Baru-baru ini, hasrat skuad sepak takraw negara untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia ISTAF dalam acara double lelaki tidak kesampaian apabila tumbang kepada musuh tradisi Thailand 2-1 di peringkat separuh akhir di Bihar, India, semalam.

Walau bagaimanapun, Malaysia yang diwakili oleh Aidil Aiman Zawawi, Shahril Aiman, dan Noraizat Nordin berjaya bangkit selepas tewas pada set pertama 9-15 sehingga mencatat kemenangan pada set kedua 17-15.

Pasukan Malaysia Raih Pingat Gangsa Di Kejohanan Piala Dunia ISTAF 2025
Kredit: Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM

Momentum tersebut gagal diteruskan di set penentuan apabila skuad negara tewas tipis 15-17 kepada seteru utama mereka, sekaligus terlepas peluang untuk beraksi di perlawanan akhir.

Ads

Kegagalan ini juga menyaksikan skuad kendalian Zulkarnain Arif tidak dapat menyamai pencapaian gemilang tahun lalu apabila muncul juara dalam acara tersebut.

Namun, skuad negara tetap membawa pulang pingat gangsa, satu pencapaian yang wajar dibanggakan.

Ads
Pasukan Malaysia Raih Pingat Gangsa Di Kejohanan Piala Dunia ISTAF 2025
Skuad negara yang menggalas cabaran di Bihar, India (Kredit: ersatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM)

Aksi skuad negara turut membuktikan semangat juang yang tinggi serta kesungguhan untuk bersaing di pentas antarabangsa. Kekalahan tipis kepada Thailand, yang juga merupakan pasukan terbaik dunia dalam sukan ini, menjadi petunjuk bahawa Malaysia masih berada di landasan yang tepat untuk terus mencabar dominasi mereka.

Sekadar info, pada edisi 2024 di Kuala Lumpur tahun lepas, Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double untuk merangkul pingat emas.

Ads

Sumber: Bernama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI