Senario perfileman di Malaysia pada tahun ini makin menunjukkan peningkatan memberansangkan berbanding tahun-tahun lepas!
Selepas berjaya mengaut kutipan RM22juta (what?!) selepas 18 hari tayangan, filem Paskal diiktiraf sebagai antara filem terbaik yang dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 2018.
Bukan saja filem arahan Adrian Teh ini menampilkan lakonan mantap oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Malah ia turut diberi kesempatan untuk ditayangkan di Singapura pada pertengahan Oktober lalu.
Hari ini, Paskal memperoleh satu lagi pengiktirafan apabila ia mendapat rating tertinggi bagi kategori Filem Popular Dari Sesebuah Negara – Malaysia.
Paskal menerima rating 9.1/10!
Ads
Pagi tadi, mereka menerima rating 8.8. Hanya dalam masa beberapa jam saja, ia boleh meningkat naik hasil pujian para penonton! Ini adalah sesuatu yang wajar dibanggakan.
Nah, tengok pula 14 lagi buah filem Malaysia yang menduduki tangga TOP 15. Bagaimanapun, ada beberapa filem ber-rating tinggi yang tidak disenaraikan. Contohnya seperti ‘Tiga Abdul’ arahan Tan Sri P. Ramlee yang memperoleh rating 8.0/10.
Walaupun korang tengah jaga bentuk badan, jangan risau kerana masih terdapat makanan yang boleh dimakan tanpa perlu takut jadi gemuk.
Makanan-makan yang dikumpulkan ini merupakan makanan yang kaya dengan serat dan mempunyai kalori yang rendah. Jadi, tidak hairanlah jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, tidak juga akan menggemukkan.
Tak percaya?
Meh lihat 15 makanan yang korang boleh makan tanpa perlu risau tentang bentuk badan akan membesar.
1. Popcorn
Jika korang goreng popcorn tanpa guna mentega dan gula (hanya sedikit garam, misalnya), korang boleh menikmati keenakan popcorn ini tanpa rasa takut. Dengan jumlah kira-kira secawan popcorn hanya mengandungi 31 kcal (kalori).
2. Daun saderi
Batang saderi mengandungi 95 peratus air dan mampu untuk membantumenurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak sebagai detoks dalam badan.
3. Terung
Terung bakar atau yang dipanggang tanpa minyak hanya mengandungi 24 kcal dan korang boleh menikmati sayuran ini tanpa perlu menghadkan jumlah pengambilannya.
4. Kumpulan buah oren
Mengambil buah-buahan dalam kadar yang banyak adalah tidak digalakkan jika korang mahu menurunkan berat badan. Namun, ia dikecualikan untuk kumpulan buah-buahan sitrus.
Buah oren misalnya, kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C yang membantu penghadaman, mengenyangkan serta mencantikkan kulit secara semula jadi.
5. Alga
Tumbuhan alga seperti Laminaria adalah sumber terbaik iodin. Ia membantu menjaga hormon pada tahap yang normal dan mengawal berat badan.
6. Zucchini
Sebiji zucchini mengandungi kira-kira 42 kcal. Ia dapat membantu meneutralkan nisbah kandungan garam dalam badan dan juga memperbaiki fungsi usus.
7. Timun
Sayuran ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad, malah ia juga boleh dijadikan sebagai makanan ringan dan di cicah dengan yogurt rendah lemak.
8. Ubi bit
Ubi bit adalah sumber protein yang membantu membakar lemak, menguatkan otot dan mengawal gula dalam darah. Sebiji ubi bit hanya mengandungi kira-kira 40 kcal.
9. Telur
Nak makan telur berapa banyak sehari pun boleh sebenarnya. Tapi, seeloknya kuning telur dibuang kerana ia mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Sudah pasti, telur rebus adalah yang terbaik berbanding telur goreng.
10. Epal dan plum
Satu epal hanya mengandungi kira-kira 50 kcal bergantung pada saiznya. Ia mampu untuk membuatkan korang rasa kenyang dan mengawal sistem pencernaan. Plum pula kaya dengan vitamin C dan kalium untuk menyihatkan organ jantung.
11. Salad
Salad adalah sumber asid folik yang terbaik dan korang boleh makan sayuran ini sebanyak mana yang diingini kerana sehelai daun salad hanya mengandungi 3 kcal.
12. Beri: Kranberi, strawberi
Buah-buahan beri sangat kaya dengan vitamin C dan membantu menyingkirkan air yang berlebihan. Strawberi sangat berkhasiat dalam membantu penghadaman dan sistem kardiovaskular.
13. Kubis, bunga kubis, brokoli
Sayur-sayuran ini dilihat merupakan pilihan yang tepat buat korang yang ingin menjaga berat badan kerana sebahagian daripada kubis yang dipotong dadu hanya mengandungi 7 kcal. Kubis kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A,C, E dan B.
Jangan jadikan alasan tak boleh makan banyak, nanti gemuk! Kalau kena dengan makanan yang sesuai, korang nak makan berapa kali sehari pun boleh. Tak ada masalah.
Sesekali nak makan lain boleh klik sini: Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan dari Lazada MY.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Shaheizy Sam. Antara anak seni yang sentiasa komited dalam melunaskan watak yang diberinya dengan jaya.
Setiap lakonannya di layar skrin tidak pernah sekalipun menghampakan penonton. Malah, ramai yang ternanti-nanti setiap kali projek baharu yang bakal menampilkan aktor hebat tersebut.
Beri jiwa dan raganya terhadap karakter yang dimainkan agar tidak menghampakan para penonton, bintang berusia 41 tahun ini sanggup ‘berlapar’ demi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan menarik.
Demikian dikongsikan Sam, apabila sekali lagi muncul sebagai Inspektor Khai dalam filem hit tempatan, Polis Evo 3 yang bakal ditayangkan di pawagam pada tanggal 25 Mei Ini.
Bagi mendapatkan tubuh badan yang diinginkan untuk watak tersebut, dia mendedahkan sanggup berlapar ketika menjalani penggambaran selain mengamalkan diet esktrem secara masa yang singkat.
Bukan itu sahaja, disebabkan terpaksa menahan perut, emosinya juga sedikit terganggu dan terpaksa mengelak untuk berjumpa dengan isteri tercintanya yang juga pelakon, Syatilla Melvin supaya tidak berlaku perselisihan faham.
“Saya memang buat diet ekstrem. Apa yang ada unsur gula saya tidak akan ambil. Jika ada peluang untuk membakar lemak saya akan buat. Selagi mampu berjalan dan bekerja tanpa makan saya akan teruskan.
“Ketika itu juga saya elak berjumpa isteri… biasalah apabila lapar, sesiapa sahaja akan cepat marah. Emosi saya memang tidak stabil ketika itu. Bayangkanlah bagaimana saya jalani penggambaran dalam keadaan lapar,” katanya kepada Remaja.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun tidak menggalakkan orang di luar sana untuk melakukan perkara sama kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Ia kerana, Sam turut berkongsi pengalaman dirinya dimasukkan ke unit kecemasan sebuah pusat perubatan ketika menjalani penggambaran Polis Evo 2 dek kerana menialani rutin diet yang sama.
“Disebabkan badan tidak cukup air dan tak makan, saya juga terkena serangan gastrik. Saya mengalami kekejangan otot sehingga terpaksa masuk hospital. Ketika itu rasanya macam nyawa sudah berakhir. Jadi janganlah buat seperti yang saya lakukan.
“Saya sanggup buat semua itu sebab minat dalam dunia lakonan dan saya mahukan hasil yang terbaik. Biarpun kena tanggung kos sendiri tapi saya sanggup agar boleh nampak hasilnya,” tuturnya panjang.
Bercakap mengenai pengalaman dalam pembikinan filem kali ini, pelakon itu memberitahu faktor usia antara cabaran untuk dia melakukan babak aksi.
“Saya jarang bersenam jika tidak terlibat dengan penggambaran. Jadi apabila mula masuk ke set dan melakukan babak aksi memang ada sikit rasa penat dan mudah letih.
“Usia pun semakin meningkat… jika silap langkah sikit mulalah rasa sakit,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sama ada korang meminati drama terbitan Netflix, Bridgerton ataupun tidak, sukar untuk korang menidakkan rupa paras kacak yang dimiliki oleh salah seorang pelakon ‘OG’-nya, Regé-Jean Page.
Dalam drama bersiri popular itu, Page membawakan watak Simon-‘Duke of Hastings’-Basset iaitu suami kepada Daphne Bridgerton (lakonan Phoebe Dynevor). Malah korang juga pasti pernah melhat kelibatnya dalam filem Gray Man yang juga diterbitkan oleh Netflix.
Baru-baru ini, Page telah menerima satu lagi pengiktirafan tetapi kali ini, ia bukanlah mengenai skil lakonan mantapnya. Sebaliknya, ‘sains’ mengiktiraf rupa paras yang dimiliki Page lalu melabelnya sebagai lelaki terkacak di dunia!
Memetik laporan Daily Mail, pakar bedah kosmetik di London bernama Julian De Silva telah menggunakan teknik ‘golden ratio’ Beauty Phi terhadap wajahnya menerusi teknik ‘computer mapping’ tertentu.
Teknik yang sama digunapakai apabila De Silva ingin merancang perubahan terbaik yang diperlukan oleh para pesakit yang ingin menjalani pembedahan plastik atau kosmetik.
Percaya atau tidak, Page telah memperolehi skor tertinggi dalam kalangan sekelompok selebriti lelaki yang disenerai pendek bagi ‘uji kaji’ tersebut.
Page menerima skor sebanyak 93.65 mengatasi selebriti lelaki di tempat kedua iaitu Chris Hemsworth. Turut tersenarai dalam kedudukan 10 terkacak ialah Robert Pattison, Chris Evans, Harry Styles dan George Clooney.
Kesemuanya memang diakui kacak dan berkaliber, bagaimanalah mereka boleh menilai mereka mengikut kedudukan markah?! Hehe..
Apapun, REMAJA jujurnya menggemari Reng-Jean Page disebabkan skil lakonannya yang bersahaja dan memberi impak kepada penonton. Tak sabar rasanya untuk menantikan Page dalam filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves yang bakal ditayangkan pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...