Pasukan Hoki Malaysia Akhirnya Jadi Juara Piala Sultan Azlan Shah, Pertama Kali Dalam Sejarah!

Share

Sejak diadakan pada tahun 1983, pasukan hoki negara belum pernah menjulang kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah biarpun pertandingan tersebut menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah saban tahun.

Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014. Namun segalanya berubah apabila sejarah akhirnya tercipta. Pasukan hoki negara yang dilatih oleh Arul Selvaraj berjaya bergelar juara untuk edisi 2022.

 

Pasukan kebangsaan itu berjaya menumpaskan pasukan Korea Selatan dengan catatan mata 3-2. Ketiga-tiga gol itu dijaringkan oleh Shello Silverius pada minit ke 15, Razie Abdul Rahim pada minit ke 45 dan Aminudin Zain pada minit ke 48.

Gol pasukan Korea Selatan pula dijaringkan oleh Jang Jung Hyun dan Jeon Byungjin pada minit ke 16 dan 58.

BACA JUGA: #GirlPower: Srikandi Malaysia! Pearly Tan Dan M. Thinaah Juara Badminton Terbuka Perancis

Kejayaan ini dilihat sebagai satu perlawanan ‘balas dendam’ apabila tahun lalu pasukan Korea Selatan mengalahkan Malaysia pada Piala Asia yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Malaysia seterusnya akan ke Potchefstroom, Afrika Selatan, untuk Nations Cup dari 28 Nov-4 Dis. Pasukan negara itu akan menentang Kanada, Perancis, Ireland, Afrika Selatan, Jepun, Korea Selatan dan Pakistan untuk merebut gelaran juara.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Facebook Hokita

Published by
Fiezreen