Inpirasi

Pasangan Kembar Siam Ahmad & Muhammad Kini Sudah Bekerjaya!

Share

Masih segar di ingatan mengenai kisah pasangan kembar siam dari Malaysia, Ahmad dan Muhammad Rosli yang pernah hangat diperkatakan di media elektronik mahupun meida cetak sekitar tahun 2001.

ARTIKEL BERKAITAN : Sudah REMAJA, Ini Wajah Terkini Kembar Seiras Tercantik Di Dunia

Mereka dilahirkan pada 1998 sebagai kembar bercantum atau kembar siam dan ramai tidak dapat menahan sebak apabila melihat teletah kanak-kanak tersebut bersama.

Dugaan berat tersebut berakhir pada tahun 2002 apabila Putera Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Putera Mahkota Arab Saudi pada waktu itu menawarkan bantuan untuk mempercepatkan proses pembedahan.

Dengan kos rawatan mencecah hampir RM 1.7 juta, pembedahan memisahkan kembar tersebut mengambil masa selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi.

Selepas 23 Tahun, Kini Miliki Kerjaya Bidang IT

Walaupun terpaksa mengharungi kehidupan tanpa anggota badan yang sempurna, Ahmad dan Muhammad yang masing-masing kini berusia 23 tahun khabarnya sudahpun memiliki kerjaya yang bagus dalam bidang teknologi maklumat.

Muhammad Rosli berjaya menggenggam segulung ijazah dalam satu istiadat konvokesyen di Management & Science University (MSU) pada tahun 2021 dahulu bersama rakan-rakannya.

Sekali lagi, mereka tular baru-baru ini di laman TikTok apabila dikatakan sudah berjaya memilik kereta sendiri setelah berjaya menggenggam segulung Ijazah.

Perkhabaran ini telahpun dikongsikan oleh kenalan mereka di sebuah hantaran yang menampilkan kisah mereka.

Menjengah ke ruangan komen video yang tular itu, rata-rata yang mengenali Ahmmad dan Muhammad sangat kagum dengan ketabahan dan kegigihan mereka untuk berjaya meskipun menggunakan kerusi roda.

Menurut laporan media, Muhammad berkata mereka telah menjalani kehidupan normal seperti insan lain selepas hampir dua dekad dipisahkan. Malah, sehingga kini masih ramai mengingati peristiwa mereka dipisahkan menerusi satu pembedahan di Arab Saudi.

“Selepas menamatkan pengajian dalam ijazah sains komputer pada Februari tahun 2021, saya kini bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat.”

Abangnya yang mesra dengan panggilan Along pula menghidap penyakit anemia atau kekurangan sel darah merah sehingga menyebabkan pengajian tertangguh sebentar.

“Sepatutnya, kami dapat tamatkan pengajian sama terdahulu namun Along sedikit tertangguh berikutan berdepan masalah kesihatan.”

Mereka membuktikan, biarpun tidak semua bahawa kejayaan datang bergolek tetapi hasil tidak akan pernah mengkhianati usaha!

Semoga Ahmad dan Muhamad terus maju jaya di masa akan datang.

Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Keluarga.

BACA LAGI : Impian Untuk Sepentas Bersama Tercapai, Pasangan Kembar Ini Genggam Ijazah Kelas Pertama UUM!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana