Mereka telah menjadi tajuk utama berita dunia sepanjang bulan ini. Keajaiban bagaimana pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 12 orang kanak-kanak dan remaja pasukan bola sepak ‘Wild Boar’ serta jurulatih mereka menjadi inspirasi warga dunia.
Kerjasama antarabangsa serta masyarakat Thailand khususnya Chiang Rai telah menyentuh hati masyarakat global. Terkurung di dalam gua sejauh 4 kilometer dari selama lebih dua minggu merupakan satu pengalaman cukup mengerikan.
13 belas orang pelajar dan seorang jurulatih yang terperangkap di Gua Tham Luang telah berjaya dikeluarkan hasil usaha keras pasukan penyelamat dan sukarelawan.
ARTIKEL BERKAITAN: 12 FAKTA MENARIK Wajib Tahu Misi Menyelamat Remaja Dari Gua Tham Luang
Sepanjang proses ini, seorang wira telah ‘tumbang’ dan pergi meninggalkan mereka. Bekas Royal Thai Navy SEAL yang merupakan penyelam pakar meninggal dunia ketika menjalankan tugas di dalam gua.
Dan semalam berita kematian Saman Kunan tersebut disampaikan kepada 13 mangsa yang berjaya dikeluarkan yang kini masih berada di hospital.
12 pemain dan jurulatih mereka tidak dapat menahan kesedihan selepas diberitahu tentang berita ini. Pasukan bola sepak ‘Wild Boar’ yang berusia antara 11 hingga 16 tahun serta jurulatih yang berusia 25 tahun mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan Saman Kunan dan berjanji untuk menjadi insan yang berguna.
“Mereka semua menangis dan melahirkan rasa takziah dengan menurunkan ucapan istimewa di aras potret Saman Kunan. Kesedihan jelas terpapar di wajah mereka semua,” jelas Setiausaha Menteri Kesihatan Awam Thailand, Dr Jedsada Chokdamrongsuk.
Saman Kunan yang keluar dari persaraannya untuk menjadi sukarelawan dan menyertai pasukam penyelamat meninggal dunia pada 6 Julai ketika membawa tangki oksigen ke dalam Gua Tham Luang yang ditenggelami air. Pemergiannya cukup diratapi oleh rakyat Thailand dan global amnya. Dia juga diberi penghormatan tertinggi apabila majlis pengebumiannya dijalankan dengan istiadat ketenteraan.
Dia merupakan satu-satunya mangsa yang meninggal dunia sepanjang misi yang sangat merbahaya demi menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Nama Saman Kunan pastinya akan terus dikenang oleh 13 mangsa ini yang telah menjadi wira buat mereka.
Sumber: Reuters & Bernama