Pasangan Beregu Negara Badminton Catat Sejarah Muncul Juara Terbuka Jerman

Share

Tahniah diucapkan kepada beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani kerana telah mencatat sejarah apabila berjaya menewaskan pasangan China, , Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi untuk meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022.

Perlawanan yang berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim ini melihatkan pasangan beregu yang berada di ranking ke-17 dunia saling mengejar mata sebelum lawan mereka mendahului 11-8.

Foto: Malaysiapost

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani akhirnya berjaya menewaskan China untuk menamatkan perlawanan lebih awal pada kedudukan 20-19 dan 21-20 sebelum memenangi set pertama 23-21.

Namun begitu, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan pasangan beregu negara mengundang padah apabila tewas di set kedua dengan mata 21-16.

Babak penentuan menyaksikan mereka meneruskan asakan dan berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-14.

Foto: FMT

Selepas kejayaan sulungan pasangan beregu berusia 24 tahun ini bakal beraksi di kejohanan All England 2022 di Birmingham pada 15 Mac depan dan dijadualkan akan berdepan He Ji Ting-Tan Qiang dari China pada pusingan pertama.

Semoga Sze Fei dan Nur Izzuddin meneruskan prestasi yang baik untuk memperoleh kejayaan di perlawanan All England itu nanti. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada pasangan beregu negara ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman