Semakin ramai remaja telah membuktikan kemampuan mereka untuk membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri.
Selebriti muda Hollywood, Zendaya dan Tom Holland yang mula mengenali satu sama lain sejak 2016 selepas mereka membintangi filem Spider-Man: Homecoming khabarnya makin serius dalam perhubungan.
ARTIKEL BERKAITAN
: Pandai Kumpul Aset, Masya Masyitah Beli Rumah Kedua Di Usia 21 TahunPasangan ini dilaporkan baru membeli sebuah rumah mewah di London, malah rumah pertama mereka ini berada berdekatan dengan kediaman keluarga Tom Holland yang hanya berjarak enam kilometer. Wah. pandai ya Tom…hehe
Dikhabarkan rumah mewah pasangan itu bernilai kira-kira 4.1 juta dollar atau RM17.1 juta. Bukan hanya itu sahaja, rumah tersebut yang sedang dalam proses renovasi itu dilengkapi dengan enam bilik tidur dan memiliki pelbagai fasiliti bermula dari gym sehingga panggung wayang.
Pasangan itu juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga kerana sebelum ini Tom Holland mengaku mahu berehat sementara dari karier lakonan dan memiliki sebuah keluarga.
“Saya mahu berehat dan fokus untuk memulakan sebuah keluarga serta mencari apa yang saya ingin lakukan di luar dunia ini,” katanya.
Bintang Hollywood berusia 25 tahun ini sudah memiliki keinginan menjadi seorang bapa dan dia mengakui amat menyukai kanak-kanak serta tidak sabar mempunyai anak sendiri.
Walaupun begitu, baik Tom Holland mahupun Zendaya masih belum membuka mulut mengenai perhubungan mereka.
Bagus pasangan ni muda-muda dah fikir nak kumpul aset bersama.
Sumber: Buzz