teluk Intan 21-26/7/22. Assalam.
Malah, diruangan komen netizen turut berkongsi pengalaman.
*
Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok malah gadis-gadis akan lebih respect sebab susah nak cari lelaki tak merokok atau hisap vape zaman ini.
Sumber: Facebook Faris Ifwat Mohamad Fauzi
**
++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.