Bagi korang yang setia mengikuti kandungan media sosial pasangan bernama Ivan Beerkus dan Angela Nikolau, pastinya korang sudah terbiasa melihat kegiatan ‘tak masuk akal’ dan merbahaya yang dilakukan mereka selama ini.
Digelar sebagai pasangan ‘daredevil’ dari Rusia, Ivan dan Angela terkenal dengan keberanian memanjat puncak bangunan pencakar langit di seluruh dunia.
Baru-baru ini, mereka telahpun memuat naik hantaran foto terbaru di puncak menara yang masih dalam fasa pembinaan terakhir – tidak lain tidak bukan – menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.
Pada ketinggian 679m, pencakar langit yang mendapat inspirasi daripada profil gaya Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman sewaktu deklamasi laungan merdeka pada tahun 1957 di Stadium Merdeka itu kini telah sah menjadi struktur binaan tertinggi di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Merdeka 118 Kini Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia – REMAJA
Lantas, Ivan dan Angela tidak membuang masa untuk mencabar diri mereka untuk berdiri di puncak menara. Foto-foto yang dibidik menggunakan dron juga telah dimuat naik oleh Ivan Beerkus di laman web SkyscraperCity.com pada 26 Disember lalu.
“Saya berada di puncak menara. Ia adalah gila. Aras 115 dan aras 116 mempunyai ruang yang amat besar. Dan ada eskalator di antara dua aras itu.
“Tetapi untuk tiba di puncak menara, kami perlu menaiki tangga,”catatnya.
Cumanya, berlainan dengan aksi-aksi mereka terdahulu, aksi di menara Merdeka 118 ini telahpun menimbulkan tanda tanya daripada warganet Malaysia.
Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai mempersoalkan faktor keselamatan di tapak menara tersebut yang belumpun siap secara rasmi. Mereka juga bertanyakan di manakah keberadaan pegawai keselamatan hinggakan Ivan dan Angela terlepas sampai ke puncak menara.
Tambahan pula, Ivan menerusi catatannya menyedari kehadiran banyak kamera litar tertutup (CCTV) dan pinta berkunci di menara itu. Justeru, warganet bingung mengapa kelibat mereka sepanjang berada di sana tidak disedari oleh pegawai keselamatan yang bertugas.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang kehadiran nama-nama pekerja yang diconteng di puncak menara Merdeka 118 ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Pun Jadi Mangsa Vandalisme, Nama ‘Johan’ & ‘Syafiq’ Antara Yang Diconteng – REMAJA
Selain itu, REMAJA juga pernah berkongsi mengenai seorang pegawai wanita yang berani berkhidmat sebagai juruteknik akses tali di Menara Berkembar Petronas.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Malaysia Berani Takluki Bangunan Pencakar Langit Demi Tugas – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.