Tular sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat menunjukkan seorang profesor yang dilaporkan berkhidmat di Universiti Teknologi MARA menempelak kasar seorang pelajar hanya kerana tidak memiliki sebuah komputer riba.
Menerusi video itu, profesor yang dilihat sedang mengajar secara atas talian bertanyakan soalan kepada pelajar dan seorang pelajar kemudiannya menjawab.
Namun jawapan yang diberikan itu tidak tepat sehinggakan pensyarah bertanya apakah peranti yang digunakan oleh pelajar terbabit.
Jawab pelajar yang berasal dari Seremban itu, dia tidak memiliki komputer riba dan hanya menggunakan telefon pintar bagi mengikuti kelas itu. Berdasarkan klip itu, pelajar terbabit difahamkan sudah berada di semester lima, namun tidak memiliki laptop.
Lalu, ia mengundang pertanyaan kasar daripada profesor berkenaan latar belakang pekerjaan ibu, ayah dan juga adik-beradik pelajar tersebut.
Satu-persatu jawapan diberikan olehnya; dia menyatakan ibunya sudah tiada manakala ayahnya pula tidak bekerja serta dia memiliki adik-beradik lain.
Tak semua orang lahir dalam keadaan yg terus senang. Bila ada sorang prof dari uitm perak kampus seri iskandar cakap mcm ni dekat kami ex-stud, kami semua masih rasa terhina dan terkesan dari setiap kata kata dia. Korang nilai lah sendiri… #kpt#uitmpic.twitter.com/Cd3tXEnjMC
“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas, pergi beli komputer. Sebab itu kau tidak boleh belajar dengan baik sebab engkau tidak ada komputer.
“Lepas ni akan ajar engkau excel, pasal itu engkau akan jadi drop out student. Semester lima engkau tak ada komputer. Aku sanggup aku tak ada pakaian, aku ada lima helai sahaja pakaian, the most important.. the computer is very, very important for me.
“Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk orang dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” ucap pensyarah tersebut sebelum menyuruh seluruh kelas menutup fungsi kamera.
Insiden tersebut telah mengundang reaksi amarah warganet mengenai cara pensyarah menyoal dan mengherdik pelajar dengan kasar sehingga menimbulkan ketidakselesaan.
Lebih menghangatkan isu apabila beliau merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan bagi membantu pelajar Bumiputera yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan.
Setakat artikel ini ditulis, siaran video tersebut yang dimuat naik pengguna Twitter @toraokun_ telah diulangkicau lebih 37 ribu kali.
Berikutan tularnya video ini, bekas Menteri Belia dan Sukan dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq memberikan reaksi.
Dalam satu ciapan, Syed Saddiq berkata, “Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet. Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan. Mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk beli laptop. Dari menghina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop.”
Ads
Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet.
Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan
Mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk beli laptop.
Selain itu, terdapat juga petisyen yang disuarakan oleh Mahasiswa KEADILAN Malaysia yang menuntut Universiti Teknologi MARA dan juga Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menjalankan siasatan serta mengenakan tindakan tatatertib terhadap penyarah berkenaan.
Sehingga kini, tiada lagi kenyaataan yang dikeluarkan oleh pihak pensyarah mahupun UiTM. Semoga perkara ini dijadi diselesaikan dengan baik dan menemui penyelesaian yang positif.
Masalah pelajar yang tidak memiliki kemudahan seperti laptop atau tablet bukanlah satu isu baharu. Sejak berlakunya proses pembelajaran atas talian, isu keciciran dalam memiliki dua alat elektronik ini terkuak luas.
Memiliki laptop bagi golongan pelajar sangat penting bagi menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebahagian umat Islam gembira meraikan aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, perasaan ini tentunya agak sukar bagi Samuri Basri dan seluruh ahli kelaurganya.
Mengakui hatinya begitu sedih kerana baru kehilangan anak, Muhamad Azizil Alim, 24 yang maut dalam kemalangan jalan raya apabila melanggar belakang lori dalam kejadian Sabtu lalu di Jalan Persekutuan Teluk Intan – Klang berhampiran Panchang Bedena, Sabak Bernam.
“Biasa saya bantu angkat mangsa kemalangan yang berlaku depan mata, tapi kelmarin, saya angkat jenazah anak sendiri. Seluruh jiwa saya rasa pilu, setiap kali mengenangkan kebaikan arwah anak yang begitu rapat dengan kami sekeluarga,” katanya lagi.
Samuri berkata, dia mengetahui kemalangan itu apabila ahli keluarga terdekat datang ke rumah dan memaklumkan perkara berkenaan.
“Waktu itu, saya sedang tidur sebelum sepupu mengetuk pintu rumah dan memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan,” katanya.
Menurut Samuri, sebaik tiba lokasi kejadian, dia terasa dunia seakan gelap apabila melihat jasad anaknya di lokasi kejadian.
“Saya kuatkan hati dengan mengangkat jenazah ke dalam trak polis dan mengiringinya sehingga ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ),” katanya dalam suara amat sedih.
Arwah anak yang baik dan rapat dengan keluargaBapa ini akui semasa solat terawih, bayangan anaknya muncul dan rupanya itulah petanda dia akan kehilangan anak buat selama-lamanya
Lebih menyedihkan lagi, beberapa hari sebelum anaknya itu pergi, dia terbayangkan wajah anak kelima dari enam beradik itu hadir dalam solat terawihnya.
“Bayangan itu muncul tiga hari sebelum kemalangan ini berlaku. Ia tidak pernah begini. Semasa sujud pada rakaat kelapan, saya lihat dengan jelas wajah arwah (Muhamad Azizil) sedangkan selama ini tidak pernah terbayang perkara sebegitu sehingga air mata ini mengalir tanpa disedari ketika solat itu.
“Saat itu, saya jangkakan berlaku perkara tak diingini kepada arwah dan sangkaan itu benar-benar menjadi kenyataan,” katanya memaklumkan kemalangan menimpa anaknya itu berlaku sekitar jam tiga pagi.
Sementara itu, ibu Muhamad Azizil, Nurini Jamali, 58, berkata, mangsa sempat menjamah lauk kegemarannya ayam masak kicap ketika berbuka puasa.
“Semasa makan, saya perasan arwah hanya makan sedikit berbanding hari sebelumnya. Malah, dia tidak memandang muka saya sewaktu menjamu selera,” katanya.
Arwah disifatkan sebagai seorang yang pendiam selain mendengar kata dan mengambil berat keadaan keluarga.
Jenazah Muhamad Azizil disembahyangkan di rumahnya pada jam 10.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah.
Isu pembuangan sampah merata-rata dan bukan di lokasi disediakan masih agak menebal di kalangan mereka yang suka mementingkan diri sendiri. Bagi mereka asal masalah dah satel cukup dan dan biar orang lain fikirkan.
Sebab itulah tepi semak, tepi jalan, rumah kosong, tanah-tanah terbiar, sungai dan lain-lain lokasi sering menjadi tempat membuang sampah.
Walau ada papan tanda dan amaran denda tapi golongan selfish ini masih selamba buang sampah.
Namun idea bijak sebuah kampung dikatakan di Panji Alam, Kuala Terengganu yang membina kubur palsu di lokasi tepi jalan yang penuh dengan sampah memang rare dan amat bijak.
Ternyata sampah yang penuh dan selepas dibersihkan serta dibina kubur di situ, tempat tersebut terus bersih.
Memang padu cara nie. Nampaknya elemen menakutkan seperti tanah perkuburan masih menghantui rakyat Malaysia sehingga tempat itu benar-benar bersih.
Sumber :Man Fazli
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang isu penahanan seorang usahawan yang dikatakan bos kepada Macau Scammer terbesar di Malaysia.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratuasan juata ringgit yang diraih daripada kegiatan mereka dalam perniagaan diusahakan selebriti terkenal tempatan.
Sering kali kita mendengar perkataan ‘cuci duit’ dikaitkan dalam isu ini, namun apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ini?
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aliff Ahmad III menjelaskan bahawa cuci duit itu bermaksud duit-duit yang datang daripada aktiviti haram dan jenayah seperti:
• Dadah
• Pelacuran
• Judi haram
• Scam
• Skim ponzi
• Duit rasuah dan cashout haram
• Ahlong
• Perompak
Dikatakan ekonomi bawah tanah ini berjumlah hampir RM100 billion nilai sebenarnya. Ada yang kata mungkin lebih lagi. Masakan tidak, yang tertangkap mungkin 5% sahaja, yang ditangkap tu mungin bukan semua.
Apa yang menjadikan ia lebih ‘tempting’ adalah ia dijalankan secara cash dan disebabkan itu apabila tangkapan dibuat, biasanya mereka akan menemui cash yang banyak dalam simpanan peribadi di tangan atau di rumah.
Jadi duit haram yang banyak-banyak tadi itu bagaimana nak dijadikan halal. Bagaimana nak pindahkan ekonomi gelap ini masuk ke ekonomi sebenar? Itulah diperlukan titian mencuci duit untuk dikembalikan kepada ekonomi sebenar.
Duit haram tadi perlulah dilaburkan dalam bisnes sebenar. Kemudian diagihkan kembali kepada pemilik sebenar duit tersebut. Disebabkan ia duit haram, mereka tidak kisah jika untung atau rugi. Yang tukang cuci dapatlah sebahagian dari duit itu sebagai fi.
Ternyata ramai yang baru tahu tentang istilah ‘cuci duit’ ini. Betul tak?
Lelaki ini juga menasihati agar jika korang nak berniaga, berhati-hatilah dan jangan termasuk dalam industri geng ‘cuci duit’ ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang urusniaga yang boleh mengundang padah ini.
“Bos dari syurga!”—itulah antara reaksi netizen selepas melihat tindakan usahawan terkenal, Christy Ng, yang sanggup berbelanja hampir RM40,000 untuk restock pantri pejabatnya untuk pekerja.
Dalam...