Perlu Lengkap 2 Dos Vaksinasi & Suntikan Booster, Baru Boleh Solat Jumaat

Share

Pandemik yang melanda seluruh dunia disebabkan wabak Covid-19 bukan lagi cerita baharu.

Satu-persatu dugaan yang perlu kita hadapi, terbaru adalah varian Omicron. Ia secara tidak langsung memerlukan rakyat di Malaysia bersiap-sedia dengan norma baharu yang silih berganti.

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Sweden, UK Pula Tamatkan Kuarantin Kendiri Bagi Individu Positif Covid-19

Jika sebelum ini, jemaah lelaki di seluruh negara telah dibenarkan menghadiri solat Jumaat secara berjemaah di surau dan masjid. Asalkan jemaah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan ia dilakukan mengikut had jumlah jemaah tidak termasuk imam, bilal dan noja yang bertugas; jemaah bebas untuk menghadiri solat Jumaat.

Bagaimanapun kini, norma baharu bagi jemaah lelaki di Selangor telah diumumkan mengalami perubahan.

Mulai 25 Februari 2022 ini, jemaah lelaki di Selangor telah diwajibkan melengkapkan dua dos vaksinasi dan satu dos penggalak sebelum dibenarkan ke masjid dan surau di seluruh Selangor untuk menunai solat Jumaat.

Ia susulan ketetapan terkini yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada pengurusan masjid, surau dan musolla di sekitar negeri itu.

Langkah begini sejajar dengan keperluan untuk meningkatkan penguat kuasaan pematuhan SOP di rumah ibadah di Selangor dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19.

Ketetapan surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj teah berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan seperti yang dikeluarkan oleh JAIS.

Hal ini telah dijelaskan di bawah poin ‘Ketetapan Baru Pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat Dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1.0 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid, Surau Kebenaran Solat Jumaat Di Selangor’.

Marilah kita berdoa, moga-moga wabak yang mengancam nyawa ini berlalu tidak lama lagi.

Baca Lagi : Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Wabak, Ramai Keliru Dosa Atau Tidak

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana