Sudah hampir lebih kurang tiga bulan masyarakat Malaysia menjalankan kehidupan new normal dengan perlaksanaan PKP, PKPB, dan terbaru PKPP yang menghadkan segala jualan makanan di kedai-kedai mahupun pasar malam.
Maka tidak hairanlah ramai di antara kita yang mencuba pelbagai resipi sendiri di rumah. Time PKP ni la mengidam nak makan macam-macam.
Namun, berita baik untuk rakyat Selangor yang rindukan makanan-makanan di pasar,terutamannya pasar malam.
Ads
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini.
Yeayy…korang gembira tak?
Tambahan beliau lagi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal menjadi rujukan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan pengoperasian kesemua jenis pasar terbabit namun akan disesuaikan serta diselaras oleh pihak berkuasa tempatan mengikut piawaian strategik di kawasan masing-masing.
Ads
“Sebarang bentuk aktiviti di Selangor mencakupi sektor ekonomi, sosial dan rekreasi perlu mematuhi SOP yang digariskan MKN.
Ads
“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menutup premis atau kawasan yang berisiko sekiranya SOP gagal dipatuhi sepenuhnya oleh mana-mana pihak,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Langkah keselamatan tetap menjadi keutamaan dengan kerajaan negeri turut mengingatkan semua pihak untuk mengimbas kod QR aplikasi SELangkah atau ‘Langkah Masuk Dengan Selamat’ sebelum memasuki mana-mana premis selain memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan.
Tak sabar nak cari ayam madu bakar dekat pasar malam. hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerjaya wartawan perlu dipandang serius dan dimartabatkan sebagai antara satu kerjaya profesional dalam negara ini.
Wartawan yang berilmu akan mengkaji sesebuah berita dengan teliti, menyusun simbolik kata dengan berhemah atas tujuan mendidik masyarakat. Sekaligus akan memberikan impak kepada kepada komuniti untuk berubah sikap. Perubahan sikap dan tingkah laku masyarakat yang lebih baik adalah capaian tertinggi yang patut dibanggakan oleh seseorang wartawan berintelek.
Terbaru, Ketua Biro Sinar Harian Perak iaitu saudara Saifullah Ahmad merupakan salah seorang wartawan yang diberikan mandat dan kepercayaan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membacakan khutbah Jumaat tadi.
Ketua Biro Sinar Harian Perak , Saifullah Ahmad diberikan mandat dan kepercayaan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membacakan khutbah Jumaat
Hal ini, menurut Saifullah merupakan kepercayaan dan penghargaan besar kepada pengamal media di negeri ini.
“Sesungguhnya perkenan baginda ini pengiktirafan yang besar kepada pengamal media.
“Saya juga terharu kerana ini adalah pengalaman pertama seumur hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang lebih 15 tahun berada dalam profesion ini,” katanya.
Anak kelahiran Bagan Datuk berusia 38 tahun itu antara tiga pengamal media yang mendapat perkenan Sultan Nazrin untuk membacakan khutbah bertajuk Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Jumaat.
Dua lagi ialah Editor, Rencana Agama dan Sastera Berita Harian, Mohd Nazmi Yaacob di Masjid Sultan Idris Shah II dan Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, Mohd Fahmi Mohd Nor di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.
Saifullah Ahmad
Perkenan itu sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang akan berlangsung di Ipoh pada Sabtu dan Ahad ini.
Saifullah yang pernah menerima Anugerah Pengamal Media sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun lalu berkata, penghargaan harus diberikan kepada seluruh petugas media yang menjadi barisan hadapan dalam menyampaikan berita sahih kepada masyarakat.
Katanya, atas rasa tanggungjawab, mereka sanggup berkorban tenaga, fikiran, masa dan harta benda demi memberikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.
“Seperti mana terkandung di dalam teks khutbah, sebagai wartawan, adalah sangat penting sifat benar dan jujur diamalkan dalam menyampaikan berita mahu pun memberikan maklumat kepada masyarakat.
“Tanggungjawab sebagai penyampai berita ini harus dibuat secara bertanggungjawab berlandaskan nilai-nilai Islam agar pekerjaan yang dilakukan diterima sebagai ibadah dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” katanya yang juga bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah.
Janganlah memandang enteng kepada secebis ilmu komunikasi. Ia sebenarnya mampu merubah peradaban dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Golongan remaja merupakan lapisan masyarakat dalam negara yang bakal mewarisi negara ini suatu hari nanti. Suara anak muda menjadi satu perspektif baharu dalam menyuarakan pandangan berbeza, dan ini sangat penting untuk menjadikan sesebuah negara berpandangan jauh.
Ketua Move Forward Pita Limjaroenrat pada April 22, 2023. (Foto Via Lillian SUWANRUMPHA / AFP)
Hal ini termasuklah apa yang terjadi di negara jiran kita, Thailand. Umum mengetahui, dua parti pembangkang prodemokrasi utama Thailand meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum semalam, demikian menurut keputusan awal ketika ramai pengundi menggesa perubahan ke atas dominasi kuasa politik selama beberapa dekad oleh tentera dan monarki.
Pemimpin parti Move Forward, Pita Limjaroenrat dengan penuh yakin mengumumkan dirinya bakal dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Thailand selepas keputusan pilihan raya 2023 di Thailand menunjukkan pengundi menolak pemerintahan tentera.
Parti pembangkang Thailand itu telah memperoleh jumlah undi terbesar dalam pilihan raya Thailand kali ini, suatu keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan sedia ada yang disokong tentera dan telah memerintah negara itu selama hampir sedekad, lapor The Guardian.
Tapi Siapa Sebenarnya Pita Limjaroenrat?
Lelaki di sebalik parti Move Forward, yang tidak pernah mengenal erti putus asa dikenali sebagai Pita Limjaroenrat. Lelaki berusia 42 tahun itu memulakan kerjaya politiknya apabila beliau dipilih ke Parlimen pada 2019 sebagai ahli parti Move Forward.
Pita dilahirkan dalam keluarga kaya yang terlibat dalam politik. Bapanya merupakan penasihat di Kementerian Pertanian dan bapa saudaranya adalah pembantu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Beliau mendapat pendidikan di luar negara, iaitu di New Zealand selepas dirinya mula menunjukkan minat dalam politik.
Pita juga merupakan graduan Universiti Thammasat Bangkok di mana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Kewangan kemudian menyambung pengajian Sarjana Dasar Awam di Universiti Harvard dari Massachusetts Institute of Technology di Amerika Syarikat.
Kerjayanya bermula apabila Pita mengambil alih syarikat minyak milik bapanya dan kemudian dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat pengangkutan Grab Thailand.
Pita meneruskan kehidupan dengan berkahwin seorang model dan juga pelakon Thailand, Chutima Teenpanart namun mereka telah bercerai pada 2019.
Beliau kini merupakan bapa tunggal kepada anaknya yang berusia tujuh tahun, Pipim yang turut dibawa ke perhimpunan Move Forward.
Untuk info, pada asalnya, Move Forward diasaskan oleh seorang jutawan serta pengkritik tegar tentera, Thanathorn Juangroongruangkit dan parti itu menunjukkan prestasi yang baik pada pilihan raya 2019 secara tidak langsung menggegarkan politik Thai.
Walau bagaimanapun, Move Forward terpaksa dibubarkan pada tahun berikutnya selepas dakwaan yang menimbulkan perbalahan. Disebabkan itu, Thanathorn telah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan Pita telah dinamakan sebagai ketua baharu.
Apa-apapun, Selamat maju jaya diucapkan kepada Thanathorn dan semoga beliau tetap terus membela nasib anak muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Taman tema yang dibina di atas tanah berkeluasan 21 hektar, Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh nampaknya sudah ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu Tarikh yang akan diumumkan kelak.
Dibuka kepada orang ramai sejak 26 Jun 2017 lalu, notis penutupan dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young.
Menurut notis berkenaan, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
Ramai netizen yang memberi komen tiket masuk taman tema ini adalah terlalu mahal dan kemudahan yang disediakan turut tidak berbaloi dengan harga tiket.
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...