
Apabila Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan oleh kerajaan terdapat pelbagai kemusykilan dan juga kerisauan yang bersarang di hati rakyat. Antaranya kepada pasangan suami isteri yang berada dalam hubungan jarak jauh.
Terbaru Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kepada media yang pasangan jarak jauh boleh merentas sempadan negeri asalkan kebenaran dari Polis Diraja Malaysia diperoleh kerana ia adalah prosedur operasi standard Ketika PKPB dilaksanakan.

Tambahnya lagi menerusi laporan Berita harian, “Bagi kes pasangan yang tidak mendapat kebenaran itu, mungkin atas sebab yang kurang meyakinkan kerana semuanya tertakluk kepada kelulusan PDRM.”
***P/S – Diharapkan agar semua rakyat Malaysia mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam usaha menangani kenaikan kes Covid-19.
Sumber: Berita Harian
Pelancaran Produk Kosmetik Selena Gomez Terhenti, Stok Disimpan Di Rumah

Bukan kita sahaja yang terpaksa dikuarantinkan di rumah, malah selebriti antarabangsa juga kerap berkongsi pengalaman mereka termasuklah Selena Gomez.
Penularan Covid-19 nyata telah mengehadkan aktiviti Selena yang sedang bersiap sedia untuk melancarakn jenama kosmetiknya, Rare Beauty tak lama lagi.
2 minggu lalu, Rare Beauty telahpun melancarkan kempen #WeAreRare dan meminta orang ramai untuuk menghantar kisah peribadi meraka. Itu adalah peluang bagi peminat Selena dipilih untuk menyertai penggambaran ataupun photo shoot untuk kempen pertama mereka.
Itu dua minggu lalu. Kini kempen tersebut telahpun dilapor dibatalkan.
.
Menerusi paparan di Instagram Story, Rare Beauty berteriima kasih kepada peminat Selena yang menghantarkan entri kepada mereka. Ia bermaksud ramai yang menyokong tagline Rare Beauty yang meminta agar semua orang berfikiran positif.
Namun dengan merebaknya wabak Covid-19 di seluruh dunia, mereka memutuskan untuk menangguh penggambaran tersebut ke satu tarikh yang akan diumumkan.
*
Menerusi sesi Live di Instagram sebentar tadi pula, Selena turut mengajak peminatnya agar bersabar dengan pelancaran Rare Beauty dan duduk di rumah buat masa ini.
“Pada setiap hari, saya dan team akan menggunakan facetime untuk membincangkan pelancaran produk Rare Beauty. Seperti yang kamu dapat lihat, ada juga stok yang disimpan di rumah saya. Saya turut gementar untuk menantikan tarikh yang sesuai untuk melancarkannya,” katanya yang jarang sekali muncul menerusi Instagram Live.
.
Meskipun Rare Beauty belum lagi dilancarkan di stor Sephora bermula musim panas 2020, ramai orang yang tidak sabar untuk menantikan kehadirannya. “Ia lebih daripada sekadar jenama kecantikan. Saya mahu kita semua untuk berhenti membandingkan diri masing-masing dan mula menyintai keunikan sendiri,” katanya lagi.
Selena dalam pada itu turut menyertai trend #SafeHandsChallenge dengan memuat naik video cara membasuh tangan yang betul bagi mengelakkan diri daripada penularan wabak.
Seremban Diisytihar Zon Merah, 177 Sekolah Ditutup Sehingga 9 November Selepas Kluster Kaya Merebak

Pandemik COVID-19 bagaikan terus mengganas. Semakin hari jumlah mereka yang positif mencatatkan angka yang ramai. Buat pertama kalinya dalam sejarah, semalam seramai 1288 orang disahkan positif virus ini dan 90 orang ditempatkan di unit rawatan rapi.
Memandangkan jangkitan mudah menular dan sudah ada kes dicatatkan, terbaru daerah Seremban diisytiharkan sebagai zon merah selepas 55 orang dijangkiti di Seremban dan Putrajaya bagi kluster Kaya.
Susulan itu sebanyak 177 buah sekolah daerah Seremban diarahkan tutup mulai hari ini sehingga 9 November 2020.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semalam dalam satu kenyataan media memaklumkan, KPM berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di daerah Seremban, Negeri Sembilan daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selaras dengan perutusan khas, YB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM.
KPM memaklumkan bahawa semua insitusi pendidikan di zon merah di daerah Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup bermula pada25 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020.
Ini melibatkan sebanyak 177 insittusi pendidikan di seluruh daerah Seremban. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM. Institusi pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Sekolah yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang. Walau bagaimana pun, murid atau pelajar yang menunggu diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal berada di asrama dan institusi berkaitan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.
Keperluan makan minum murid serta pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan institutusi berkenaan.
Bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah dapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk hadiri peperiksaan.
Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan semua guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Dalam hal ini KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara dan KKM.
Berikut adalah senarai sekolah ditutup bagi daerah ini.
Sindiket Baru Scammer! Hati-Hati Dengan Tawaran Kerja Part-Time Dilaman E-dagang

Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.
Seram kan?
Kalau bukan kita pun yang terkena, mungkin ahli keluarga dan kawan-kawan yang kurang cakna dengan isu ini boleh terkena. And we do not want that to happen, right?
Terbaru, polis Selangor saranankan orang ramai supaya berhati-hati dengan sebuah sindiket penipuan baharu yang melakukan penipuan tawaran kerja sebagai ejen pembelian laman edagang Lazada.
Menurut maklumat polis, Ejen sindiket ini akan menjanjikan keuntungan sebanyak 8% sehingga 15% setelah melengkapkan tugasan yang diberikan. Namun, mangsa dikehendaki membayar beberapa kos bagi membolehkan mereka memperolehi pulangan yang dijanjikan.
Sindiket ini akan menghantar mesej melalui WhatsApp untuk menawarkan kerja sambilan. Mangsa seterusnya akan diminta untuk membeli beberapa barangan – dimana pembayaran dilakukan terus ke akaun sindiket tanpa melalui platform Lazada.
Modus operandi yang selalu digunakan oleh scammer ini ialah menjanjikan bakal memulangkan kembali wang berkenaan – dan tujuan pembelian adalah dalam meningkatkan rating di Lazada.
Untuk pengetahuan korang, Polis Selangor turut mendedahkan setakat 6 Februari 2021 sehingga 20 April 2021 ini, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka, melibatkan kerugian mencapai RM219,271.15.
Kebiasaannya, bagi tugasan pertama dan kedua, mangsa akan menerima pulangan kos yang dibayar berserta komisyen. Namun, untuk tugasan ketiga dan seterusnya, sindiket akan berdolak-dalik, dan seterusnya menghilangkan diri.
Harap korang alert dan korang yang nak buat part-time tu secara online tu, hati-hati ye!
SUMBER RUJUKAN: POLIS SELANGOR