Malang tidak berbau, konsert yang menghiburkan akhirnya bertukar tragedi .
Kira-kira 50,000 orang hadir ke festival muzik Houstan alami mimpi ngeri apabila satu kejadian tidak diingin berlaku apabila dihempap oleh orang ramai. Melalui video semasa acara itu berlangsung, Travis Scott yang semasa itu sedang beraksi di atas pentas berhenti dan melihat dalam keadaan terpinga-pinga ketika ambulans hadir di antara kepadatan lautan manusia.
Lapan orang maut dan yang lain cedera setelah dihempap oleh orang ramai yang hadir ke Astroworld Festival. Difahamkan bahawa mangsa yang dihempap berusia di antara 14, 16, 21 (2 orang), 23 (2 orang), 27 dan seorang mangsa masih tidak diketahui. Manakala 25 orang telah dihantar ke hospital dan di antara mereka, 13 masih berada di hospital, lapor Datuk Bandar Houston Sylvester Turner dalam sidang akhbar petang Sabtu.
Beberapa video daripada peminat yang merayu supaya konsert dihentikan untuk memberi peluang mangsa dirawat turut tular di mana laungan pertolongan mereka tidak diendahkan oleh staf dan Travis Scott sendiri.
Bukan pertama kali berlaku di konsert, tragedi sebegini juga pernah berlaku. Peminat mula beranggapan tragedi seperti itu dapat dielakkan sekiranya penganjur bertindak pantas dengan memberi rawatan segera kepada mereka yang tercedera.
“Stop the show” and the staff did nothing. This shit is fucking heartbreaking #AstroWorld vc:@JanthonyOlivera pic.twitter.com/5vVZKLKV7h
— Ashmely🇩🇴 (@Ashmelym) November 6, 2021
Bandingkan dengan tindakan kumpulan Linkin Park
Di TikTok, klip persembahan kumpulan Linkin Park pada tahun 2001 di London kembali tular kerana insiden yang hampir serupa di konsert Travis Scott berlaku di konsert mereka.
Namun, dalam klip video tersebut jelas kelihatan dan kedengaran Mike Shinoda mengarahkan rakan-rakannya yang lain untuk berhenti bermain untuk menyelamatkan peminat mereka yang terjatuh ke tanah. “Maaf semua. Bantu angkat dia. Keselamatan paling penting. Kita akan main semula lagu ini dari awal selepas ini. Jaga diri semua,” kata Mike Shinoda.
Rata-rata peminat mula membanjiri video asal klip tersebut di YouTube dan menulis pihak penganjur dan artis perlu menjadikan Linkin Park sebagai contoh yang baik dalam mengendalikan kemalangan dengan baik.
Tapi nak buat macam mana, perkara ini sudah pun berlaku. Diharap tragedi ini menjadi pengajaran kepada semua pihak antaranya penganjur, artis, dan juga peminat.