Pasangan Ini Buktikan Dalam IKEA Pun Boleh Buat Photoshoot Guna Kamera Kompak

Share

Kalau dah kreatif tu, buat apa je mesti nampak cantik punya.

Itulah yang cuba untuk dilakukan oleh jurugambar profesional, Brian Pham yang menjadikan gedung IKEA sebagai set penggambaran bersama teman wanitanya.

Warning – besar kemungkinan mereka hanya membawa sebuah kamera kompak dan bukannya peralatan shooting besar-besaran. Ini kerana hampir semua gedung IKEA termasuklah IKEA Malaysia melarang pengunjung untuk melakukan photo shoot profesional di sana yang memerlukan pelbagai peralatan.

Tapi, jika ia sekadar sebuah kamera kompak, rasanya tak menjadi masalah.

Apa yang dilakukan oleh Brian ialah menggunakan corner di gedung IKEA dan objek utamanya tentulah teman wanita.

Namun, apa yang membuatkan ramai followers Brian teruja melihat 4 siri foto ini adalah kerana dia tak mengambil foto di ‘kawasan display cantik’ IKEA. Tetapi Brian menggunakan corner bahagian perabot IKEA yang menempatkan pokok, lampu dan kabinet bilik mandi.

Menurut Brian, mereka mengambil masa 6 ke 7 jam untuk menyiapkan shooting ini. Lamakan! Mungkin kerana dia perlu mengelak kelibat pengunjung lain di bahagian background.

Salah seorang followers Brian memberi respon tepat tentang fotonya ini. Kata @nnizad, “Tempat tak penting asalkan pandai shoot dan edit everything can be perfect.”

Obviously, Brian menggunakan Photoshop untuk menambah efek. Namun sebelum edit, dia harus tahu menangkap gambar dengan kreatif. Kalau tidak, edit macam mana pun, hasilnya takkan menjadi secantik ini.

Brian bukanlah jurugambar pertama yang pernah menggunakan gedung IKEA sebagai lokasi photoshoot. Sebelum ini, pasangan Steven & Amber Cox serta bayi mereka, Ezra telah menggunakan IKEA Missouri untuk mengambil foto keluarga.

Mungkin korang boleh dapat idea daripada framing foto mereka.

Cantik!

Bagi penulis, tak semestinya korang perlu ke IKEA untuk mengambil gambar seperti ini.

Di kedai RM5 pun boleh kalau korang kreatif. Tak percaya?

 

Kelas! Kawan tolong pegangkan bunga matahari jadi props.

Cuba tengok hasil gambar dan editing AD Photography ini.

Jadi weekend ni, sediakan kamera dan seorang model okay. Jom kita serang kedai perabot! Hehe..

Published by
FZ