Pastikan Pelitup Muka Bukan Perubatan Korang Dapat Perakuan SIRIM Mulai 4 Julai

Share

Jika sebelum ini ramai yang memakai pelitup muka bukan perubatan yang dijual secara online kerana harganya yang lebih murah, selepas ini korang perlu pastikan pelitup muka yang dipakai itu telah disahkan oleh SIRIM atau tidak.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta pendaan MS SIRIM daripda SIRIm QAS International Sdn Bhd.

Boleh beli disini: https://invol.co/cla6p1l

Ia adalah susulan dengan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Pewartaan ini bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan.

Penandaan MS SIRIM haruslah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna dan ia sebagai tanda yang menunjukkan produk tersebut telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat untuk digunakan.

Foto: Afif Kusuma

Inisiatif ini juga dilakukan supaya dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia. Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-amana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagai kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Foto: UT Southwestern Medical Center

Ha, mulai Julai nanti jangan pula korang sewenang-wenangnya menjual pelitup muka bukan perubatan, takut nanti tidak semena-mena dikenakan tindakan pula. Dengan tindakan ini juga dapat memastikan yang pelitup muka korang benar-benar berkualiti dan mampu memberi kesan yang baik untuk mengelakkan penularan COVID-19. InsyaAllah!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman